Monday, October 31, 2011

93. Finally, I have been tagged

I have been tagged by Nur Fatin Nazirah :)

Let's read the rules first ;
- You must post these rules.
- Each person must post 11 things about themselves in their journal.
- Answer the questions the tagger set for you in their post and create 11 new questions for the people you tagged to answer.
- You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
- Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER.
- No tag back!
- No stuff in the tagging section about "YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS".

11 things about me ;
- I ♥ reading :)
- I do not have any favourite singer but have favourite song :)
- I am single for 17 years already :)
- I ♥ Additional Mathematics :)
- I can play drum :)
- I am 162cm height and 46 kg weight :)
- I really want a pair of shoes right now [VANS or CONVERSE or EVERLAST] :)
- I ♥ 'selekeh' guy [I think] & most of my crush were not handsome or macho :D
- I am Jawa people [direct translation] :D
- I am friendly-lah ;P
- I always talking bad about others and I am evil C(:

Now, it is time to answer her questions.

1. Where do you live?
I live in Kempas Baru, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

2. Where do you want to further your study?
I would like to further my study in ASWARA and take Diploma in Music. I am interested on Music Technology/Audio Production. After diploma, I dreamed of further my study oversea.

3. Do you like K-POP?
No.

4. What do you prefer the most, dress/t-shirt/blouse?
Actually, I more prefer shirt. But it seems like no shirt in the choices available. So, I choose t-shirt :)

5. Name five songs do you like to hear the most.
1) Semua Tak Sama - Padi
2) Set Fire To The Rain - Adele
3) Dear God - Avenged Sevenfold
4) Kurnia - Noh Hujan & Mizz Nina
5) Only One - Yellow Card

6. Name the place you always go for shopping.
I do not have any. I do not really love shopping. But if I want something, I will plan everything like the time, the place and make sure I survey the price first.

7. Your current handphone is?
Nokia 5330.

8. What is your favourite colour?
BROWN :D

9. Do you know me?
Of course I know you. You are among the cleverest student in my school :)

10. Do you love or hate me?
I love you-lah :*

11. How often you read my blog?
As often you update your blog :)

Questions from me ;
1. What do you think about my blog? [with honesty please]
2. Which country or state you want to tour the most?
3. What is your favourite Bollywood song & movie?
4. Do you have any crush now? :p
5. What is your favourite subject?
6. What is your desktop wallpaper right now? [please attach the picture]
7. Do you ever fall in love with your best friend?
8. Do you ever been cheated by someone you really close to?
9. What is your favourite food? Give me 4.
10. What is the most embarrassed moment that ever happened to you?
11. What is your favourite quote?

The people I tag ;

p/s ; Actually, I have read most of the people that I have followed had been tagged. I hope that I will not get tag by anyone. But finally, Nur Fatin Nazirah had tagged me. So, here it is. It is okay if you [the people who I tagged] do not want to do this. I don't mind. If you have done this, leave comment here, please. I want to read yours :)

Sunday, October 30, 2011

92. Ke mana lagi ni? [Uya Distro]

Assalamualaikum.

Pada hari Selasa [25102011], kami satu family dan family pakcik aku yang berada di KL pergi Subang Jaya. Akhirnya, dapat juga aku pergi Uya Distro dekat SS15 tu. Hehe.

Dekat Uya ni, buku - buku diletakkan dalam satu ruangan yang lain la, macam bilik. Sampai - sampai je, terus masuk situ. Bapak aku mula - mula masuk dah bagitahu orang yang kitorang ni datang dari Johor lah, apa lah, itu lah, ini lah. Ok cukup.

Dekat sana, orang lain semua macam bosan tak tahu nak buat apa melainkan ambil gambar. Cuma aku dengan Wawa je yang beria pergi tengok buku. Oleh itu, aku telah berjaya memborong lagi 3 buku. Tajuknya, 'Horizon Raya', 'Zombijaya', & 'Awek Chuck Taylor' yang aku pernah cerita dulu dekat post 'Eager to trigger [ACT]'. Hehehehe. Banyak kan? Wawa pun ada beli buku jugak. Tajuk dia, 'Malaysia-lah'.

