Wednesday, April 25, 2012

118. Drummer hensem :P

Assalamualaikum :)

Harini nak cakap pasal drummer yang hensem hensem la. Sebenarnya dalam sesebuah band tu, aku selalu nampak yang lebih hensem sikit adalah drummer dia. Kenapa eh? Hehehehe. Alah yang lain pun hensem jugak cuma drummer lagi hensem la. Tapi tak semua band macam tu la. Ada jugak yang biasa biasa je. Hehe.

Ok kat sini ada beberapa drummer dari dalam dan luar negara. So, let's check it out! Haha.

1) Adil Ali/Adil

Sebenarnya aku taktau nama dia Adil Ali atau Adil Halimi. Hehehe. Dia ni drummer untuk Seven Collar T-Shirt sebenarnya. Tapi kalau korang perasan, dia selalu jadi drummer untuk Yuna jugak. Hehe. Kadang kadang aku tengok muka dia ni macam Shahir AF tu.

Gambar dia tak banyak. Aku jumpa ni je. Tu pun aku crop orang kat sebelah dia tu. Haha. Jahat aku.

2) Azwin Andy Malik/Andy

Dia ni drummer Estranged. Alah korang semua mesti perasan dia ni kan sebab dia hensem. Hehehe. Dia ni tinggi. Kalau tengok dia main drum, semangat! Haha :D

Muka dia macam Cina.


3) Qushairi Razali/Qi Razali

Untuk yang tak tahu, Qi ni sebenarnya dulu drummer OAG. Dah lama dulu la. Aku rasa masa aku kecik kecik dulu. Hehe.

Well, dia ni, semua orang tahu dia hensem kan? Hehe.


4) Dominic Howard

Ha tetiba nama mat saleh. Haha. Dia ni drummer Muse. Dia comel :) Ada lesung pipit lagi. Hehe. Dia ni macam cool je orang nya. Hehehehe. Alah senang cakap dia ni comel la :3

*Gambar ni paling smart :D


Hok aloh. Sampai dia je gambar banyak. Hehehehe. Jangan marah ha.

Sebenarnya ada yang lain lagi tapi susah nak cari gambar. So yang ni je la eh. Hehe.

Once a drummer, always a drummer. Eh. Ok bye.

Monday, April 23, 2012

117. Masih seorang manusia

Sebagai seorang manusia, punya perasaan, punya kemahuan, punya kesabaran, punya ketidakpuashatian, punya kekuatan, punya kewarasan, dan punya itu ini yang hampir kesemua manusia di dunia punya.

Kekuatan. Seberapa kuat pun seseorang itu, andai ditolak dengan daya yang kuat, ditembak dari semua arah, ditikam bertubi-tubi, dicaci, dimaki hari-hari, satu hari dia bakal jatuh, pengsan, dan mungkin juga mati. Bukan dirinya mati, tetapi hatinya. Saat itu bakal tiba, andai segala yang dia punya, hilang, diragut oleh mereka yang tak berhati. Dan andai saat itu terealisasi, bersedialah untuk segala apa yang telah terjadi dan sedang terjadi untuk diungkit kembali kerana apa yang mengimbanginya selama ini telah mati.

Apa kau kenal diri sebenar seseorang itu selama ini?

Wednesday, April 11, 2012

116. Behind those 3A+3A3A-1B+

Assalamualaikum.

Tengok tajuk panjang gila. Sebenarnya nak cerita pasal zaman persekolahan aku ni. Terus start cerita la eh. Hehe.

Sebenarnya, aku mula sekolah masa umur 4 tahun. Awal tak berapa nak awal la. Hehe. Tapi aku masuk kelas budak 6 tahun kot rasanya. Kenapa aku masuk tadika awal? Haaaa ni sebab abang aku yang kedua [Shafwan] tu la punya pasal. Dia masa 5 tahun dia tak masuk tadika. Start 6 tahun baru dia mula sekolah, dia takut. Dia taknak pergi sekolah kalau takde teman.

So, nak taknak, aku lah yang jadi mangsa untuk temankan dia pergi sekolah sebab masa tu abang pertama aku [Shafiqh], dah darjah 2. Jadi, pada peringkat umur 4 tahun, aku dah belajar silibus budak umur 6 tahun. Aku dah boleh membaca, mengira, hafal ABC dari A sampai Z dan jugak dari Z sampai A. It was quite a big achievement for a toddler la kan masa tu. Hehe.

