Tuesday, December 25, 2012

122. 小松崎勝也

Assalamualaikum. Ok dah lama aku tak update blog. Ada orang tanya bila nak update. So now, aku update. But not because of that person la. Because aku sendiri yg nak update. About what happened recently in my life. This may be a long post or a short post. I don't know. Tengok mood. Jap. Ok start cerita.

I have new friend. Our friendship starts from a point yg aku sendiri tak expect boleh end up mcm ni. Ok faham tak? Jap sambung lagi. It's started on the day before dia balik Jepun. From saja saja punya conversation to a serious thing. Actually, he's a totally stranger for me and I'm a totally stranger for him. Haha. Of course la Syahirah. Vice versa. But kitorang lepak for almost 4 hours. And in that short moment, from a totally stranger become a good friend. Share problems and all. Shared what really distracting ourselves all this time. In just 4 hours. And in Japanese language. Imagine. And now kitorang still contact through emel. We're 3195.85 miles apart. Perbezaan masa sejam. And this is our friendship. The rest is history. Haha. Takde la. Takkan nak cerita semua benda dekat sini.


Just want to say that I'm glad to know him. Thank you :) Assalamualaikum.

Monday, November 19, 2012

121.

Assalamualaikum.

Apa khabar? Aku? Selagi boleh melihat, berfikir, berjalan, bercakap, menangis, mengikut telunjuk orang, maknanya sihat lah aku. Alhamdulillah.

Apa jadi? Kan ramai orang dah cakap? Hidup mengikut pilihan. Live by choice. Pilih lah jalan kau. Oh kau dah pilih eh? Kau rasa pilihan tu yang paling tepat? Pasti? Berapa peratus ketepatannya? Dengan memijak, menarik orang lain untuk kau terus berada di atas. Parah kau ni. Sampai bila nak buat macam tu?

Satu masa nanti, orang orang tu bangun, membesar, melawan kau balik, kau nak buat apa masa tu?

Saturday, September 29, 2012

120. Kini.

Assalamualaikum. Well, dah dekat 5 bulan tak update blog. Minta maaf dari lubuk hati paling dalam kat semua orang yang rajin baca atau selak post post lama (kalau ada). Minta maaf.

Sekarang aku study kat Institut Bahasa Teikyo (IBT). Alhamdulillah selepas 18 tahun belajar samada secara formal ataupun tidak, aku sekarang kat tempat terbaik yang dah Allah tentukan. Aku rasa ini yang terbaik. Tapi kadang kadang hati aku kata tidak. Aku diamkan je. Belajar bersyukur dengan apa yang kita dapat. Bukan semua orang mampu sampai ke tahap mana yang aku berada sekarang. Syukur alhamdulillah.

So, IBT ni kat KL. Area Seputeh. Jalan kaki 10 minit dah sampai Mid Valley. Kat Japan Club of Kuala Lumpur. Oh maybe bila korang baca nama tempat aku belajar tu, banyak tanda soal dalam kepala. Tempat apa tu? Haha. Normal. Tu tempat orang orang Jepun. Aku preparation student untuk ke Jepun. InsyaAllah Mac 2014 aku fly Jepun. Lama lagi.

Kat IBT belajar akan dirasakan tough kalau bukan jenis study hard. Contohnya, macam aku. Haha. First, kena belajar bahasa Jepun. Lepas raya haritu start belajar Maths. Nama Maths tapi mcm Add Maths tapi macam lagi advance. Nak tambah advance lagi bila kau kena kira segala nombor yang ada, segala tambah tolak darab bahagi kuasa 2 kuasa 3 square root pecahan dan segala isi tu semua tak boleh pakai kalkulator. Diulangi, tak boleh pakai kalkulator. Dan semuanya dalam bahasa Jepun. Ok. Deal.

Bulan 8 haritu ada exam. 1 subjek je, bahasa Jepun. Tapi one day full. Ada test kanji, reading, writing, listening and interview. Ha boleh bayang tak aku cakap Jepun? Ceh. Result? Alhamdulillah tak disangka aku dapat nombor 2 dalam 1 batch yg ada 33 orang tu. Bersyukur sangat. Betul la yg Allah selalu bagi kita dugaan lepas tu didatangkan sekali hikmah dan kegembiraan sebab sebelum full result keluar, seminggu sebelum raya, phone aku hilang, purse aku hilang, segala IC, ATM kad, lesen, kad Japan Club, tiket train nak balik raya, buku cerpen yg aku tak sempat habis baca lagi, pencil box and beg mak aku yg aku tau ada sentimental value untuk dia, semuanya hilang. Malas nak cerita pasal barang hilang tu. Buat sedih, sakit hati, ralat, baik tak payah. Cuma aku nak pesan, selalu la berprasangka dengan orang. Jangan percaya walau sorang pun orang yang kau tak kenal. Samada bila kau sorang sorang ataupun berteman, cuma percaya pada Allah dan diri sendiri. Ok? :)

So 5/11 nanti aku ada lagi 1 exam. Kali ni 2 subjek, bahasa Jepun & Maths. Lepas exam cuti seminggu. Lepas tu baru start belajar Physics & Chemistry. All in Japanese language. Ok....

