Friday, December 31, 2010

39. selamat tahun baru 2011

kurang dari 10 minit lagi, kita akan bertemu dengan 2011. ini adalah post yang terakhir untuk tahun 2010. tahun depan punya tak tahu lagi. hehe.

dalam 2010 ini, banyak kenangan seperti tahun tahun sebelumnya. tetapi mungkin lebih extreme lagi memori tahun ini. biasa lah. tingkatan 4. orang kata, tahun honeymoon. mungkin aku juga terlebih honeymoon tahun ini. tidak mengapalah. aku berharap aku akan dapat menebus semua pelajaran yang tertinggal. almaklumlah, SPM 2011 akan kuhadapi.

sudah lah. aku tidak tahu mahu membebel apa. mungkin anda sudah bosan.

SELAMAT TINGGAL 2010
KAU BAWA BERSAMA 365 HARI LAGI
PENUH DENGAN GELAK TAWA DAN TANGISAN
SELAMAT DATANG 2011

SELAMAT TAHUN BARU, KAWAN :)

Wednesday, December 29, 2010

38. bodoh sombong

pagi ini aku terfikir. kenapa bila berlaku sesuatu kesilapan, ada pihak lain yang perlu disalahkan? tak perlu disebut contoh la. takut menyentuh sensitiviti yang lain. nanti kena saman pula. semua ini tak masuk akal. kesalahan itu pada diri anda, kenapa orang lain pula yang disalahkan? mungkin kerana otak anda sudah tidak berfungsi dengan betul.

memang tak semua orang macam ini tetapi ada segelintir yang tak sedar sedar diri jugak. tetap nak salahkan orang lain. bangkitlah. hentikan semua ini.

pada aku, apabila kita mengakui sesuatu kesalahan yang telah kita lakukan, kita akan berusaha mengubah sikap dan diri kita. sedangkan kalau kita salahkan orang lain, kita takkan pernah berubah dan sentiasa berada di takuk yang itu, atau mungkin lebih teruk lagi. tiada kemajuan, tiada perubahan. teruknya. tak malu ke?

oh lupa pula. makhluk makhluk seperti ini memang tak tahu malu sejak azali nya. harap maklum.

Monday, December 27, 2010

37. bola sepak

semua orang dah tau kan yang MALAYSIA menang 3-0 lawan indonesia tadi ? jadi malas la nak cerita lagi . tapi kan , tadi aku menonton bola dengan penuh bersemangat nya . hahaha .

orang kan kalau tengok bola dialog dia,
-'hah sepak, sepak, bagi situ, bagi sini, sepak tinggi, sepak kat ______ [name of the player]'

tapi disebabkan dah excited sangat , dialog aku jadik macam gini,
-'hah camtu, tembak sana, tembak sini, tembak tinggi sikit, tembak la kat orang tu'

hahaha . aku sendiri tergelak . excited punya pasal , 'sepak' jadik 'tembak' . patel punya budak . hahaha .

36. SALAH

aku tak tahu sama ada apa yang aku nak paparkan di sini ada kena mengena dengan tajuk di atas ataupun tidak.

KESALAHAN, KESILAPAN, KECUAIAN dan yang sewaktu dengannya, semua orang pernah lakukan. betul tak? jangan cakap 'TAK PERNAH' sebab itu semua satu penipuan. tiada siapa yang sempurna. nama pun manusia. begitulah gamaknya. haha.

jadi para pembaca sekalian, janganlah kita ini asyik nak memuji menjulang setinggi gunung sesuatu itu hanya ketika ia hebat tetapi apabila sudah teruk, mengutuk mencaci memaki pula. tak baik kan?

jangan begitu la kawan. sama sama manusia. tolak ansur dan timbang rasa itu penting. kalau perkara yang sama terjadi pada kita, apa yang akan kita rasa? tak rasa apa apa? BAGUS nya. kalau tak rasa apa apa, bukan manusia namanya. itu robot. kalau manusia, tentu ada perasaan dan mampu merasa apa yang sepatutnya dirasa pada situasi yang sepatutnya. haha. tak faham? tak mengapalah. suatu hari nanti mungkin kau akan faham.

