Friday, February 25, 2011

49. ada apa dengan pancaragam?

PANCARAGAM

aku pernah menyertai pasukan pancaragam SIGS untuk beberapa tahun. dari situ, aku dapat menimba pelbagai pengalaman sama ada pahit, manis, masin, payau, tawar semuanya ada. ha percaya ke tidak? percayalah sebab itu realiti. bila korang baca perkataan 'PANCARAGAM' itu, apa yang terlintas dalam kepala otak korang? sudah pastinya perkataan 'muzik', 'marching', 'berpanas berhujan', 'muka hitam & belang', 'penat' dan berbagai - bagai lagilah kan.

sebenarnya, pancaragam bukanlah membabitkan perkara - perkara seperti yang dinyatakan di atas sahaja tetapi pancaragam sebenarnya membabitkan kehidupan. seluruh kehidupan. maksud aku, bukanlah pancaragam ini yang menentukan hala tuju hidup korang, tapi mungkin sebahagian daripadanya.

bila kau menyertai pancaragam atau lebih familiar lagi disebut sebagai band @ marching band. kau akan belajar untuk bersabar, kuat semangat, tabah, aktifkan otak dan macam - macam lagilah. percayalah. bagi yang tidak menyertai band, mereka cuma nampak apa yang zahirnya sahaja. intipati dan lain - lainnya tidak diketahui. hanya diketahui oleh budak band sahaja ya. kan kawan - kawan kan? hehe.

jadi itu sahaja bebelan dan perahan otak yang tak berapa nak terkeluar di bibir dan tekak dalam bentuk suara. sekian terima kasih.

p/s : aku rindu 'encik awak' @ my snare drum

Saturday, February 12, 2011

48. LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011

hari ini, aku telah menyertai LARIAN PERDANA MAHKOTA 2011 bersama - sama hampir berapa puluh ribu manusia lain entah di Johor ini. apa perasaan aku? aku penat + panas + letih tapi SERONOK! ada 14 buah sekolah di seluruh Johor yang telah menyertai. tapi ada beberapa sekolah yang hanya menghantar wakil seramai beberapa orang sahaja.

aku sampai di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada jam lebih kurang 6.45 pagi. masih gelap. aku mencari di manakah pelajar SIGS [sekolah aku la]? sebenarnya ada tapi aku tak kenal. tak ramai pun yang berkeliaran. tiba-tiba nampak la 2 orang yang aku kenal. jalan bersama mereka. tiba - tiba nampak rupa - rupanya para pelajar SIGS duduk di tepi Padang Sri Gelam yang kerusi dia macam tangga itu. wah HEBAT la! aku suka. pergi ke situ dan mencari rakan-rakan. dah jumpa, duduk la bersama mereka.

[gambar dari tempat pelajar SIGS berkumpul]

lebih kurang 7.15 pagi, kami diarahkan untuk berkumpul di dataran untuk aktiviti senam robik. sekolahku dikumpulkan di antara SMK Aminuddin Baki [SAB] dan SMT Perdagangan. pada waktu itu sangat seronok la sebab yang pengacara[?] itu sebut nama sekolah satu - satu. apabila sampai nama sekolahku disebut, 'WOAH!' + semua pelajar sekolah aku melambaikan tangan [hal ini tidak dirancang ya]. lihatlah betapa sehati sejiwanya kami. hehehe.

selepas senam robik, ada bacaan doa dan bla bla bla....

tibalah masa untuk berlari pada jam 8.30 lebih kurang. hee sangat SERONOK. tak ada la lari sangat sebenarnya. jalan saja lebih. hehehe. dapat tengok Tengku Mahkota Johor [phewit!] depan mata. hehe. aku sampai dataran semula lebih kurang jam 9.20 pagi. waktu itu dah huru - hara sebab ramai sangat orang dan semua pelajar dah berterabur. kehulu kehilir dan berkeliaran sesuka hati. kami dibenarkan balik pada jam lebih kurang 10.00 pagi.

[gambar selepas larian]

aku jumpa dan nampak beberapa orang rakan lama. aku teruja. haha.

bila balik, aku ditinggalkan rakan - rakan. aku naik bas seorang diri pergi ke City Square [CS la weh] tak mengapalah. belajar hidup seorang. aku mampu, yeah! [tiba - tiba semangat ini kenapa?]

itu sahaja. seronok kuasa 46 la hari ini. hahaha.

