Wednesday, December 28, 2011

103. Hey she's talking about me

Assalamualaikum.

I know I'm weird. I mean, kinda weird sometimes. It's not that I didn't do what other people do but they didn't do what I do. Eh yeke? Tak jugak. Sometimes lah. Sometimes ok? Hehe.

Actually, I love to explore. I love to make friends. I love reading. Just that maybe. Hehe. No lah. Not just that but the most important is I love to explore. Oh and I love to hear other's opinions. That will make me think and keep on thinking.

About reading, don't just read romantic novels, comics and newspapers. Read another things also like blog, travelogue and do some searching. Beneficial searching lah. Don't search for true ghost stories, upcoming movies etc. only eh. Hehehe.

For me, I'm not a rebellious or terrorist or any other bad creatures on Earth. Haha. But you know, sometimes, when I say something, some people cannot accept that. Especially when it comes to politics, political view. I didn't say that I'm right, they're wrong. I just express my opinions to them. Come on, people. Read more please. By reading, you can see the world and reach the top. Ok?

Haha. Ok sebenarnya ada kawan aku ni dia cakap pasal aku. Dia cakap aku lain daripada yang lain. I don't know which part, which sense of me are different from others. You know? Later you tell me eh. Hehe. Baca bawah ni. Ini diambil dari blog my friend tu.

*I know my photo macam retarded. Haha.
*The blog.

Ha tu je nak cakap. Ok bye. Haha.

p/s ; Macam lari tajuk je. Hehehe.
p/s ; Siapa anon kat post before ni? Sila reveal kan diri anda. I'm curious. Hehe.
p/s ; Ada lagi sorang talking about me.
*The NSMA is me :)

Yang ni kita story next entry ok? Peace. Bye.

Tuesday, December 27, 2011

102. Nak jumpa Baddrol Bakhtiar :'(

Assalamualaikum.

Tengok tajuk post yang amat panjang tu. Ha memang tu lah yang aku feel sekarang ni. Aku nak sangat jumpa Baddrol Bakhtiar :(


My cousins, Wawa and her siblings, dah pernah jumpa dia. Walaupun aku kembar dia [perasan] tapi aku tak pernah dan aku nak sangat jumpa dia sebab dia sangat cool yo! Hahaha.

Aku harap sangat dapat jumpa dengan dia satu hari yang indah nanti. Cewah! Haha. Sebab kan, aku sebenarnya rasa macam aku ada banyak peluang dan ruang dan kesempatan yang aku boleh gunakan untuk jumpa dia. Hehehe. Tak percaya? Baca bawah ni eh.

1) Aku friend dengan Mahali Jasuli, Asraruddin Putra & Irfan Fazail dekat Facebook. Kenapa aku tak PM je diorang dan tanya terus pasal BB? Pehal weh? Memang la diorang tu kemungkinan besar memang takde masa langsung nak reply PM aku tu tapi at least aku ada usaha. Kan? Hehehe. Lagi satu, Irfan Fazail tu taman perumahan dia dekat je dengan rumah aku. Dia orang Johor tau. Dan aku rasa dia pun orang Jawa sebab tengok muka dia macam.... Ha camtu. Hehehe.


*Mahali Jasuli


*Irfan Fazail


*Asraruddin Putra Omar

2) Adik kepada Fandi Othman tu kawan aku. 1 sekolah dengan aku, 1 batch dengan aku, dan kitorang pernah 2 tahun duduk satu kelas. Tapi time tu aku tak berapa tau sangat yang abang dia ni Fandi Othman. Dan aku pun tak kenal lagi Fandi Othman time tu. Hehehe. Mana lah tau kawan aku tu buat open house time raya ke, majlis perkahwinan ke, suruh lah jemput semua pemain Harimau Malaya. Mana lah tau BB tu datang. Eh memang boleh lah aku nak jumpa dia kan. Hehehe.

3) Fadhli Shas tu duduk setaman dengan pakcik aku. Pakcik aku & sepupu - sepupu aku kenal lah dia. Kiranya diorang ni jiran lah. Eh pehal best sangat? Jealous ok? Mana lah tau kalau aku yang kenal Fadhli Shas tu, boleh lah mengendeng dekat dia kan tanya pasal BB ke kan? Tapi sayangnya, aku bukan jiran dia. Pakcik aku je. Huh --'


4) Hari tu aku pergi KL. Dari KL Sentral nak pergi stesen monorel, kena jalan kaki yang agak jauh. Aku jumpa Shakir Ali. Actually, aku jalan sebelah dia. Saing pergi stesen monorel tu. Tapi last - last aku jalan laju, aku sampai stesen tu dulu. Hehehe. Korang kenal tak siapa Shakir Ali ni? Dia ni dulu main untuk Harimau Muda. Sekarang dia main untuk Kedah FA. Korang tau tak yang BB main untuk Kedah FA? Eh kenapa lah dengan aku ni? Pastu time beratur untuk beli token, aku taktau camane dia boleh sampai cepat pulak pastu time beratur, dia belakang aku. Sebanyak - banyak kaunter, sebanyak - banyak barisan, dia belakang aku. Can you imagine how close we were at that time? Ergh --' Kenapa lah aku tak tegur dia and become his friend? Aku kenal dia lah. Dia tu ex - boyfriend kawan aku. Eh kenapa aku ni? Desperate nya. Menyampah ok --'


*Shakir Ali yang pakai bib merah tu

Rasa macam dah dekat dah tu. Macam lagi sikit je lagi nak dapat jumpa dia. Hehehe. Insya Allah one day will come. Hehe.

