Saturday, September 29, 2012

120. Kini.

Assalamualaikum. Well, dah dekat 5 bulan tak update blog. Minta maaf dari lubuk hati paling dalam kat semua orang yang rajin baca atau selak post post lama (kalau ada). Minta maaf.

Sekarang aku study kat Institut Bahasa Teikyo (IBT). Alhamdulillah selepas 18 tahun belajar samada secara formal ataupun tidak, aku sekarang kat tempat terbaik yang dah Allah tentukan. Aku rasa ini yang terbaik. Tapi kadang kadang hati aku kata tidak. Aku diamkan je. Belajar bersyukur dengan apa yang kita dapat. Bukan semua orang mampu sampai ke tahap mana yang aku berada sekarang. Syukur alhamdulillah.

So, IBT ni kat KL. Area Seputeh. Jalan kaki 10 minit dah sampai Mid Valley. Kat Japan Club of Kuala Lumpur. Oh maybe bila korang baca nama tempat aku belajar tu, banyak tanda soal dalam kepala. Tempat apa tu? Haha. Normal. Tu tempat orang orang Jepun. Aku preparation student untuk ke Jepun. InsyaAllah Mac 2014 aku fly Jepun. Lama lagi.

Kat IBT belajar akan dirasakan tough kalau bukan jenis study hard. Contohnya, macam aku. Haha. First, kena belajar bahasa Jepun. Lepas raya haritu start belajar Maths. Nama Maths tapi mcm Add Maths tapi macam lagi advance. Nak tambah advance lagi bila kau kena kira segala nombor yang ada, segala tambah tolak darab bahagi kuasa 2 kuasa 3 square root pecahan dan segala isi tu semua tak boleh pakai kalkulator. Diulangi, tak boleh pakai kalkulator. Dan semuanya dalam bahasa Jepun. Ok. Deal.

Bulan 8 haritu ada exam. 1 subjek je, bahasa Jepun. Tapi one day full. Ada test kanji, reading, writing, listening and interview. Ha boleh bayang tak aku cakap Jepun? Ceh. Result? Alhamdulillah tak disangka aku dapat nombor 2 dalam 1 batch yg ada 33 orang tu. Bersyukur sangat. Betul la yg Allah selalu bagi kita dugaan lepas tu didatangkan sekali hikmah dan kegembiraan sebab sebelum full result keluar, seminggu sebelum raya, phone aku hilang, purse aku hilang, segala IC, ATM kad, lesen, kad Japan Club, tiket train nak balik raya, buku cerpen yg aku tak sempat habis baca lagi, pencil box and beg mak aku yg aku tau ada sentimental value untuk dia, semuanya hilang. Malas nak cerita pasal barang hilang tu. Buat sedih, sakit hati, ralat, baik tak payah. Cuma aku nak pesan, selalu la berprasangka dengan orang. Jangan percaya walau sorang pun orang yang kau tak kenal. Samada bila kau sorang sorang ataupun berteman, cuma percaya pada Allah dan diri sendiri. Ok? :)

So 5/11 nanti aku ada lagi 1 exam. Kali ni 2 subjek, bahasa Jepun & Maths. Lepas exam cuti seminggu. Lepas tu baru start belajar Physics & Chemistry. All in Japanese language. Ok....

Tu je la aku nak cerita. Nak cerita lebih lebih, maybe next time. Tapi tak janji. So, semoga bertemu lagi. Cewah ayat.

Assalamualaikum. Jaga diri.