Thursday, June 23, 2011

68. aku masih manusia

Hari ini bapak aku ambil aku balik dari sekolah. Lalu, pergi ke sebuah tempat @ warung untuk beli makanan seperti kuih - muih atau yang sama waktu dengannya lah. Setibanya di sana, aku terlihat dari jauh, kepala yang berambut pacak. Wah nervous ==' [sebab aku sekolah perempuan dan akan nano bila jumpa lelaki]. Hahaha.

Semakin mendekati warung itu, aku terlupa tentang si rambut pacak. Sampai di hadapan warung, wah banyaknya kuih. Dah tak tahu nak pilih yang mana. Mata tengok kuih je tapi dari ekor mata nampak si rambut pacak tu dekat bahagian dalam warung tu, macam dekat dapur dia lah lebih kurang. Aku angkat muka, nampak muka dia pucat dan kurus. Tapi tak ada lah kurus sangat. Aku cepat - cepat pandang kuih balik sebab waktu tu dia pun tengah tengok aku.

Pilih kuih lagi. Sempat jeling - jeling lagi tengok si rambut pacak tu. Dan pada ketika itu, aku ternampak yang dia rupanya naik kerusi roda. Tapi aku tak tahu lah pula kenapa kerusi roda dia tinggi. Mungkin sebab itu kerusi roda mahal. Terpandang dia lagi, dia tengah tengok aku lagi. Ah sudah. Otak dah beku, jadi cuma beli kuih keria, keropok lekor, kuih koci dan satu kuih yang aku tak tahu namanya. Itu saja.

Pulang. Sebeban rasa kasihan pada si rambut pacak itu. Secara jujurnya, dia memang hensem. Cuma muka dia pucat dan kurus. Aku bukan kasihan kerana dia hensem. Aku tanya pada kawanku di Facebook tentang si rambut pacak tu. Mana lah tahu dia kenal. Dan ya, dia memang kenal si rambut pacak tu.

Aku tanya itu dan ini pada kawanku itu. Serba sedikit tentang si rambut pacak itu dapat aku ketahui. Apa yang telah aku dapat ketahui? Aku share sikit ya. Dia tu sebaya aku [17 tahun]. Dulu dia normal [boleh jalan macam kita]. Sebab dia jadi macam tu? Ha yang itu, kalau jumpa korang, aku cerita lebih lagi ya. Kalau tak jumpa, tak ada cerita lah. Hehehe.

Oleh itu, bersyukur lah dengan apa yang kita ada, ya kawan - kawan :)

Saturday, June 18, 2011

67. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

Peperiksaan pertengahan tahun 2011 dah lepas. Hari ni ada Hari Terbuka dekat SMK (P) Sultan Ibrahim. Sekolah aku lah. Baiklah. Tak perlu banyak bicara. Jom tatap. Aku susun daripada paling corot kepada paling cemerlang ya :)

CHEMISTRY - 59 % (C+)
SEJARAH - 60 % (B)
PRINSIP PERAKAUNAN - 61% (B)
BIOLOGY - 64% (B)
PHYSICS - 73% (A-)
BAHASA MELAYU - 74% (A-)
BAHASA INGGERIS - 75% (A-)
ADDITIONAL MATHEMATICS - 84% (A)
PENDIDIKAN ISLAM - 86% (A)
MATHEMATICS - 91% (A+)

Itulah keputusan peperiksaan aku.

Komen cikgu ; Banyak peningkatan. Chemistry kalau tak dapat yang form 4 punya, susah lah awak untuk form 5 ni. Syahirah ni dia nampak diam je dalam kelas. Kalau saya tegur dia pun, dia senyum je, sengih je. Tak banyak masalah sangat lah cuma saya tahu untuk subjek saya [BIOLOGY] ada yang dia tak baca atau ulang kaji ni.
Dan aku hanya mendengarnya sambil tersenyum dan tersengih. Hehehe.

Apa? Kedudukan dalam kelas? Ok aku bagitau eh.

KEDUDUKAN ;
- dalam kelas ; 5/31
- dalam tingkatan ; 43/190 [yang ni teruk]

Ha itu saja lah yang ingin dipaparkan di sini. Hahaha.

Kesimpulannya [macam buat karangan?] aku cuma dapat 1A+ 2A 3A- 3B 1C+ sahaja :)

SYUKUR!

Tuesday, June 7, 2011

66. Conteng Pasar Malam

Pada hari Ahad lepas [05062011], aku tiba - tiba teringin nak makan kebab. TIBA - TIBA tau. Hahaha. Ajak lah mak ayah semua pergi pasar malam dekat Larkin sebab kebab ni selalunya senang jumpa dekat pasar malam je. Lepas sampai sana, eh tiba - tiba pula jumpa Nur Hazimah Abd Ghani. Hi Iemah. Hehehehe.

Jalan - jalan - jalan cari kebab. Tak ada pun yang jual kebab. Ha memang lah tak jumpa sebab mula dari tengah lepas tu berjalan ke satu arah je. Haish. Lepas tu, patah balik. Nampak lah satu gerai jual kebab yang tidak jauh dari tempat aku mula berjalan tu. Gerai dia macam budak - budak muda yang jualan. Macam budak - budak U. Ada lah dalam 4 ke 5 orang gitu yang menguruskan gerai tu.

