Sunday, July 17, 2011

71. Semua punya cerita 1

Hari ini, aku nak post pasal beberapa situasi / peristiwa / dialog yang berlaku di sekeliling aku.

BABAK 1
- Watak ; BOBOI [pun bole - budak laki umur lebih kurang 5 tahun], emak BOBOI
- Lokasi ; surau

Boboi datang kat mak dia sambil membawa kek Apollo yang belum buka. Dia suruh mak dia buka kan.

BOBOI : Mak, bukak kan jajan ni.
MAK : *bukak kan lalu beri pada BOBOI
BOBOI : *keluarkan kek Apollo tu daripada plastik
MAK : Eh sampah tu nak buang mana?
BOBOI : Kat luar ada longkang.
MAK : Eh apa pulak buang dekat longkang.
BOBOI : *buang sampah tu dalam handbag mak dia lalu blah dari situ

Moral : Tolong tanam huminiti dalam diri setiap insan bermula dari kecil, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

BABAK 2
- Aku & kawan aku [SL]
- Lokasi ; panggung wayang

Sebelum wayang mula, ada iklan. Waktu tu keluar lah iklan KUNGFU PANDA 2.

SL : Eh comel! [excited]
Aku : Apa? Kungfu nya?
SL : Panda nya. Hahaha.

P/S : Sebenarnya aku silap. Aku memang nak cakap 'panda nya' tapi tersebut 'kungfu nya'. Hahahahaha.

BABAK 3
- Aku & kawan aku [SAZ]
- Lokasi ; dalam kelas yang tiada cikgu

Kitorang tengah berbual pasal plan nak keluar pergi makan takoyaki. Kitorang tak tahu nak pergi makan bila. Jadi kitorang cuba lah cari bila masa yang boleh keluar makan takoyaki tu sebab SAZ tuisyen hari Sabtu.

Aku : *sedang berfikir setelah bincang
SAZ : *pun sama
Aku : Eh kau hari tuisyen Sabtu apa?
SAZ : Sabtu? Aku tuisyen PA.
Aku : Eh tadi aku ada salah sebut eh?
SAZ : A'ah. Kau sebut hari tuisyen Sabtu apa. Patutnya hari Sabtu tuisyen apa.
Aku : Oh eh? A'ah lah. Hahahaha. Apa lah aku ni.
SAZ : Yang aku pun boleh layan je faham soalan kau. Hahaha.

P/S ; Sebenarnya dah tak berapa ingat sangat situasi ni tapi lebih kurang lah.

Sunday, July 3, 2011

70. tangan aku sakit sama macam hati aku

Hari ni tangan aku kena pisau sewaktu aku sedang memotong kotak santan. Darah mengalir dengan banyak tak henti. Aku menangis bukan sebab sakit. Tapi sebab aku rindu. Rindu abang - abang aku. Meh aku cerita sikit.

Cerita 1 [Disember 2007]

Aku keluarkan daging burger dari peti sejuk dengan harapan nak masak. Aku fikir kalau tak belah tengah, macam mana nak masak betul. Aku pergi ambil pisau dan pegang daging burger tu. Aku cuba nak belah daging tu sewaktu dia masih keras beku. Biasa lah budak - budak. Waktu tu bangang lagi. Tak fikir panjang. Lalu pisau tu ter'split' kena ibu jari kiri aku. Panjang luka dia. Darah mengalir. Aku lari pergi sinki. Buka paip lalu biarkan air tu cuci darah yang tak berhenti tu. Aku menangis. Datang abang aku yang kedua bagi aku tisu untuk tutup luka tu. Aku terus nangis lalu masuk bilik mak aku. Tinggalkan daging burger dan pisau tu begitu. Aku masih menangis lagi. Tiba - tiba datang abang pertama aku hantar daging burger yang dah masak. Aku pun makan sambil air mata dan hingus tu tinggal saki - baki.

