Friday, August 26, 2011

78. Tetap atau berubah

Dalam kehidupan, setiap orang berubah. Dalam setiap perubahan, ada yang terasa. Dalam setiap perasaan, ada yang bersedih. Dalam setiap kesedihan, ada yang terkinja. Dalam setiap kinjaan, masih ada kehidupan. Dan begitulah kitarannya berlaku untuk sepanjang hidup. Dan walaupun kehidupan itu sendiri sudah tamat, perubahan tetap berlaku. Sampai apa yang berubah itu terus berubah sehingga kembali ke asalnya.

Apabila kita berubah, ada yang suka, ada yang tidak. Hal ini bergantung kepada perubahan yang kita lakukan sama ada ke arah kebaikan ataupun keburukan. Ada orang suka kita berubah jadi baik. Ada ke orang yang suka kita berubah jadi kurang baik? Jawapannya, ada. Ha orang yang macam ni, dia ada penyakit hati. Tapi jangan risau, takkan membawa maut. Hehehe.

Ha tadi baru mukadimah. Ni baru nak mula.

Aku mengaku aku berubah. Aku nampak perubahan aku. Aku tahu ada yang tak suka atau rasa janggal bila aku macam ni. Macam mana? Sesiapa yang kenal aku tahu lah aku macam mana. Untuk yang baru mengenali aku, mungkin mereka lihat aku hanya orang yang sama. Memang lah. Muka takkan berubah. Hati dan jiwa tu yang berubah. Korang tak nampak hati dan jiwa aku semua ni. Macam tu juga dengan aku. Aku tak nampak perubahan hati dan jiwa korang. Tapi segala yang datang dan lahir dari hati tu terpancar kat muka, mata, dan perbuatan.

Apa yang kau fikir, kau dah ubah sudut dari mana kau fikirkan perkara tu. Kalau dulu, kau mungkin fikir dari sudut 180 darjah. Tapi sekarang kau dah tukar jadi 225 darjah. Siapa yang tahu? Tak ada siapa. Cuma kau, kau, dan Tuhan je yang tahu. Aku pun macam tu juga. Segala perkara yang sebelum ni mungkin nampak seperti bukan masalah besar [not a big deal] pun akan jadi sesuatu yang sangat menghentam apabila kau mula fikir dari sudut pandang yang berbeza. Sebagai contoh, mungkin dulu bila orang katakan yang kau bodoh, kau terima 'ya aku memang bodoh *angguk - angguk'. Bila kau ubah sudut pemikiran, kau nampak, 'orang ni doa kan aku jadi bodoh rupanya, mana boleh macam ni, nak pandai'. Jadi kau mula berubah dan terus berubah.

Secara ringkasnya, apabila kau merasakan bahawa seseorang itu telah berubah, sebenarnya kau juga berubah. Percayalah. Jangan cari salah orang je, tengok diri sendiri dulu. Aku pernah dan sedang mengalami perkara ni. Aku sedang berubah. Terima atau tidak, aku perlu berubah.

p/s ; 2010 Masih Hip Hop

Sunday, August 21, 2011

77. Ini blog aku

Ada lagi satu cerita. Hari Khamis hari tu aku online Facebook. Ada orang hantar mesej dekat inbox. Dia tulis, 'Nice blog. Blog yang paling jujur pernah saya baca :)'. Ok terperanjat Boboi. Hehe. Dah tertanya - tanya lagi. Mana kakak [penghantar mesej] ni jumpa blog aku. Tadi berbalas - balas mesej dengan dia. Dia kata ada kawan dia bagi link blog ni dekat dia. Terima kasih kawan 'dia'. Dia kata, kawan dia tu pun follow blog aku juga tapi aku tak tahu siapa. Dia [yang hantar mesej dekat inbox ni] kawan abang aku yang kedua dekat universiti. Oh begitu. Hehe. Dia kata dia suka baca blog aku sebab ikhlas.

Ikhlas tang mana cek pun tak tahu la. Tapi dia kata, ada orang suka cerita benda yang baik baik je, yang boleh buat dia rasa dikagumi je. Nampak ada kepura - puraan lah dekat situ. Aku pun tak ada lah nak kutuk orang cuma memang takkan ada siapa yang nak dipandang rendah kan?

