Friday, May 11, 2012

119. Pesanan 1

Assalamualaikum.

Lama aku tak update blog kan? Sekarang ni dah nak masuk universiti dah. Dah besar dah aku. Cewah.

Eh lari fokus pulak. Tak ni sebenarnya nak share something ni. Haritu aku baca majalah. Tak ingat la majalah apa. Al-Islam ke Solusi? Ke apa eh? Huh tak ingat la. Tapi aku jumpa 1 artikel ni. Nak share la. Alah pendek je pun. Hehe.

PESANAN NABI S.A.W. MENGENAI LIDAH

1) "Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya."

2) "Barang siapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barang siapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan barang siapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya."

3) "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun diam saja."

4) "Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan demikian, engkau akan mengalahkan syaitan."

5) "Berbahagialah sesiapa yang menahan fudhul (berlebih-lebihan) dari lidahnya, dan membelanjakan kelebihan daripada hartanya."

Ha tu je nak share.

Jadi, aku nak minta maaf kalau ada apa apa yang aku post kat blog ni, ataupun bagi yang kenal aku, aku pernah sakitkan hati korang, jadi batu api ke, aku minta maaf sangat sangat. Aku akan berubah jadi orang yang lebih baik. Insya Allah.

Assalamualaikum.

p/s ; Aku pergi interview untuk biasiswa JPA Selasa lepas [08052012]. Korang semua doakan aku berjaya dapat biasiswa tu ya? Kalau ada rezeki, insya Allah aku akan ke Jepun. Terima kasih semua :')