Masa 5 tahun, aku tak sekolah. Duduk rumah nangis je sebab sorang-sorang. Takde kawan. Haha. Yela, abang-abang aku dah naik sekolah kebangsaan, adik aku mak aku hantar pergi rumah orang, bagi orang jaga. Aku duduk rumah, arwah nenek jaga. Arwah nenek dulu sibuk masak, tolong pakcik aku siapkan bahan untuk meniaga. So, dia tak dapat la nak jaga kitorang 2 orang sekali dengan adik aku yang masih hisap susu botol lagi masa tu walaupun dah umur 4 tahun. Selalu nangis sorang-sorang, tekup muka kat bantal. Haha.

Masa 6 tahun, adik aku 5 tahun, aku kena teman adik aku kat kelas dia. Tapi masa awal awal je la. Lepas tu, aku masuk kelas 6 tahun balik. Naik darjah 1, dapat kelas last sebab daftar lambat. Masa nak pilih monitor dengan assistant, cikgu datang kat aku. Dia suruh eja perkataan yang dia tunjuk tu. Aku pun eja la, "B-O-M BOM, B-A BA, BOMBA". Terus cikgu lantik aku jadi assistant monitor. Haha. Kelakar. Tapi aku tolak sebab aku tak berani marah orang. Ok cikgu pun lantik orang lain.

1st test, almost all of the subjects aku dapat full mark. Pastu sepanjang primary school tu, memang madah nombor 1 je la aku dapat. Tak kisah la ujian ke, periksa ke, memang nombor 1. Cuma sekali je aku dapat nombor 2. Masa darjah 1. Haha.

Masa darjah 6, nak UPSR ni. Aku punya nombor giliran JB1611024. Tempat duduk depan sekali. Peh sempit otak aku. Haha. Masa umum keputusan tu, nama 1st yang cikgu sebut dapat 5A, nama aku la. Kepala bana dia. Terperanjat gila aku. Cuba la sebut nama orang lain. Ni nama aku jugak. Aku pun naik la pentas, nangis. Haha.

Naik secondary school, sekolah je la macam biasa. Mula-mula sekolah kat SIGS tu, bosan tahap maksimum. Yela, sekolah perempuan, aku adik-beradik semua lelaki, kawan kat sekolah rendah ramai lelaki sebab budak laki suka kacau aku masa sekolah rendah dulu. Aku pun taktau la kenapa. Haha. Sumpah bosan gila. Balik sekolah je nangis, taknak sekolah situ. Hahaha.

Masa form 3, I had faced such a big thing, big problem, dugaan yang besar. But it was not only happened to me, but to us. Me and all of my classmates. My batch in the band. Dengan stress nak PMR lagi, it was tough actually. But who cares kan? At last, masa PMR, budak bernombor giliran JB029K090, dapat 8A. Budak band ada 6 orang yang dapat straight A. Antara yang paling ramai la dalam sejarah budak band ni ha. Hahaha.

But then, upper secondary, mohon nak masuk SBP or MRSM, semua tak dapat. I don't know where it went wrong. Masa tu dah stress juga. Memang mind tu dah set nak get out of SIGS. Tapi tak dapat. Nak kena bring back the spirit to study in SIGS again. Finally dapat juga spirit tu. Belajar macam biasa. Tapi sebenarnya dah tak biasa sebab kawan-kawan ada yang dah pindah. The subjects getting tougher. Overcome almost everything by my own. Fail Add Maths sekali masa 1st test, fail Chemistry sekali masa 2nd test. Hehehehehe. Tu je.

Naik form 5, everything turned normal. Yeaaaayyyy!!!! Senior year!!! Haha. Belajar je la macam biasa. Aku takde la stress sangat nak SPM. I don't know why. Even though my History was so bad, I didn't put more effort to improve it. Teruk aku ni. Sampai trial, Sejarah dapat 65%. Ok la jugak. Antara budak yang dapat markah terendah la aku masa tu. Haha.

SPM aku pegang JB029A050. Aku relax. Tak stress. Aku taktau la kenapa. Padahal bukannya boleh jawab sangat pun. Hahaha. Aku lebih rela tidur daripada bangun pukul 2, 3 pagi semata-mata sebab nak baca buku. Peh teruk gila aku ni. Haha. So, dengan effort relax tu, itu la dapatnya result SPM aku. Haha.

Em tu je nak cerita. Panjang gila kan. Takpe. Watlek watcool. Haha. Ok bye.