Aku cakap aku post dekat blog apa yang aku rasa. Bukan nak kejar apa - apa pun, macam populariti ke, followers yang ramai ke, atau apa sekalipun. Aku cuma nak bagi orang berfikir. Kalau orang dah baca blog aku pun masih tak terfikir apa - apa, itu atas diri masing - masing lah. Nur Syahirah Mohd Amri ini hanya melakukan apa yang dia mampu sahaja.

Aku cuma nak cakap, terima kasih kepada semua followers. Kepada sesiapa yang membaca dan terus membaca blog ni, terima kasih. Kepada silent readers, kalau ada, terima kasih. Dan yang paling penting, kepada semua orang yang aku pernah cerita dalam blog ni, terima kasih banyak - banyak. Kalau tak ada korang, tak ada lah post yang baru dan baru lagi sampai dah dekat 100 post dah. Kan? Hehehe.

Itu saja. Assalamualaikum.

p/s : Aku janji takkan tukar link untuk blog ni lagi.

Friday, August 19, 2011

76. PEMILIK zubaidahs.blogspot.com BACA NI!

Hari Selasa yang lepas, aku sign in Blogger. Aku tengok followers aku dah bertambah. Dah jadi (85). Aku jadi tertanya - tanya. Siapa lah yang follow blog aku yang tak seberapa ni? Lepas tu, tengok nama user dia Etong.


Ok lah. Buka blog dia. Sekali aku terperanjat. WOAH! Followers dia dah 1000++ tapi kenapa dia follow blog aku yang macam penuh repekan akal budak tak matang ni?



Jadi, aku follow lah blog dia balik. Tapi aku follow bukan lah sebab 'You follow me, I follow you back'. Ok aku memang tak macam tu.

Sebab aku follow balik :
1) Banyak blog post beliau dalam Bahasa Inggeris. Jadi, boleh perbaiki Bahasa Inggeris aku.
2) Ada post yang mengandungi unsur motivasi.
3) Beliau orang Sabah dan belajar di Sabah. Jadi dapat lah tahu atau tengok negeri orang, melalui blog post dia. [Sabah adalah salah satu negeri yang aku sangat ingin pergi selepas Sarawak]

Jujurnya, tak habis survey lagi blog beliau sebab banyak sangat post. Nanti kalau ada masa senggang, aku teruskan membaca lagi.

Salah satu post dia yang aku suka :) -----> GIRLS WHO READ.


Lawa orang dia. Macam muka Arab sikit. Hehehe.

Ucapan untuk anda ; Terima kasih banyak banyak sebab follow blog saya yang tak seberapa sangat ni :) Ha tapi cuma nak tahu je, mana anda jumpa blog saya ni?

Sunday, August 14, 2011

75. Sesuatu Yang Tersilap

Ada sesuatu yang tersilap.

Letaknya di hati.
Pandangnya di mata.
Sebutnya di lidah.
Dengarnya di telinga.
Capainya di tangan.
Tujunya di kaki.
Rasanya di jiwa.

Tapi ada yang betul.
Air mata, walau bila pun ia terhambur.
Aku pasti ia bukan tersilap.
Ia hanya simbolik.
Bagi sebuah kesilapan yang pasti.

Jam 2311
14082011

Monday, August 8, 2011

74. Bila nak pakai otak dan akal kau tu?

Aku suka dengar pendapat orang. Aku suka minta orang bagi pendapat. Aku suka beritahu orang apa pendapat aku. Aku suka bagitahu orang apa yang aku fikir. Aku suka diam dan jadi pendengar. Aku suka cakap dan biar orang dengar. Aku suka senyum saat dengar pendapat orang. Aku suka ketawa bila dengar apa orang kata. Aku suka pandang orang bila dia cakap. Aku suka senyum sembunyi bila orang menyampuk. Aku suka buat orang berfikir. Aku selalu diam tapi otak aku bercakap.

Semua ni sebab apa?

Sebab bila kau luahkan pendapat kau, bila kau bercakap, bila setiap butir bicara yang keluar dari mulut kau, bila ekspresi muka yang kau tonjolkan bila dengar apa aku cakap, bila setiap sampukan kau disambut senyum aku, bila setiap orang yang ada di samping aku mengeluarkan butir bicara, aku teliti semuanya.