Friday, December 24, 2010

35. read this :(

the girl loved this boy very much, all she wanted was him.
girl: hey.. i want to tell you something
boy: uhm, what is it?
girl: i love you.
boy: oh.. okay.
girl: okay? okay what?
boy: umm, i don't know.
girl: well, do you love me?
boy: i'll tell you later.
girl: why not now?
boy: because i just don't want to.
girl: please!
boy: um no.. i'll cya tomorow.
the next day, they spoke at school again.
girl: can you tell me?
boy: no
girl: please! i just want to know!
boy: okay fine, who would love someone who looks like you, you're fucking ugly!
the boy walked off, leaving the girl crying. she ran home and locked herself in the bathroom.
she called her mother, still crying. her mother asked her what happened and all the girl replied with was, 'i love you mum', and hung up.
when the mother arrived home, she opened to experience the most horrid scene that broke her heart. her daughter layed on the bathroom floor, blood everywhere.
the girl died that day, with many cuts on herself, and a simple note to that boy she once loved.. "am i pretty enough now?"

-credits to abie-

Thursday, December 23, 2010

34. maaf

MAAF

pernah dengar perkataan di atas? tidak? kasihan nya. pernah? bagus. apa maknanya?

dalam kamus dewan, perkataan di atas bermaksud 'kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan, kekeliruan'.

masih tak faham? tak mengapa. bukan anda seorang saja yang tidak faham apa makna 'maaf' itu. ramai lagi yang masih tidak faham. aku juga.

33. otak kosong

pada asal nya, rasa ingin menaip dan menulis blog itu sudah ada. tapi entah kenapa, semua hilang. dah dibawa pergi oleh apa entah. aku tak tahu. atas sebab apa aku lupa, pun aku tak tahu. kau tahu? tak tahu juga kan? ah sudah la. tak guna kejar benda yang dah pergi. biar kan la ia pergi. takkan terkejar dek kaki. kalau ia datang kembali, bersyukur la kerana mungkin ada peluang kedua. jika tidak, jangan putus asa. satu pergi, sepuluh mari. haha. sudah merepek kan aku ini.

sudah la. pergi la jauh jauh. walau sejauh mana pun, aku sudah tidak kisah. ego yang ada pada kau takkan pernah kurang dan makin bertambah. andai kau rasa kau betul, maka betul la diri engkau. tak perlu salahkan orang lain.

setiap orang punya kenangan. tapi ada pilihan untuk setiap kenangan. sama ada untuk dikenang terus atau dilupakan terus. kali ini, aku tidak memilih kedua-duanya. sebab apa? takdir. bukan bermaksud aku menyalahkan takdir tetapi sudah takdir menentukan begini, aku ikut. tapi tak bermakna aku menyerah. aku tak juga melawan takdir. tak perlu buat begitu. takdir tak salah kan? kita yang berada dalam lipatan takdir ini yang perlu disalahkan.

kenapa perlu terlalu ego? terlalu angkuh? terlalu sombong? kau manusia, aku juga manusia. bukankah bunyinya sama. jadi kita juga sama. tiada bezanya. aku tak kisah dari segi apa, memang tiada beza.

