Tuesday, June 29, 2010

14. pengajaran

hari sabtu lepas , aku dengan membe yang bernama SHALI , telah pergi ke City Square atas sesuatu sebab la kan . then , nak pegi surau . mesti la untuk solat kan . naek lif dari tingkat 2 sampai tingkat 6 . tapi pegi naek lif yang buruk punye .

sebenarnye , lif tu ade 2 tapi yang lagi 1 tu selalu rosak so aku fikir lif tu rosak la . memang takan ade orang dapat naek . lif tu ade 2 pintu , 1 depan , 1 belakang . tapi yang terbukak nye 1 je .

pastu waktu dalam lif , SHALI berkata , 'buruk nye lif ni .' then , aku yang bermulut celupar ini pun berkata , 'aah kan . macam bole buat cerita hantu .' pastu lif tu pun sampai . bila lif tu dah nak sampai , SHALI cakap , 'ceh . sekali pintu yang belakang ni kan yang terbukak .' kemudian , aku membalas , 'aah pastu keluar hantu terkam kte dari belakang .'

lepas keluar lif tu je , lif yang sebelah tu terbukak sekali lepas tu keluar OKU pakai tongkat . kaki dy macam lembik gitu . kitorang terperanjat la pastu kitorang terjerit sikit la . dah rasa macam cerita hantu dah tau . pastu kitorang diam je . then , dah sampai surau baru kitorang gelak . sampai hari ni , bila ingat balik je peristiwa tu , mesti kitorang gelak sebab kitorang gelak kan diri sendiri . bukan gelak kan orang OKU tu . kesian dy .

reason kitorang gelak kan diri sendiri ; ibarat macam padan muka kitorang la . mulut celupar . haha .

13. kedudukan dalam peperiksaan

markah dengan gred dah tahu kan ? sekarang ni nak bagitau kedudukan pulak .

kedudukan dalam kelas ; 7/34
kedudukan dalam tingkatan ; 39/196

itu lah dy . bye bye :)

Friday, June 25, 2010

12. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

mid year exam dah habis before cuti hari tu . bila naek sekolah , masa untuk dapat paper la kan . hari ni , complete la semua paper dah dapat result nya . ni yang nak bagitau ni . hehe .

bahasa melayu 80% A
bahasa inggeris 69% B+
mathematics 93% A+
additional mathematics 78% A-
sejarah 59% C
pendidikan islam 65% B+
prinsip akaun 60% B
biology 51% C
chemistry 65% B+
physics 68% B+
jadi , itulah dy . result aku pada exam kali ni . thanks for reading :)

Tuesday, June 22, 2010

11. psychotic berbicara

antara contoh peristiwa nya ;

1. aku pegi kedai mamak . pastu aku tengok je mamak tu , tetiba pinggan yang dy pegang tu jatuh dan pecah .

2. bas penuh . aku cakap slow je sebenar nye . hehe . aku cakap , 'kalau dah tau bas penuh , takya la berhenti.' then , ramai pulak cakap dialog yang lebih kurang camtu .

3. situasi sama macam no (2) . aku cakap 'kalau nak berhenti pun , berhenti je la waktu orang nak turun . takya ambik orang .' pastu , ade jugak orang yang berdialog seperti itu dalam bas tu . aku dah pelik je . haha .

4. pastu , sekarang ni aku dapat rasa macam ade something yang nak attack aku . tapi aku pasti bukan orang . maybe macam penyakit or what . i don't know .