Waktu dekat Uya, ada sorang abang tu agak hensem la [perlu ke bagitau?] berambut oren. Dia orang Uya lah. Bukan pelanggan. Hehe. Faham ke tidak ni? Tak apa lah. Sambung. Aku nampak abang tu agak lah peramah. Bila dah beli buku tu semua, harga dia RM 67.00. Aku dengan muka tak malunya cakap dekat abang tu dan berlaku dialog seperti di bawah ;

Aku ; Bang, beli banyak ni tak ada free gift ke?
ABRO ; [*sedang tulis resit, angkat muka lalu membetulkan letak duduk cermin matanya] Ha? [*dia blur] Free gift tak ada la. 'Tak berapa nak dengar' dah habis. Erm kenal Pipiyapong tak? Pernah baca buku dia?
Aku ; Ha? Pipiyapong? Pernah dengar nama dia tapi tak pernah baca lah pulak buku dia. Hehehe. Kalau Linglung tu pernah lah baca blog dia.
ABRO ; Oh Linglung. Aisa Linglung. Dia tokey kedai ni. Ni, dia [Pipiyapong] dengan Sol-jah semua. Dia ada tulis untuk Sol-jah.
Aku ; Oh Sindiket Sol-jah?
ABRO ; A'ah. Macam ni lah. Kalau nak, ambik lah zine tu. Zine Hilang Punca. Yang tu Pipiyapong punya.

Aku pun ambil je lah. Free kan. Kalau tak free, harga dia RM 10.00 weh. Hehehe. Lepas tu, dah nak keluar, ada dialog lagi.

ABRO ; Habis tu ni nak all the way balik Johor lah ni?
Aku ; Eh tak la.
ABRO ; Habis tu? Jalan jalan dulu? Dekat sini stay mana?
Aku ; Ha? Hehehe tak tahu lah. Dekat KL ni stay Gombak. Rumah dia. *tunjuk Wawa
ABRO ; Oh. Rumah dia? Kata orang Johor.
Aku ; Eh tak. Yang orang Johor tu saya. Dia orang KL.
ABRO ; Oh. Bukan adik - beradik?
Aku ; Ha? Eh bukan lah.
ABRO ; Erm muka macam sama. Betul ni bukan adik - beradik? Habis tu?
Aku; Betul bukan. Kitorang sepupu.
ABRO ; Oh sepupu.
Aku ; Bang, tak nak buka Uya dekat Johor ke? Jauh lah nak datang Subang Jaya.
ABRO ; Ha? Tak tahu lah. Tapi kalau nak beli buku, order je lah. Nanti kitorang pos.
Aku ; Alah. Kalau pos, nak kena bayar postage lagi. RM 6.00 tu.
ABRO ; Haha. Alah RM 6.00 je. Suruh lah ayah support.
Aku ; Erm ok lah.
ABRO ; Ok datang lagi :)
Aku ; Ok. Bye.

Aku pun keluar dari bahagian buku. Balik.

Pergi tempat kerja abang aku yang pertama dekat Shah Alam. Dia kerja dekat butik tudung RATU. Pergi makan. Lepas makan, berpecah. Family pakcik pergi balik kampung dekat Morib. Kitorang satu family stay Shah Alam kejap. Pergi solat lepas tu lepak kejap dekat butik tu. Hehehe. Ini gambar - gambar syok sendiri kat butik tu.

Tak lama selepas itu, kitorang pun balik KL. Malam tu, baru pakcik aku yang balik Morib tadi sampai rumah. Malam tidur. Penat.

p/s ; ABRO stands for 'abang berambut oren'. Boleh? Hehe. Dan sebenarnya nama dia Afiq :) Macam mana tahu? Come to me lah tanya sendiri. Haha. Saja bikin saspen.

Saturday, October 29, 2011

91. Ke mana lagi ni? [around Kuala Lumpur]

Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas [23102011], aku bertolak ke Kuala Lumpur. Sepatutnya Isnin sekolah dan ada Gerak Gempur [Biology 1, Biology 2 & Sejarah 2] tapi aku ponteng ya. Jadinya, kawan - kawan cuti 2 hari [Sabtu & Ahad] sambung lagi 2 hari [Selasa & Rabu]. Tapi aku cuti 5 hari. Hehehe.

Macam biasalah. Jumpa sepupu - sepupu yang sama dengan post [Esoknya Hari Malaysia] ni. Sampai KL, kitorang tinggal plan nak keluar pukul berapa dan aturcara perjalanan. Hehe. Oh ya. Malam tu pergi KL Festival City yang baru dibuka & Uptown Danau jumpa abang suka kucing yang nampak sweet. Hehe.

