Friday, April 29, 2011

61. dialog berlegar 1

hari ini aku nak post tentang dialog - dialog yang aku suka dan masih ingat. dialog - dialog ini dipetik dari beberapa buah drama dan filem ya :)

DIALOG 1
Amat dan Kashaf sedang duduk di gerai milik Amat. berbincang tentang pengedaran dadah. alah keldai dadah la ni.

AMAT ; weh kau rasa kita patut terima ke tak offer Encik Faruk tu? RM 10 000 tu. kau RM 5000, aku RM 5000.
KASHAF ; RM 5000? fuiyo banyak tu. eh tapi dosa la. tak nak la.
AMAT ; oh dosa. habis tu yang selama ni kau minum, ambik dadah, main bohsia tu apa bro? dapat pahala ke tu?
KASHAF ; alah itu dulu. sekarang aku nak berubah. aku nak insaf. jadi baik.
AMAT ; alah bro. kita kan muda lagi. bukan nak mati esok pun.
KASHAF ; ha itu kalau tak mati besok, kalau mati besok camane?
AMAT ; kalau mati besok, kita sama - sama la berenang kat neraka nanti. hahaha.
KASHAF ; hoi kau gila ke apa? neraka tu. panas siot. hahahaha.

- telefilem 'KASHAF IMANI'

DIALOG 2
Zul [sebenarnya tak ingat nama watak dia] dah tunang. tapi tunang dia sakit. lepas itu dia boleh couple dengan Kiera pulak. Kiera dapat tahu, dia marah dan nak putus dengan Zul pula sebab dia kesian dekat tunang Zul itu. Kiera telah didatangi Zul.

ZUL ; kenapa awak jauhkan diri dari saya?
KIERA ; awak tahu tak yang awak tu tunang orang?
ZUL ; tapi saya dah tak sayang dia lagi. saya sayang awak.
KIERA ; tapi dia tunang awak. dia masih tunggu dan sayang awak dan dia lebih memerlukan awak daripada saya.
ZUL ; saya akan putuskan tunang dengan dia demi awak.
KIERA ; [*marah] kenapa lelaki ni bodoh sangat sampai tak nampak apa yang sebenarnya terbaik untuk dia? apa yang ada kat depan mata dia ha?
ZUL ; habis tu kalau perempuan tu pandai sangat, kenapa dia sanggup tunggu saya walaupun dia tahu yang saya dah tak sayang dekat dia lagi?

- drama 'K.I.T.A'

p/s ; dua ini dulu ya. nanti tambah lagi. dah malam ini. esok ada lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC. nak beli buku Fared Ayam - Pada Sebuah Ketentuan ;D

Tuesday, April 26, 2011

60. aku pergi

Sudah 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22 hari aku tak mengepos benda baru di blog aku. satu jangka masa agak panjang kan? kenapa aku lama tak update? hm jom baca sebabnya.

SEBAB - SEBAB LAMA TAK MEREPEK DI BLOG

1) alasan paling umum di dunia - aku sibuk
2) alasan paling umum di kalangan blogger - aku tak ada idea
3) alasan yang terdapat selepas teknologi berkembang sahaja - aku malas dan penat nak menaip [dulu - dulu tak ada komputer + internet]
4) alasan sebenar - banyak masalah yang menyempitkan kepala [biasalah, REMAJA]
5) alasan orang tinggi cita - cita - aku sedang belajar
- untuk peperiksaan mendatang [habiskan sisa - sisa menikmati alam persekolahan]
- menulis menggunakan tangan kiri @ kidal [ini kerja bodoh yang nampak macam pandai]


Sunday, April 3, 2011

59. JOHO and KOMPLOT :D

hari ini, baru saja tadi, dalam pukul 1 petang lebih, aku pergi JOHO Concept Store dekat Lost Malaya @ Lido. macam biasa lah. Ahad pertama setiap bulan ada Carboot Sale. tapi hari ini aku tak pergi tengok - tengok sebab panas sangat. takut tak larat. so, pergi sana untuk booking JOHO punya t - shirt saja. kalau nak maklumat lanjut, lawat JOHO punya blog eh.