TIBA - TIBA! Nampak salah seorang daripada abang - abang dekat gerai kebab tu macam Fend. alah protagonis dalam novel 'Contengan Jalanan' dekat entri ini. Dia sama dengan apa yang aku bayangkan pada watak Fend tu. Speccy, kulit sawo matang. Ish rasa macam nak pengsan dekat situ. Tapi si Fend tu [sesedap rasa bagi orang tu nama Fend] incharge bahagian buat dan jual roti john. Bukan kebab. Yang incharge bahagian kebab tu pun lebih kurang macam si Fend ni juga lah. Pakai spec semua tapi macam 'adik - adik' sikit. Sikit je eh. Tak ada lah nampak 'GAY' sangat. Haha.

Inilah kebabnya. Sedap oh. Rasa macam nak pergi beli lagi je. Eh jangan assume bukan - bukan eh. Memang nak makan kebab. Bukan tengok si Fend ;D Hehehehe.



Sedapnya. Oh Fend, eh silap. Oh kebab, i want you ;0

Monday, June 6, 2011

65. Book Review 1 : Contengan Jalanan

Untuk cuti sekolah pada kali ini, aku ada baca sebuah novel. Beli dekat Pesta Buku Antarabangsa 2011 @ PWTC hari tu. Tajuk dia 'Contengan Jalanan' karya Hlovate.

Mukadimah ; Secara jujurnya, aku tak pernah baca novel hasil tulisan Hlovate walaupun selama ini kawan aku kata novel - novel dia best. Tapi aku tak pernah nak ambil pusing sangat lah. Pusing - pusing pun tang tu jugak lah. Hahaha. Tapi ada satu hari tu, godeh - godeh internet ni sebab nak tahu novel apa yang best sebab plan nak beli masa pesta buku tu. Tiba - tiba jumpa sinopsis ke, manuskrip novel ni dekat Google. Terus tertarik lah. Jadi memang dah get ready lah nak beli buku ni masa pesta buku. Nasib baik jumpa dan masa tu ada 20% diskaun untuk novel ni. Jadi dapat lah dibeli dengan harga RM16.80 kot? Hehehe. Dah lupa.

Inilah novelnya. Sebenarnya satu buku tapi kulit depan belakang ada sebab ada dua versi. Satu cerita Fend sebanyak 262 muka surat [kulit buku yang atas]. Satu lagi sambungan setelah Fend mendapat erti hidupnya dan ingin berkongsi apa yang dirasainya dengan teman sejak kecil iaitu K - square. Versi dari kaca mata K - square lah sebanyak 291 muka surat [kulit buku yang bawah].



Sinopsis ; Tentang seorang remaja yang biasa. Alah korang tahu lah remaja macam mana. Enjoy, playing music, college life, skateboard, friends, family and interest crisis. Hehe. Nama protagonis dia Affendy Shahabudin atau lebih dikenali dengan nama Fend. Pada suatu hari, dia punya rasa ingin tahu tentang 'erti hidup' yang sebenarnya walhal sebelum itu, dia sudah merasakan hidupnya cukup lengkap. Pelbagai peristiwa telah berlaku dan menyedarkannya tentang erti kehidupan sebenar. Nak tahu lebih? Baca sendiri lah buku ni. Interesting.

Watak & Perwatakan Fend ;
- Berumur 21 tahun
- Speccy [berkaca mata]
- Bermuka ala Komunis [muka Cina tapi kulit sawo matang]
- Sangat suka akan Fender [apa itu Fender? Gitar lah]
- Style berpakaian macam biasa lah [jeans or skinny, t - shirt, selipar jepun]
- Rambut pacak <3
- Pandai main gitar <3
- Tulis lirik <3
- Vokalis untuk band Creepy Hues [band Fend dalam novel ini]
- Pandai melukis <3
- Apa lagi ya? Tak apa lah. Cukup lah ni.

Salah satu monolog dari novel ini ;

'Kalau mati sekarang sebelum habiskan degree, adakah cukup untuk buat diri rasa terkilan?
Entah. Masuk kubur nanti bukannya jawab soalan berdasarkan degree pun. Tak ke macam tu?

Kalau mati sekarang sebelum sempat bina kerjaya, adakah akan buat diri rasa kerugian?
Entah. Apabila dah dalam kubur duit dan pangkat bukannya bawa apa - apa makna.

Kalau mati sekarang sebelum sempat kahwin, adakah akan buat diri rasa berputih mata?
Entah. Kalau dah kahwin sekalipun, masuk kubur tetap juga sorang - sorang.'

p/s ; ini monolog sebelum dia tahu akan erti hidup sebenar.

Salah satu quotes yang telah menjana plot dalam novel ini dan telah menyedarkan Fend tentang erti hidup ialah;
"A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th".

- Aku yakin aku dah jatuh cinta dengan watak Fend ni. Sebab? Baca next post.