INTRODUCING :

* NUR NABILAH, Bella :)

* NUR NAZURAH, Wachik :)

* NUR NADIRAH, Wawa :)

* NUR SYAHIRAH, Aku :)

* MUHAMMAD SHAFRUL, Adik aku :)

Esoknya [24102011], kami bangun awal dan bersiap. Pukul 10.15 pagi keluar rumah. Dalam pukul 11.00 pagi sampai Central Market. Sempat ambil gambar dekat convex mirror yang biasa ada di tepi jalan tu. Dah puas ambil gambar baru masuk CM. Ada lah beli barang sikit. Diorang lah. Aku tak.
Dalam pukul 12, gerak dari CM ke KLCC. Sampai KLCC, makan lah dulu. Pergi food court dia, mak aih. Ramainya orang. Yalah, waktu lunch kan. Mestilah ramai. Cari tempat duduk pun mengambil masa lama. Dapat lah meja bulat kecil untuk 5 orang duduk. Aku kongsi dengan Bella beli pizza. Adik aku dengan Wawa pergi beli makanan dekat Subway. Wachik makan mee hotplate.

* gambar makanan Wachik tak ada

Lepas makan, pergi Kinokuniya. Aku je lah yang beli buku. 3 buku, tajuknya 'Tak Payah Sombong Pun Tak Apa', 'Hitam Putih', & 'Kayangan' yang ada dibuat review oleh Zinesatumalam di sini [linked]. Hehehe. Orang lain tak beli apa - apa pun. Dari Kinokuniya, pergi surau. Lepas solat, gerak pergi Pavilion kejap sebab nak pergi tandas dia. Tandas KLCC tak ada paip. Dari Pavilion gerak pergi Sungei Wang.

Ok lah pusing sana sini. Patah balik Pavilion, patah balik KLCC. Sempat lah duduk kejap dekat Taman KLCC tu sebab ada sorang budak ni tak tahan sakit. Sakit perut dan nak muntah. Siapa? Adalah orang tu kan. Hehehehe.

Sampai KLCC, solat Asar. Lepas tu pergi beli Auntie Anne & Rotiboy. Balik :)

Sampai rumah dalam 7.15 malam. Assalamualaikum :)
* sambung next post

Sunday, October 23, 2011

90. Just a teaser







Nah take it. Just teaser photos for next post which I will update on.... Ah I don't know yet. Okay bye :)

Saturday, October 15, 2011

89. How I'm glad

I'm glad I never been raised with lots of money.
I'm glad I never been raised in spoiled.
I'm glad I never been in a relationship called love.
I'm glad I never get whatever I want in a blink of an eye.
I'm glad I am not as beautiful as others, sometimes.
I'm glad I was once a clown, a confidant, a teacher and also a hero for those creatures that ever present in my life.
I'm glad I never fall to a feet of a guy.
I'm glad I never been in someone's arm till now.
I'm glad I am not a bimbo and hopefully will never be.
I'm glad no one is waiting for me to decorate their life together with memories.
I'm glad I have a bunch of awesome people around me everyday.
I'm glad I have been given feelings and heart.
I'm glad I never sell myself as cheap as peanuts.
I'm glad I don't have any exes around the world.
I'm glad I don't have any stalkers, secret admirers or even paparazzi peeking me.
I'm glad I have the talent to cry over something that simply not worth my tears, oh suck.
I'm glad my heart was never been stolen from me before.
I'm glad I am a hypocrite.
I'm glad I never tend to get culture shock.
I'm glad I never intend to gain fame in any way.
I'm glad I am not a branded things lover.
I'm glad I never become a slave of money.
I'm glad I still have feelings.
I'm glad no one care about all of these things.

Wednesday, October 12, 2011

88. Eager to trigger [ACT]

Just now, I am wasting my time searching for something that I do not really know as my heart feels so eager to know about a blovel 'Awek Chuck Taylor'. Okay that's it. I search about blovel. Just in case anyone has made a review about that blovel because I still do not get the chance to buy it.

Oh why so weird? Blovel? What is that? Okay let me tell you. Blovel is a book published which it contents are from a blog. I mean, the writer's blog. Not just easily copying people post or story and claim it as yours. Okay that's not cool.