Ha ok dah habis berangan dan perasan. K bye.

p/s ; Mahali Jasuli dah ada girlfriend weh. Kehkehkeh.

Wednesday, December 21, 2011

101. This is about a guy

Assalamualaikum.

Hari ni aku keluar dengan kawan. Ke mana? Alah pergi City Square [CS] tu je lah. Hehehe. Bukan itu yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita pasal orang yang aku jumpa kat CS tadi. Eh sebenarnya nak cakap pasal seorang je. Hehehe.

Tadi, setelah penat berjalan, aku dengan kawan aku [RS] duduk kat 1 tempat dalam CS tu. Alah yang bawah escalator dekat Baskin Robins tu. Ha pastu, time kitorang tengah duduk berbual dengan santainya [siap buka kasut tau], datang a guy bawak beg tepi ada bentuk love love warna pink dan sebuah iPad 2 [agaknya] berwarna putih bersama 2 orang kanak - kanak lelaki duduk berdekatan dengan kami. That guy nampak macam berusia sebaya aku je. Ataupun lebih kurang tua setahun dua je daripada aku. Dia tinggi. Pakai kasut Converse. Tapi kasut tu macam kasut sekolah dia, dia pakai untuk pergi jalan sekali. Sebab dia pakai Converse putih dan macam kotor kotor pergi sekolah. Alah kotor macam kasut sekolah lah. Hehehe.

Pastu dia duduk situ, bebudak kecik tu duduk sebelah dia. Dalam sebaris 3 orang tu, dia duduk hujung lah. Pastu dia ajar bebudak tu main iPad 2 tu. Bebudak tu excited lah. 'Abang ni, tu *entah apa diorang cakap' [sambil tunjuk tunjuk iPad2 tu la]. Pastu that guy bagi budak yang sebelah dia pulak main. Dia duduk je kat tepi tengok. Lepas budak tu main, lagi sorang pulak. So, budak yang sebelah dia tu bosan, dia main main rambut that guy. Comel sangat budak kecik tu. Yang that guy pun tak marah. Biar je budak tu main main rambut dia, serabutkan rambut dia.

Lepas bebudak tu semua dah habis main, bagi balik iPad 2 tu dekat dia. Pastu dia main, yang bebudak ni kerumun lah dia. Tengok dia main. Dia pun layan je bebudak tu. Tak marah, tak naik kan suara, tak kisah pasal orang sekeliling, tak malu. Aku rasa susah sikit nak cari orang macam tu sekarang. Tak kisah lah lelaki ke, perempuan ke. Hehehe.

Lepas tu nak balik, lalu depan dia. Nampak lah muka dia. Dan tetiba pulak time tu dia nak angkat muka daripada iPad 2 tu dan memandang ke depan. Ok muka dia agak hensem. Macam muka Asraruddin Putra Omar + Muslim Ahmad. Boleh bayang camane? Hehehe. Tapi mata dia takde lah sepet macam Muslim tu. Hehehe.

Ni ha gambar dia dari belakang aku sempat curi curi tangkap. Tapi blur lah. Alah biasa lah, gambar curi. Hehehe.

*Tu ha beg pink dia tu. Hehehe.

*Ni tengah khusyuk main game. Budak kecik ni comel ;D

Thursday, December 8, 2011

100. Kembarkah kami?

Assalamualaikum :)

Hari ni, aku nak bercerita pasal sepupu aku 2 orang. Mereka ini sebaya aku, 17 tahun, calon SPM. Hehe. So, kalau dah sebaya, mesti lah tinggi dan saiz badan tu lebih kurang je kan. Hehehe. Mereka ni sepupu sebelah emak. Jadi kami bertiga ada darah Jawa :)

Untuk pengetahuan korang, ramai orang yang ingat kitorang ni adik - beradik. Kalau keluar sama - sama, selalunya lah, ada je orang yang akan ingat kitorang ni adik - beradik. Siapa adik siapa kakak pun tak tahu la. Hehehe. Sini tengok gambar aku dengan diorang. Meh aku introduce mereka eh.