aku dengan adik aku yang nak baju ini. first sampai, terus masuk store dia. i mean, concept store dia lah. lepas itu, isi borang order lah. letak atas nama aku. waktu baru masuk itu, nampak seseorang memakai t - shirt berwarna biru. dia salam bapak aku pastu cakap apa entah. aku dah terfikir, 'eh ini bukan vokalis KOMPLOT ke?' tapi buat dek je la sebab sibuk nak mengisi borang order. lepas itu sibuk lah pasal saiz pula. nak saiz yang mana lah, ukurannya macam mana lah. aku lah yang cerewet sebenarnya. hehehe. tapi aku sempat tanya kakak kerja situ,

aku ; akak, yang pakai baju biru itu vokalis KOMPLOT kan?
[aku pun memakai baju biru + shawl biru] *aku memang perasan
akak ; a'ah. minat eh?
aku; a'ah tapi dah lama tak dengar lagu dia. tade lagu baru. eh, shhhh. hehehe.
*sebenarnya ada cuma aku dah jarang dengar X FM

lepas itu, kakak yang kerja situ pergi ambil tali tape untuk ukur segala. waktu tengah mengukur, ukur dada tahu , OMG! malu aku. tetiba abang KOMPLOT itu [nama dia ZACK] lalu sebelah. akak tu pergi cakap,

akak; abang ZACK, ni ha, budak ni kenal.
abang ZACK *wah wah ; ha? *blur
akak ; ni ha. budak ni fan abang.
abang ZACK ; oh hai. terima kasih la.
[sebab minat KOMPLOT]
*lalu tersenyum
aku ; hai. hehehe. sama - sama.
*sambil tersenyum malu - malu dan melambai semula

memang depan mata sangat - sangat. macam ter'blushing' kejap. hehehe. lepas itu, aku nak beli button JOHO yang ada atas meja itu. ambil je la. pastu dia ada offer 1 button 'I ♥ ISKANDAR MALAYSIA'. adik aku ambik. aku macam malu je nak ambik tapi last - last ambik juga. hampeh betul aku ni. hahaha. lepas tu, aku pilih la 2 buttons yang aku nak. bayar semua. lepas itu dah nak balik.


*ini lah button nya

yang si abang Zack ni, punyalah friendly. dia sempat berbual kejap dengan bapak aku entah cakap apa lagi lah kan. asyik bercakap je. lepas itu, aku tunggu saja. lepas saja dia pusing, aku cakap la,

aku ; abang selalu datang SIGS kan?
abang Zack ; a'ah. mak abang niaga kat SIGS tu.
aku ; ha tau. kat kantin dia kan.
abang Zack ; ha yela.
aku ; sebenarnya selalu jugak nampak tapi malu lah nak tegur. abang selalu datang SIGS kan.
[redundant nya aku]
abang Zack ; oh yeke? hehehe.

lepas tu, berjalan lah keluar dari JOHO Concept Store itu. waktu itu, aku dah senyum lebar je. hehehehe. lepas tu, waktu pakai kasut [masuk store ni kena buka kasut tau], dia datang kat pintu. dia pun nak keluar jugak sebenarnya.

aku ; *hanya memandang abang Zack itu sambil tersenyum
abang Zack ; ha bye. *sambil mengangkat tangan
aku ; hehehe. bye. *angkat tangan sikit je
abang Zack ; belajar rajin - rajin. [sempat lagi pesan?]
aku ; hehe. okay okay.
bapak aku ; ha dia ni nak SPM ni tahun ni. [banyak nya 'ni'?]
abang Zack ; ha tu. [merujuk kepada aku yang nak SPM ni la]

lepas tu, aku berlalu pergi dengan hati yang penuh berbunga kertas. sebab bunga bunga kertas kan senang koyak. i know, this feeling will not stand long la. artis kan dia tu. hahaha.

lepas tu, dalam kereta, aku peluk je 'encik Engkau' kesayangan itu. sayang gila pula dekat dia tiba - tiba.

p/s ; kenapa semenjak, dua menjak, tiga menjak, ini asyik jumpa artis saja. maksud aku, pancawarsa ini lah. [tak tahu pancawarsa apa? buka Kamus Dewan eh. hehehe.]