When I was searching around the web, I just get some links about what am I searching for but actually it is not a review about this blovel. It is the writer of 'Awek Chuck Taylor', Nami's blog. Oh the writer's named Nami. I clicked here and there in his blog and found many good post that can trigger your brain to start thinking as if you never think about that issue before.

Okay. Just two links for the post that I like from Nami's blog. Actually there are many others but I have no time to read it all at this time.


About the blovel, it is about a guy and his love story. It is a true story though. It is a story about the writer, maybe. Actually, before, Nami has made a blog and wrote this story at a blog, awekchucktaylor.blogspot.com. But this blog has been closed by Nami because Mira [an awek in this blovel] had been diagnosed having breast cancer. So, he intended to close that blog as a 'penghormatan' for her and to not make her feel depressed maybe.

Sadly to say, I never read that blog because I just get to know about this story [or blovel] after I get back from Kuala Lumpur last month. I do not really know when is the real time Nami closed this blog but the fact is, the blog has been closed. SEDIH!

If anyone interested to buy this blovel, Googling [?] around to know more about this blovel and also check out the writer's blog. I am not really sure where to buy this blovel directly except from UYA Distro which is located in Subang Jaya. The only way that I know is to buy this online. You can make an order of this blovel and 'Kitab Terfaktab' at this site [linked].

I know. If you are my close friend, you will get irritated of me because keep saying about this blovel to them and they were like [==']. Haha. Okay enough said. Bye.

Sorry for any wrong fact or grammatical error. Chill.

p/s ; When can I get to buy 'Awek Chuck Taylor'? =='

* the cover of the blovel
* interesting, huh?

Sunday, October 9, 2011

87. AF, ini untuk kau

Maaf. Aku tak terasa dengan itu. Sebab untuk itu, sangat umum. Tanpa sebut nama, tanpa pandang sesiapa, tanpa jeling sesiapa, tanpa tunjuk sesiapa, tanpa beri sesiapa dengar, tanpa beri secalit pun calar, hanya beri semua baca. Tiada intonasi. Tanpa ancaman. Hanya tulisan kosong yang tidak terkena pada sesiapa pun andai kau benar mahu menembak. Tapi betul tak telahan aku? Kau memang mahu menembakkan? Sebelum kau menembak aku, mahupun orang yang seangkatan dengan aku, kenapa tak kau tembak di cermin dahulu? Biar kena kau. Mungkin kau akan kata, 'oh aku tak sebodoh itu untuk menembak diri aku sendiri'. Tapi bukankah lebih bodoh rasanya jika kau menembak tanpa terkena sesiapa. Sekarang kau faham? Bukankah kau membaca 'Bogel Menuju Tuhan', 'Contengan Jalanan', mendengar puisi - puisi dan menulis juga. Kau patut faham bahasa - bahasa kiasan dan bahasa tubuh yang bertanda apa - apa.

Dan kini, kau kata kau sedar, bila kau sedar, hanya kini baru kau sedar? Memang benar baru kini? Atau baru kini kau merasa apa yang kami buat sudah sangat - sangat mengancam kau.
Seperti apa yang kau kata, 'hanya tinggalkan mereka dan lupakan saja'. Memang benar baru kini kau sedar?

Andai betul kau kata, kami menjengkelkan, kau juga.
Andai benar kau kata, kami hipokrit, kau lebih lagi.
Andai benar kau kata, kami tidak boleh dijadikan teladan, kau juga.
Andai benar kau kata, kami langsung dah tak sekepala, nasib kau sedar.
Andai benar kau rasa, kami memang takkan tolong bila kau susah, betul kau rasa macam tu? Atau kau hanya berkata - kata.
Andai benar kau kata kami hanya pandai bermuka - muka dan suka cakap belakang, bukan itu saja yang kami pandai, banyak lagi.

Betul kau takkan kawan dengan kami sampai mati? Cuma kami? Bagaimana dengan orang itu dan ini yang selalu kau sebut, kau tunjuk, kau cerita, kau pandang, kau endah, semua kawan dengan kau sampai mati? Kau yakin itu?

Benar kau yakin kami mengutuk dalam hati? Bagaimana dengan kau? Mengutuk depan - depan, kan? Sama saja, wahai gadis. Cari point untuk bergosip? Benar itu apa yang kami cari? Atau itu sebenarnya memang dah terbentang depan mata? Memang itu yang kau beri, memang itu apa yang kau tunjukkan. Tak payah cari lagi.