Friday, February 4, 2011

47. masa, waktu, dan aku

aku nak bercakap tentang apa ya? oh mungkin tentang masa dan waktu. aku mempunyai satu impian yang mungkin bukan aku seorang saja yang mempunyai impian sebegini tetapi mungkin setiap orang yang pernah hidup di muka bumi indah ini pernah mempunyai impian yang sama. dapat agak tak? mari aku beritahu.

aku harap dapat putar balik waktu. kalau dapat, apa aku nak buat? aku nak perbetulkan segala kesalahan dan kesilapan aku. aku tersedar yang sudah berkilo - kilo salah, silap dan DOSA yang pernah aku lakukan. walaupun umur aku baru nak masuk 17 tahun. kalau 10 tahun lagi, 20 tahun lagi atau 50 tahun lagi [kalau aku masih hidup], dah berpikul - pikul agaknya segala perkara negatif dalam diri aku sampai dah tak mampu untuk dipikul lagi.

ada lagi satu tujuan. kalau aku dapat balik ke masa silam aku, aku nak pesan pada diri aku sendiri supaya jangan terlalu membodoh - bodohkan diri sendiri dan jangan jadi penakut. aku tahu dulu aku penakut. apa yang orang suruh, aku ikut. tak lawan, tak bantah. bukan aku tak nak buat begitu cuma hati aku rasa takut. takut apa? takut dibuli, dipulaukan, disisihkan, diejek dan macam - macam lagi. tapi aku boleh lari dari semua itu kalau ia terjadi pun. tapi aku tetap bodoh dan kekal dalam posisi dan keadaan itu tanpa bertindak apa - apa. aku jadi robot. yang dikawal oleh orang - orang sekeliling yang mengeksploitasi diri aku, akal aku, otak aku, badan aku, jiwa aku tapi bukan hati aku. lihatlah. aku hanya mampu kawal hati sedangkan yang lain dikawal orang sekitar. satu lawan banyak. mestilah kalah yang satu itu.

tapi sekarang aku dah tak jadi robot. robot itu dah habis bateri kemudian pengecasnya sudah hilang. remote control sudah rosak. orang yang mengawal robot sudah dapat robot lain. atau mungkin orang itu pula yang sudah menjadi robot. haha. tapi robot yang satu ini sudah jadi manusia semula. tapi cuma manusia biasa yang berusaha menjadikan kehidupan dan peristiwa di sekelilingnya luar biasa. tapi dia tidak cukup mampu. kerana apa? kerana ada orang - orang rasis. yang memandang manusia lain seperti makhluk asing ataupun manusia zaman purba ataupun mereka memandang manusia tidak seperti manusia. entah apa yang mereka fikirkan. bukan aku tahu. itu semua dalam otak mereka. bukan otak aku. jadi jangan tanya aku.

46. hey kawan

Jika kau lalai, biar aku sedarkan
Jika kau lupa, biar aku ingatkan
Jika kau lemah, biar aku kuatkan
Jika kau marah, biar aku redakan
Jika kau tak tahu, biar aku beritahu
Jika kau malas, biar aku rajinkan
Jika kau sedih, biar aku riangkan
Jika kau melayang, biar aku tangkap
Jika kau hanyut, biar aku mudikkan
Jika kau jatuh, biar aku bangunkan
Jika kau patah, biar aku tungkukan
Jika kau hilang, biar aku adakan
Jika kau salah, biar aku betulkan
Jika kau susah, biar aku senangkan
Jika kau menangis, biar aku usapkan
Jika kau bingung, biar aku tunjukkan
Jika kau kegelapan, biar aku suluhkan
Jika kau sunyi, biar aku riuhkan
Jika kau penat, biar aku papahkan
Jika kau bosan, biar aku hiburkan
Jika kau keliru, biar aku leraikan
Jika kau perlu, cari aku di sekitarmu
Pasti aku ada di situ

Aku tak mahu jadi bayang - bayang
Ada ketika terang
Lenyap ketika gelap
Selagi ku mampu
Akan aku setia di sisi menjadi pendamping
Di hadapan menjadi tembok
Di belakang menjadi tongkat
Memimpinmu ke jalan benar
Walau ku tak selesai
Kau akan ku sempurnakan
Tiada sempurna dalam ketidaksempurnaan
Mari saling melengkapkan, wahai SAHABAT :)

Jam 0021
28012010