Monday, December 13, 2010

32. abang larkin perdana

ok . sambungan daripada post 31.

actually , abang yang ambik order tu , sama je dengan abang yang semalam nya . ni order kitorang .

my abang - sirap limau
me - limau suam
my adek - sirap bandung

pastu dy blah . meja yang kitorang duduk tu kotor so nak suruh dy lap tapi 3-3 tanak cakap , tanak panggil . then , air pun sampai . diam jugak . sekali tetiba tengok air sirap bandung tu tade straw . bergelak la kami kat meja tu . hahahaha . pastu kitorang panggil dy balik untuk mintak straw dengan lap meja sekali . dy datang . dy lap meja tu slow slow . pastu dy lap sambil tengok je adek aku . ntah kenapa la kan . tapi waktu tu aku yang depan abang tu , gelak sangat sangat tapi tutup mulut la . nanti nampak tak sopan pulak kan . haha .

then , bila makanan dah sampai , makan la . lepas makan , suruh abang tu kira . dy duduk kat table belakang my abang and my adek which is in front of me sambil tengok konsert jom heboh .

my abang panggil suruh dy kira . dy pun macam 'oh ea ? oooohhh' pastu buat derk je . panggil lagi , baru dy datang kira . tapi dy kira air je la . waktu tu dy tanya adek aku , 'minum apa ?' sambil urut urut adek aku . OMG ! is he gay ? hahaha . tatau la . rasa nya tak . cuma dy macam bergurau gurau gitu kot . cuma dy memang sangat sangat pelik . haha .

31. tesco extra =='

malam tadi , kami kami kami , as usual la kan . my abang , me and my adek ditugaskan untuk membeli barang barang dapur . actually aku nak tergelak waktu dapat tau tu tapi pergi jugak . hehehehe . tade list pun , maen cakap cakap je . pastu my ayah bagi RM 100 je . mana la cukup . ye tak ? hahaha .

but , can you imagine it ? teenagers aged 15 to 18 pegi beli barang dapur . weird actually sebab orang orang kat tesco tengok je kitorang . paling tak bole blah , masa nak beli sayur . sayur nya semua dah buruk . yang banyak nya kobis je . so beli je la kan . kitorang maen pusing pusing kat bahagian sayur tu . haha . pastu ada la bayam tapi tanak beli . sebab nya , dy dah ikat pastu dy ikat macam 1 kebun punya bayam tau . banyak gila . hahahaha . kitorang berdekak je . haha .

pastu nak beli nugget la , air la , itu la , ini la . tapi kira kira bajet dulu . then , time bayar , nasib baek la cukup kan . RM 75.15 . ada baki , kitorang pergi makan . dekat tempat yang sama macam semalam nya [larkin perdana] .

kat situ , kitorang bergelak ketawa . sebab ? ntah la . abang yang ambik order air tu agak pelik . tatau la kenapa dengan dy . aku share story pasal ni petang nanti ea sebab nak kena siap untuk pergi kelas . bye bye :D

30. mamat kereta satria hijau c(:

hari sabtu hari tu , malam la kan , kitorang keluar . sape kitorang ? aish . my abang , me and my adek lelaki la . dalam 11.30 ++ gitu la keluar . first , pergi makan kat larkin perdana . act kedai tu dah nak tutup tapi still ada orang yang makan ape . kitorang pun duduk je la . hehehe .

lepas makan , pusing pusing , round round . heeee best gila la . then , lalu la kat tepi laut untuk pergi stulang tu kan . tetiba ada kereta tu blow blow pastu dy maen reverse je dari tepi jalan tu . last last terlanggar kereta yang kitorang naek tu tapi kat tepi je la . bumper belakang . WTH ! pastu muka mamat dalam kereta tu dah cuak dah . hahaha . padan muka kau . tapi kitorang tak kesah sangat sebab kereta dah buruk . kereta dy la yang lawa lagi . macam baru spray [bak kata my adek] . haha . tapi kitorang teruskan perjalanan tanpa ambik peduli pun . hahaha . pastu sampai satu tempat tu , dekat dekat dengan the zon , kitorang berhenti la kejap pastu turun . nak tengok camane keadaan kereta tu . tade la teruk sangat . bumper je macam nak tanggal . hahaha . pastu kitorang balik la . yang pasal kereta tu , kitorang diam je . tak bagitau sesape pun . hehehehe .