Benar kau tak perlu followers yang ramai? Kau yakin? Dan kau yakin semua yang baca blog kau itu ikhlas? Kau yakin ke kawan? Cuba fikir lagi. Lagi, lagi, dan lagi. Jangan risau. Otak kau takkan lebur kau fikir lebih dalam pun. Memori kau takkan hilang, lakonan kau takkan tumpul. Jangan risaukan itu.

Masalah, hutang, style, over, talented, ramai kawan? Kau rasa kau boleh berbangga dengan semua itu? Tuhan juga beri semua orang apa yang kau ada. Jangan berbangga sebab semua pun bukan milik kau. Tuhan itu Maha Adil, al - 'Adl. Jadi kalau kau rasa, benar kami dah buat itu ini pada kau, kenapa tak kau 'hanya tinggalkan mereka dan lupakan saja'. Kerana apa yang kami buat, Tuhan akan balas. Begitu juga dengan apa yang kau buat.

Kini, kau faham? Kau tipu, kau menunjuk, kau berbangga. Aku faham orang setiap zarah gerak lakunya. Aku boleh baca. Dan kau, aku masih punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk berbicara, tangan untuk menggapai, kaki untuk berjalan.

Terima kasih atas semua pertolongan. Kurang terima kasih untuk cerita - cerita lolongan. Aku tahu, kau juga kagum dengan aku, kan? Sudah, aku perasan. Tinggal.

p/s ; Untuk kata- kata terakhir. Aku menembak kena sasaran tak?
Untuk kawan - kawan, jangan risau. Aku masih punya korang, korang masih punya aku. Kita sekelas.

Saturday, October 8, 2011

86. Dia yang Beautiful

Ada yang hilang ketika engkau hilang
Hatiku jiwaku
Ada yang pergi ketika kau pergi
Senyumku tawaku
Hidupku ikut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu
Sementara aku masih di sini
Mencuba tetap berdiri
Tanpamu

Ini adalah puisi dari filem Indonesia, Tentang Dia. Aku dah cuba cari video untuk puisi ini. Tapi tak ada. Kalau filemnya ada lah.

Pada pendapat aku, walaupun filem ni dah lama, tahun 2008 mungkin, cerita ni tetap best. Ada moral dari dua sudut. Persahabatan dan percintaan. Tapi bagi aku, ini tak klise. Untuk sesiapa yang dah tonton pun, mungkin tak dapat tangkap apa yang aku maksudkan. Korang kena tengok filem ni. Ada puisi - puisi yang best walaupun ada yang aku tak faham sana sini sikit sikit. Tapi puisi yang atas ni memang paling aku rasa dan faham lah.

Sebenarnya, aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Banyak perkara tersumbat di dalam otak aku. Sampai setiap satu daripadanya berpusu pusu nak keluar tapi aku tak benarkan. Akhirnya, apa yang keluar? Air mata. Terus dan terus. Ah ini gila. Sampai bila?

p/s ; Aku sedang upload lagu sebarang yang aku tak pernah dengar. Aku jumpa lagu Eminem - Beautiful. Aku tak dengar lagi, aku cari liriknya. Di bawah ini salah satu petikan lirik lagu tu. Sangat bermakna.

And to the rest of the world
God gave you shoes to fit you
So put 'em on and wear 'em
Be yourself man, be proud of who you are
Even if it sounds corny
Don't ever let anyone tell you, you ain't beautiful