Ini Tira. Dia lahir 15 Mac 1994 @ 2 Syawal [tak tahu berapa Hijrah]. Dulu masa kecik kecik, orang selalu ingat kitorang ni kembar sebab aku lahir 4 April 1994 @ 22 Syawal. Jadi kitorang sama besar. Hehehehehe. Umur pun beza 3 minggu je. Hehehe. Sampai dah besar pun, masih ada orang yang ingat kitorang ni kembar. Kalau tak pun, adik - beradik. Kitorang rapat. Selalu meluahkan perasaan sama - sama. Banyak benda kitorang share bersama - sama. Hehehehe.But as we are growing, banyak hal jadi sana sini. Tapi aku tak pernah marah dia. Aku tak pernah salahkan dia. Aku marah diri aku juga sebenarnya. Keadaan tolak aku ke arah apa yang telah berlaku. Eh tapi aku still baik dengan dia lah. Aku tengah rindu dia ni. Lama tak lepak dengan dia. Hehe. Dia ada blog. Tu ha dah link kan kat nama dia. Singgah la :) *Amacam sama tak muka kitorang?

2) Nur Nadirah Sanib :)
Ini Wawa. Dia lahir 28 Ogos 1994. Berapa Zulkaedah tak tahu pulak aku. Hehehe. Sorry Wawa. Masa kecik - kecik sebenarnya tak rapat sangat dengan dia ni sebab dia duduk nun jauh dekat Kuala Lumpur. Aku duduk Johor je. Hehe. Jadi cerita masa kecik - kecik tak berapa banyak dan tak berapa ingat lah. Tak macam dengan Tira. Hehe. Tapi bila dah besar ni, kitorang dah makin rapat. Selalu jumpa atau contact dia. Dan disebabkan selalu jumpa, kitorang selalu keluar. Yelah sekali sekala jumpa, enjoy lah. Hehe. Dan disebabkan juga selalu keluar, dah berlaku 2 insiden yang orang ingat kitorang ni adik - beradik. First masa pergi Uya Distro yang aku pernah cerita dulu [linked]. Lagi satu, hari tu masa kitorang pergi Subang Jaya. Orang ingat kami ni adik - beradik jugak. Hehe. Tapi kitorang ada 1 persamaan. Kami minat Baddrol Bakhtiar :D *Amacam sama tak muka kitorang?

3) Kalau masih tak sama?

Ataupun korang nak bandingkan muka Tira dengan Wawa? Pun boleh jugak. Ha kalau diorang ni, tak tahu lah pulak kalau ada orang ingat diorang ni adik - beradik. Diorang tak ada pulak cerita apa - apa kat aku. Hehehe. *Amacam sama tak muka diorang?


Okay bye :)

p/s ; Kalau yang ni sama tak? Hahahahaha ;D *Mampus terlebih dos perasan


Thursday, December 1, 2011

99. Semua punya cerita 2

Assalamualaikum. Hye. [Semua punya cerita 1]
Hari ini aku nak pos dialog dialog yang pernah orang cakap pada aku. Hehehe.

1) "Syahirah, I know you can do it. You're so relax. Never get tense, never get pressure. You are so relax even everyone in the class is struggling to do Add Maths. You're very calm in answering those questions. Without tense with brain, I know you can do it. You must get A+ for your Add Maths. Okay? Tengok tu. Senyum lagi. Asyik senyum saja bila cikgu cakap."
-Cikgu Additional Mathematics saya, Majlis Mohon Restu SPM 2011-

2) "Syahirah, baik - baik jawab soalan Biology tu. Saya tahu awak boleh buat. Jawab betul - betul. *tepuk bahu aku. Eh kurusnya awak ni. Baru saya tahu awak kurus macam ni. Tu lah dalam kelas diam je. Bila orang tegur, senyum je. Haish. Ni yang kena transfer lemak sikit kat awak ni. Hehehe."
-Cikgu Biology, Majlis Mohon Restu SPM 2011-

3) "Cica, nanti dah habis sekolah jangan lupa kita tau. Jangan lost contact. Kita nak dengar awak main gitar."
-Kawan sekolah [KR], Jamuan Akhir Tahun 2011-

4) "Awak kampung dekat mana? Terengganu eh? Muka awak macam muka orang Terengganu."
-Cikgu Chemistry, dalam kelas Chemistry-

5) "Kita tahu awak boleh buat. Awak pandai. Awak ni lain. Tak macam orang lain. Nanti jadi Perdana Menteri tau."
-Kawan sekolah [NINZZ], Majlis Mohon Restu SPM 2011-

6) "Awak ni someone yang unpredictable. Kejap suka, ketawa - ketawa. Pastu diam je, duduk sorang - sorang. Tak faham."
-Kawan sekolah [RSA], dalam kelas-

7) "Sebenarnya, awak lebih indie daripada kita."
-Kawan sekolah [AFMA], Majlis Mohon Restu SPM 2011-

Ok la. 7 dulu. Yang lain, nanti update lagi di 'Semua punya cerita' yang akan datang ya. Bye bye. Salam :)