Saturday, January 29, 2011

45. aku rindu muzik dan pancaragam

hari khamis lepas, aku tolong para sahabat aku yang masih terlibat dengan pancaragam mengajar junior mereka merangkap ex - junior aku. seronok gila rasa. aku rindu nak mengetuk drum yang selama ini telah menjadi boyfriend aku untuk 2 tahun. aku juga tak sangka yang aku masih mempunyai skill untuk membaca nota muzik. bangga menyinggah di hati sekejap. hehe.

secara jujurnya, kalau ikut hati, aku memang la teringin sangat nak masuk pancaragam balik. tapi itu kalau ikut hati. kalau ikut akal, ikut rasa, ikut perut, ikut bahu, ikut kaki, ikut otak yang waras, ikut orang dan bermacam - macam lagi yang perlu diikut, aku jadi ragu - ragu. tapi aku memang sangat rindu tingkat 88 la dekat pancaragam dan snare drum kesayangan aku itu. tapi snare drum itu pun sudah mendapat kekasih baru. tak apa la. biar aku kuburkan saja la impian dan harapan itu dalam muzium hati aku. haha.

aku harap satu hari nanti aku akan dapat bermain muzik semula. tak kira la sebagai apa. aku sudah dapat pengalaman menjadi seorang pengetuk drum. mungkin selepas ini aku akan jadi seorang penggesek biola pula ataupun seorang pemetik gitar. entahlah. hanya tunggu dan lihat saja perjalanan hidup aku yang tak seindah taman terapung babylon ini. haha.

Sunday, January 23, 2011

44. jadi hari ini

Mungkin hari ini
Kau rasa sesuatu
Rasa tua? Rasa muda?
Rasa besar? Rasa kecil?
Rasa matang? Rasa macam budak - budak?
Macam - macam
Kerana apa?
Jom toleh belakang
27 tahun ke belakang
Di mana kau?
Setua sekarangkah?
Sebesar sekarangkah?
Sematang sekarangkah?
Tidaklah jawapannya
Tapi umur hari ini
Kau jadi lagi
Jadi lebih daripada umur semalam
Hei sedar tak?
Kau jadi hari ini
Selamat hari jadi, Zahiril Adzim :)


Zahiril Adzim

23012011
Jam 1219

p/s : maaf la kalau tak suka nukilan ini tapi sumpah otak block. semua sangkut. dan minta maaf juga kerana pakai perkataan aku. nampak macam tak sopan tapi tak tahu nak pakai perkataan apa lagi. saya budak baru belajar.

Friday, January 21, 2011

43. buih - buih

aku harap aku mampu menjadi buih. yang hidupnya sangat sendiri. buih tak mampu dan mustahil untuk hidup [buih ini hidup ke?] bersama bendasing [benda asing] lain. kalau dia singgah ataupun menyentuh bendasing lain, PAP ! meletup. setuju? tak setuju, tak apa. semua ini hanya pandangan aku.

Tuesday, January 18, 2011

42. azam baru?

baca pada tajuk. seperti pelik. eh? hari ini 18/01/2011 bukan 01/01/2011.

azam baru? ya azam baru. azam untuk tahun 2011. tak pernah - pernah aku ada azam. tiba - tiba tahun ini ada. yalah. nak lari daripada kebiasaan dan berjalan seiring kematangan dan kedewasaan. haha.

ok nak tahu tak apa azam tahun ini? [walaupun dah terlambat]
azamnya ialah aku nak cuba control segala kemarahan dan meningkatkan tahap kesabaran pada diri aku.

kenapa?

kerana aku tak hidup berseorangan di atas muka bumi yang indah ini. aku akan hadapi pelbagai jenis manusia, makhluk, peristiwa, dan situasi. kalau benda - benda ini tiada dalam diri, aku tak fikir yang aku akan mampu hadapi perkara - perkara yang disebutkan di atas. haha. aku juga perlu meningkatkan kemajuan diri. aku tak nak duduk di takuk lama untuk sepanjang hidup waras aku. kalau aku dah gila, diri tak akan senang dikawal. itu hal lain. haha.

sudahlah. aku bagai terlari sedikit daripada tajuk. tidak mengapalah. kalau tak suka baca, tak apa. anda tak pernah salah. orang yang menaip dengan mengikut kata hatinya sendiri ini yang perlu disalahkan. sekian, terima kasih.

[p/s : aku tahu aku hanya merepek dan taipan aku penuh dengan repekan akal yang tak terjangkau oleh otak. bak kata orang dalam bahasa yang senang, 'syok sendiri'.]

Saturday, January 15, 2011

41. benda biasa

Aku orang biasa
Yang hidup biasa
Yang bergerak biasa
Yang belajar biasa
Yang bercakap bahasa biasa
Yang berfikiran biasa
Yang dipandang biasa
Yang segalanya hanya biasa
Tiada apa yang luar biasa
Kalau terbiasa dengan luar biasa
Lama - lama luar biasa pun jadi biasa
Hidup kau akan jadi biasa
Kosong daripada luar biasa
Pandang yang ini biasa
Pandang yang itu pun biasa
Yang luar biasa?
Biasanya akan tiada
Biasalah, bila sudah biasa

11012011
Jam 2304

Friday, January 14, 2011

40. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

wah. cuba baca tajuk untuk post kali ini. seperti menarik perhatian yang teramat sangat kan? atau mungkin tidak? entah lah. haha.

yang sebenarnya, hari ini adalah hari terbuka untuk SMK (P) Sultan Ibrahim. jadi apa yang perlu dilakukan? pergi ambil rekod penyata la. mari kita pergi . yeay ! haha.

pesan cikgu [CIK SUHAILA ZAMAZURI namanya] :
'awak ni lagi 1 markah je nak dapatkan C untuk sejarah dengan chemistry. boleh cuba lagi la. awak perlu gunakan kelebihan awak yang pandai mengira itu untuk chemistry yang perlukan pengiraan jugak. hari ini dah 14/1/2011. percubaan dijangka dalam bulan Ogos sebelum cuti untuk hari raya aidilfitri. 7 bulan saja lagi. kalau keputusan percubaan awak bagus, belum keluar keputusan spm pun, awak dah boleh dapat biasiswa, tawaran yang bagus bagus. cuba lagi la ya.'

bla bla bla....

dah ambil dan dah sampai rumah. ok lah. aku nak umum kan [cewah ayat] keputusan aku ni.

jeng jeng jeng.... [drum roll]

DENGAN INI DIUMUMKAN BAHAWA, NUR SYAHIRAH MOHD AMRI TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN SEPERTI BERIKUT :

BAHASA MELAYU 74% (A-)
BAHASA INGGERIS 70% (A-)
PENDIDIKAN ISLAM 81% (A)
SEJARAH 49% (D)
MATHEMATICS 92% (A+)
ADDITIONAL MATHEMATICS 65% (B+)
PRINSIP PERAKAUNAN 54% (C)
PHYSICS 52% (C)
CHEMISTRY 49% (D)
BIOLOGY 56% (C+)

jadi keseluruhannya, aku hanya berjaya memperoleh 1A+ 1A 2A- 1B+ 1C+ 2C & 2D
phewit ! ABCD tu. semua ada. hahaha.

kedudukan dalam kelas ; 9/28

tidak mengapa lah. mari kita mencuba lagi :)