Thursday, October 6, 2011

85. Hari hari aku [sila sedia Kamus Dewan]

Aku nampak mata tajam. Aku dengar suara korup. Aku belajar hidup. Aku jadi aku. Aku cakap pakai mulut tapi suara dari otak. Aku jalan penuh liku. Otak aku berfikir ligat. Hati aku jadi jahat. Niat aku kadang salah. Aku tahu makna curang. Aku dengar mulut longkang. Hati aku belah dua. Aku jadi pelakon terhebat. Aku nampak kanibal. Aku rasa sakit. Aku rasa gembira. Aku tahu kawan bukan dengan hati, tapi dengan muka. Aku nampak orang lawa. Aku nampak orang yang hidup tanpa hati. Aku jalan tanpa arah. Aku cakap tanpa suara. Hati aku ketawa. Aku jadi patung. Aku jadi tiang. Aku dungu. Aku buntu. Aku keliru. Yang ini nampak betul, macam salah. Yang ini nampak salah, macam betul. Aku menangis. Aku rasa cuka. Aku nampak pelakon. Aku rasa geli. Telinga rasa menyampah. Aku kadang kadang gedik. Aku tak pandai. Aku rasa lain, aku cakap lain. Aku jadi peti besi. Aku jadi kotak pandora. Aku jadi harta karun. Aku jadi TIME BOMB. Aku sorak surai macam gila. Aku duduk diam. Aku jadi tugu. Aku rebah. Aku ejek. Aku jerit tanpa suara. Aku sumpah seranah dalam hati. Aku maki. Aku harap. Aku terus berharap. Aku toleh. Aku baca. Aku minta. Aku makan. Aku tak ikhlas. Aku bunuh memori. Aku buang kenangan. Aku marah kau. Kau marah aku. Kau buat salah, ada sebab aku marah. Jadi kenapa kau marah aku? Aku berubah lagi, memang. Kau berubah, teruk. Aku hilang hak. Aku tengok wayang. Aku jadi robot, pernah. Kaki rasa dipaku. Mata rasa kering, sebab itu aku nangis. Aku dengar tawa sinis. Aku kadang pesimis. Kau sarkastik, aku juga lebih sarkastik. Aku orang gaji. Aku kadang mati. Kau konon raja. Kau macam bagus sangat. Aku lutsinar. Aku halimunan. Aku ringan. Aku kau pijak. Kau tak tahu adab meminjam? Aku memang jahat. Aku itu, aku ini. Aku bongkak, kan?

p/s : Apa benda semua ni? Kau faham?

Wednesday, October 5, 2011

84. Nak SHOUT! ke tidak?

Assalamualaikum semuanya.

Hari ni, aku cuma nak tanya. Memandangkan ramai kawan kawan letak Shoutbox di blog diorang, maka soalan aku adalah berkaitan dengan perkara tersebut. Tapi ada juga kawan aku yang tak letak.

Ni ha. Aku nak tanya, perlu ke aku letak Shoutbox? Adakah menjadi satu keperluan Shoutbox tu? Aku sebenarnya tak tahu. Aku tak nak ikut trend. Orang letak Shoutbox, kau pun sibuk nak letak Shoutbox. Orang letak lagu, kau pun sibuk nak letak lagu. Orang letak wishlist, kau pun sibuk nak letak wishlist. Ok ini cuma contoh.

Aku nak tanya lagi, kalau aku letak, ada ke orang yang nak SHOUT! kat Shoutbox aku tu? Ada ke orang yang teringin berkata apa apa pada aku melalui Shoutbox tu? Tak aku cuma tanya je. Jadi korang tolong lah jawab.

Aku tak nak bila aku letak, ada yang monolog depan laptop atau notebook atau netbook hatta komputer sekalipun mengatakan :
1) Ye eleh! Orang letak Shoutbox, kau pun nak letak. So lame.
2) Apa benda lah budak ni pergi letak Shoutbox. Aku tak heran lah. Orang lain dah lama letak.
3) Eh menyibuk je aku tengok Shoutbox ni kat sini. Tutup lah. [dia pun blah dari blog aku]

Korang nampak tak yang blog aku ni sangat biasa tanpa ada hiasan seperti pengira hari, playlist, Shoutbox, gambar orang, iklan, wishlist, cursor yang cantik cantik, burung Twitter terbang terbang, blink blink mahupun gambar mem'promote' diri sendiri? Yang aku ada cuma header yang sangat ringkas, viewer counter, profile dan followers.

Untuk semua orang yang baca blog aku ni, tolong lah jawab. Kalau silent readers [andai ada] pun, jawab je lah. Komen je lah kat post ni ok? Tolong tolong tolong. Terima kasih :)

Jadi, cuma itu je lah yang aku nak tanya. Untuk sesiapa yang terasa dengan contoh contoh yang aku bagi di atas, PADAN MUKA! Hahahaha. Ya, aku memang sedang belajar untuk jadi jahat kepada orang orang yang jahat.

p/s ; Aku terfikir akan benda ni semasa menjawab Gerak Gempur Chemistry Paper 2 pagi tadi. Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM aku dah edit sebab markah Biology dah dapat :)