Saturday, April 2, 2011

58. EARTH HOUR 2011 [part 2]

sambungan post 61....

lepas kumpulan Pepatung, FYNN JAMAL pula mari! yeay! waktu yang ditunggu - tunggu. dia ajak semua orang pergi duduk dekat - dekat dengan dia sebelum dia perform itu. aku dengan adik aku pun pergi lah. dia nyanyi 4 buah lagu juga. 150 Juta, Sampai Tua, Suatu Pernah, dan 1 freestyle feat. Statik. video ada tapi malas nak upload. sorry. hehe. lepas dia perform, dia turun pergi duduk dekat audience. ha sempat lah ambil gambar dan berbual dengan dia sekejap. hehehe. Fynn Jamal memang best + sporting gila.


*waktu Fynn perform



*adik aku & Fynn Jamal

selepas Fynn Jamal, its time for STATIK. diorang semua pakai baju melayu kecuali ada seorang itu saja tak pakai. diorang nyanyi 4 buah lagu. Nikmat Sementara, Gelap, Curiga dengan lagi 1 lagu tak ingat lah. apa entah. Bagak [vokalis dia] kata lagu itu dicipta untuk abang dia.



*waktu Statik perform :) [Bagak hensem]

selepas Statik habis, kitorang pun balik dalam pukul 11.30 gitu lah. tak pergi kat booth yang mana - mana pun. hehehe. tapi waktu itu, booth JOHO dah tutup sebab diorang ada joint venture dengan The Scandalist pula. petang - petang lagi dah tutup dah.

p/s ; dekat event itu, ada abang - abang cameraman dan soundman. aku sangat suka tengok diorang bekerja. i hope i can be like them soon :)

57. EARTH HOUR 2011 [part 1]

pada 26 Mac yang lalu [bapak la dah berzaman], aku dengan adik aku dengan mak aku dengan bapak aku telah pergi ke Bukit Timbalan, Johor Bahru untuk sama - sama menyokong kempen Earth Hour untuk tahun ini. haha skema gila aku. kempen ini adalah usaha sama kerajaan negeri Johor bersama dengan yang lain - lain termasuk JOHO Community :)

sumpah best gila bagai apa? bagai hati terloncat - loncat setinggi bulan waktu itu. haha.

sampai sana dah pukul 8.30 malam lebih [?] so lampu pun dah tutup. bayangkan, dalam perjalanan, nampak lah Bangunan Sultan Ibrahim itu kan. sampai sana saja, dah tak nampak sebab dah tutup lampu nya. hahaha. pastu naik bukit itu, ada tarian zapin sedang dipersembahkan. lepas zapin, tarian cina, persembahan yoyo cina diiringi gendang dia itu, tarian india, dan koir. yoyo cina dengan gendang itu best sebab diorang punya yoyo dengan stick gendang itu glow in the dark. waktu diorang perform, memang tak buka lampu langsung lah. power gila lah diorang. hehe.

lepas koir yang agak sumbang itu saja, AIZAT masuk! wah wah. aku ter'excited' sekejap. ada abang dia yang ANAS tu. alah yang hensem itu. haha. kalau tak kenal, try lah Google. itu pun kalau ada lah. hehe. Aizat nyanyi empat buah lagu iaitu Sungai Lui, Susun Silangkata, Years From Now, dan Pergi. dia suruh nyanyi sekali lagu Pergi itu. waktu lagu ini kan ada part yang 'kau pergi........' itu kan. sampai part last, kitorang nyanyi lah 'kau pergi.........'. lepas itu dia kata, 'eh saya belum pergi lagi, saya nak kenalkan band members saya dulu'. waktu itu gelak lah + agak bengang. nasib baik aku tak nyanyi kuat. hahaha. lepas itu, bila dah 9.30, Aizat lah yang kena tekan suis besar untuk hidupkan balik semua lampu.

lepas Aizat, ada kumpulan Pepatung pula perform. ini macam group saja - saja macam itu. tapi best juga lah. orang - orang yang agak veteran lah. hehehe.

bersambung di next post.....