Kerana hanya dengan itu, aku tahu otak dan akal kau itu apa tahapnya.

p/s ; Pemerian di atas untuk semua orang. Kalau terasa, maaf.

Thursday, August 4, 2011

73. The Looks That I Love 1 [Yuna & Hana Tajima]

Today, I think I had become more aggressive to talk at school. Not to 'terkinja - kinja' ya. But I just talk or had some conversation about a specific topic la about this and that [should I tell it here?]. One of the topic is like fashion or trend for teen nowadays. Well, I know many people love how YUNA and HANA TAJIMA wear their shawl / pashmina / scarf and their style, right? The same thing goes to me too :) But frankly to say that I think I'm not suit to wear shawl like them because I don't know. Hehehe. These sisters [YUNA & HANA TAJIMA - they are not siblings actually] had inspired so many ladies out there to be more fashionable even though they wear 'tudung'.

So, now I would like to share some of their fashion / style / outfit that I like :)
LET'S CHECK IT OUT!

1) For this, I LOVE HER SHOES SO MUCH but obviously I can't wear that now because I don't know how to walk with high heels, or even wedges.

2) For this look, I love everything on her. Hehehe. Especially the long jacket hoodies and her boots :O But for sure so many people long for that jacket, right? ;)

image
3) This style, I love her shoes and her tapered pants. But I just love to look la, not to wear maybe. I mean, her pants. I love to look and to wear her shoes so much. But look at her jacket and silk shawl. AWESOME!

H&M Poncho

4) OH I LOVE EVERYTHING THAT SHE PUTS ON in this picture! and I also love the location where this picture was taken. Its in London [if I'm not mistaken].

5) I LOVE HER SCARF [around her neck] AND HER SHOES AND HER BAG AND HER JACKET! and her smile :)

6) I love her jacket, shawl and her loose pants. Its a very CUTE combination of colours with the CUTE HANA TAJIMA SIMPSONS.

7) I LOVE EVERYTHING including her high heels :) [this picture reminds me of GEEKERZ ♥]

8) For this picture, I love her pashmina and her long cardigan. Hey look, even Hana Tajima loves to take pictures in front of the mirror! :P

9) This picture is out when she's just started to get a place in the mainstream. I love this style because it is not so girlish / ladies style. Well you see, with the checkered shirt and Reebok shoes [RANDOM AWESOME lyric] are not so girl's look la. Plus with her lovely white IBANEZ guitar :p


10) Overall, I love this style because it is so simple. The plain shawl, grey long cardigan, long black skirt with the sneakers ♥ Looking forward to wear like this in the future :)

PICTURES OF YUNA & HANA TAJIMA :D


* Yuna's mum is at the middle :)






Yeah, that's it! Its just a part of it. For more, don't be lazy. Just Google them and you will amazed. Hehehe.

p/s ; all of these pictures are taken from somewhere in Google including Yuna's Lookbook, Yuna's Tumblr and Hana Tajima's Tumblr. Sorry for the inappropriate and uneven size of the pictures.

THANK YOU FOR READING AND LOOKING!
BYE BYE!

Monday, August 1, 2011

72. Ramadhan sudah mari

HAPPY FASTING, PEOPLE.

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." [Surah Al - Baqarah ayat 183]

MUST DO :
Tinggalkan perkara sia - sia, termasuk bercerita tentang perkara sia - sia. [ini serious]
Kuatkan iman, tabahkan hati menempuhi segala dugaan.
Jangan membazir terutamanya untuk Aidilfitri dan berbuka puasa.
Lebihkan ibadat, bukan shopping. [maklumlah banyak SALE]
Berusaha kejar malam LailatulQadar yang lebih baik daripada malam seribu bulan.

Dan yang paling penting, JANGAN LUPA NIAT PUASA PULA.
- Niat puasa Ramadhan ; 'Nawaitu sauma ghadin 'an ada'i fardi Ramadhana hazihis-sanati lillahi ta'ala'

Waktu ni, aku teringat cerita dalam novel Contengan Jalanan.