10. 112 oh 112

seperti yang anda semua tahu , saya pulang ke rumah dengan menaiki bas Causeway Link bernombor 112 . haha . skematik .

hari ni naek bas macam biasa la . tapi gila la . penuh dan mampat . dah la tunggu sampai dekat 1 jam . pastu bas sampai pun penuh . aku orang third last tau yang dapat naek . nasib baek . fuhh . haha .

then , waktu dalam bas , ade orang tekan loceng waktu dah dekat dekat dengan DCM [Danga City Mall] tu . pastu tade orang turun , apek bas tu bole marah marah + bebel bebel pulak . dialog dy , 'kalau lu olang buat ini macam ha , 3 jam pun belum tentu bole sampai kempas oh . saya tatau kalau lu punye masa lambat and bla bla bla...' . bangang punye apek . dah la bawak bas lembab . pastu dy bole nak berbual pulak kan dengan membe dy . tapi tape . kitorang yang dalam bas tu semua bersabar je kan . saba ye . haha .

pastu kan , aku nampak budak tu . sape ? alah friends kat myspace . haha . baru plan plan nak jumpe kau . tapi tak bole tegur la . kau jauh ke belakang situ . aku diri kat depan pintu . kan jauh tu . haha .

tapi kan , kadang kadang aku rasa macam ada kuasa psikik tau . haha . perasan kan . tapi kadang kadang rasa macam betul . nak contoh ? tunggu di post selepas ini . haha .

Monday, June 14, 2010

9. DEAR GALILEO !

cuti sekolah . boring . then , nak buat ape ? download video la . video ape ? cerita thailand . 'DEAR GALILEO' . cerita dy bes . ni poster dy .



cerita dy pasal 2 orang perempuan ni , dy nak pegi jalan jalan kat Europe tapi pakai visa untuk study . alasan dyorg pegi Europe sebab yang sorang tu kene gantung universiti , yang lagi sorang pulak sebab dy putus cinta dgn boy dy .

sebelum dyorg pegi trip tu , dyorg dah promise untuk sentiasa sama sama walau ape pun yang jadik . second promise is jangan break promise yang pertama . so , itulah dy . cerita ni bes tau . ni trailer dy .




so , klu nak tengok cerita dy , cari kat youtube ea . yang ade english subtitle pnye . ade la . tengok tau , jangan tak tengok . huhu . [gedik kan ? haha .]

thats all for now . bye :D

Wednesday, June 9, 2010

8. LAGENDA BUDAK SETAN

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

lirik lagu BILA CINTA from FILI . OST untuk cerita ni .

sape dah tgok movie ni ? bes kan ? sedih tau . aku nangis mase azmi [que haidar] pukul pukul + koyak majalah ayu [lisa surihani] tu . aku nangis waktu tu . haha . tak tertahan tau . tapi serious la . cerita dy bes . membe membe semua nangis tau . huhu . 

antara dialog dialog yang bes drpd cerita ni ;
- awak anak perempuan saya [kasyah]
- aku tak penah berhenti cintakan ayu [kasyah]
- aku sayang kau bodoh [azmi] *haha .

masa part ayu dah hilang ingatan pun bes jugak la . perempuan tu jadik selenge selenge sikit . haha . crita dy mmg ok la . bes sangat . check this out :D












ok la . tatau nak tulis ape lgi . bye :D
*sori la video dy senget . biasa la . blogger dy pun senget sikit kan ? haha .


Tuesday, June 8, 2010

7. hati yang sensitif

korang semua ade hati kan ? takan la tade . aku ni tanya soalan bodoh pulak . kalau tade , camane nak hidup kan ? macam tu jugak dengan aku . dan setiap orang daripada kita mesti ade keinginan untuk dicintai dan mencintai . haha . jiwang kan ? but this is the fact .

'penah tak korang suke kat kawan baek sendiri ?'
'penah tak korang suka pada orang yang tak suka korang ?'
'penah tak cinta korang tu tak terbalas ?'

hey look here and think back . korang tak bole salah kan orang tu sebab tolak cinta korang . korang kene renung balik diri korang . mungkin korang pun penah buat benda yang sama pada orang laen . then , thats it la . what goes around , comes around .

so conclusion yang aku nak bagi kat sini adalah , terima lah orang yang mencintai dan suka dekat kita daripada kita yang suka pada orang tu . itu lebih baek .
sekian . madah si penglipurlara pun berakhir . haha .