Cerita 2 [Julai 2011]

Aku keluarkan kotak santan yang masih belum buka dari dalam kabinet dapur. Aku ambil pisau lalu potong tepi kotak tu untuk membukanya. Aku potong lalu pisau tu ter'split' sekali lagi kena jari telunjuk kiri aku. Darah mengalir. Aku lari pergi sinki. Buka paip lalu biarkan air tu cuci darah yang tak berhenti tu. Aku menangis. Tapi tak ada orang yang datang. Tak ada abang aku yang bagi tisu. Tak ada abang aku yang tolong. Aku menangis semahu - mahunya. Padahal luka kali ni lebih kecil daripada luka yang dulu. Mak aku datang dapur. Dia tanya, 'kena pisau ke?'. Aku tunjuk luka tu lalu pergi ambil tisu sendiri. Mak aku suruh letak minyak gamat. Aku letak. Aku masih menangis lagi. Mak aku cakap, 'dah la'. Aku cakap aku menangis bukan sebab luka terkena pisau tu. Tapi sebab aku teringat kisah dulu [yang aku ceritakan di atas].

Aku rindu abang - abang aku. Sangat. Maaf. Aku tak punya sebab kenapa aku rindu diorang sebegini rupa. Sangat rindu.

Saturday, July 2, 2011

69. baju punya hal pun?

Hari ni aku nak cerita pasal baju. Baju apa? Macam - macam. Baju terbalik. Baju kurung. Baju sekolah.

CERITA 1

Aku cuma nak bagitahu. Pada akhir tahun lepas, aku telah berjaya menjahit 2 baju kurung sekolah tanpa menebuk lehernya sebab aku tak pandai buat. Aku mula jahit baju tu lebih kurang lagi seminggu nak naik sekolah. Mak aku yang tebukkan leher baju tu. Oleh sebab dah lambat sangat, mak aku cuma tebukkan 1 baju dulu dan baju itulah yang aku pakai sekarang ni. Lagi 1 baju? Masih cantik putih suci bersih lagi. Padahal dah bulan Julai ni. Aku nak kena tebuk lehernya pada minggu ni juga sebab Sabtu depan [09072011] ada Mighty Minds. Takkan nak pakai baju lusuh kot?

CERITA 2

Semalam, aku jumpa baju kurung lama kepunyaan mak aku. Cantik - cantik sangat. Ada 2 pasang yang aku jumpa. Jadi, untuk Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, tak payah beli baju kurung baru :) Jimat sikit. Hehehe. Tapi kedua - duanya ada warna merah jambu. Hahaha. Aku perlu biasakan diri pada warna tu.

CERITA 3

Hari ini, ada Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Semua pelajar sekolah aku perlu memakai baju larian jogathon tahun ini punya. Warna hijau. Di pagi hari, sebelum larian, ketika aku dan 2 orang kawanku di kantin, datang seorang kawanku yang lain. Dengan kelam - kabutnya dia datang. Entah kenapa dia begitu. Lalu bertanya,

Kawan ; Eh nampak [nama kawan dia] tak?
Aku ; Weh kenapa kau pakai baju terbalik?
Kawan ; Ha? Baju terbalik? Apa kau merepek ni?
Aku ; Tak. Kau apasal pakai baju terbalik?
Kawan ; Terbalik? Mana ada terbalik.

Datang seorang kawan lain. Lalu berkata,

Yang Lain ; Eh Kawan, apasal pakai baju terbalik?
Kawan ; Ha? Terbalik ke? Betul la aku pakai baju ni.
Yang Lain ; Tak. Baju kau terbalik ke depan.
Kawan ; Ha? [Lalu tengok bajunya] A'ah la. Ya Allah camane boleh macam ni. [Lalu menutup bajunya menggunakan beg]

Aku terus gelak dan bergelak. Ya aku memang korup. Dan jujur, sekarang aku tengah menaip ni pun, masih tergelak - gelak lagi. Hahahahahaha.

Sebenarnya baju dia bukan terbalik yang dalam ke luar. Tapi terbalik yang depan ke belakang.


Itu saja. Terima kasih kerana membaca :)