Tu je la aku nak cerita. Nak cerita lebih lebih, maybe next time. Tapi tak janji. So, semoga bertemu lagi. Cewah ayat.

Assalamualaikum. Jaga diri.

Friday, May 11, 2012

119. Pesanan 1

Assalamualaikum.

Lama aku tak update blog kan? Sekarang ni dah nak masuk universiti dah. Dah besar dah aku. Cewah.

Eh lari fokus pulak. Tak ni sebenarnya nak share something ni. Haritu aku baca majalah. Tak ingat la majalah apa. Al-Islam ke Solusi? Ke apa eh? Huh tak ingat la. Tapi aku jumpa 1 artikel ni. Nak share la. Alah pendek je pun. Hehe.

PESANAN NABI S.A.W. MENGENAI LIDAH

1) "Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya."

2) "Barang siapa yang memelihara lidahnya, Allah akan menutup kecelaannya. Barang siapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan barang siapa yang menyatakan keuzurannya kepada Allah, Allah akan menerima uzurnya."

3) "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik ataupun diam saja."

4) "Jagalah lidahmu kecuali bila berkata yang baik. Dengan demikian, engkau akan mengalahkan syaitan."

5) "Berbahagialah sesiapa yang menahan fudhul (berlebih-lebihan) dari lidahnya, dan membelanjakan kelebihan daripada hartanya."

Ha tu je nak share.

Jadi, aku nak minta maaf kalau ada apa apa yang aku post kat blog ni, ataupun bagi yang kenal aku, aku pernah sakitkan hati korang, jadi batu api ke, aku minta maaf sangat sangat. Aku akan berubah jadi orang yang lebih baik. Insya Allah.

Assalamualaikum.

p/s ; Aku pergi interview untuk biasiswa JPA Selasa lepas [08052012]. Korang semua doakan aku berjaya dapat biasiswa tu ya? Kalau ada rezeki, insya Allah aku akan ke Jepun. Terima kasih semua :')

Wednesday, April 25, 2012

118. Drummer hensem :P

Assalamualaikum :)

Harini nak cakap pasal drummer yang hensem hensem la. Sebenarnya dalam sesebuah band tu, aku selalu nampak yang lebih hensem sikit adalah drummer dia. Kenapa eh? Hehehehe. Alah yang lain pun hensem jugak cuma drummer lagi hensem la. Tapi tak semua band macam tu la. Ada jugak yang biasa biasa je. Hehe.

Ok kat sini ada beberapa drummer dari dalam dan luar negara. So, let's check it out! Haha.

1) Adil Ali/Adil

Sebenarnya aku taktau nama dia Adil Ali atau Adil Halimi. Hehehe. Dia ni drummer untuk Seven Collar T-Shirt sebenarnya. Tapi kalau korang perasan, dia selalu jadi drummer untuk Yuna jugak. Hehe. Kadang kadang aku tengok muka dia ni macam Shahir AF tu.

Gambar dia tak banyak. Aku jumpa ni je. Tu pun aku crop orang kat sebelah dia tu. Haha. Jahat aku.

2) Azwin Andy Malik/Andy

Dia ni drummer Estranged. Alah korang semua mesti perasan dia ni kan sebab dia hensem. Hehehe. Dia ni tinggi. Kalau tengok dia main drum, semangat! Haha :D

Muka dia macam Cina.


3) Qushairi Razali/Qi Razali

Untuk yang tak tahu, Qi ni sebenarnya dulu drummer OAG. Dah lama dulu la. Aku rasa masa aku kecik kecik dulu. Hehe.

Well, dia ni, semua orang tahu dia hensem kan? Hehe.


4) Dominic Howard

Ha tetiba nama mat saleh. Haha. Dia ni drummer Muse. Dia comel :) Ada lesung pipit lagi. Hehe. Dia ni macam cool je orang nya. Hehehehe. Alah senang cakap dia ni comel la :3

*Gambar ni paling smart :D


Hok aloh. Sampai dia je gambar banyak. Hehehehe. Jangan marah ha.

Sebenarnya ada yang lain lagi tapi susah nak cari gambar. So yang ni je la eh. Hehe.

Once a drummer, always a drummer. Eh. Ok bye.

Monday, April 23, 2012

117. Masih seorang manusia

Sebagai seorang manusia, punya perasaan, punya kemahuan, punya kesabaran, punya ketidakpuashatian, punya kekuatan, punya kewarasan, dan punya itu ini yang hampir kesemua manusia di dunia punya.

Kekuatan. Seberapa kuat pun seseorang itu, andai ditolak dengan daya yang kuat, ditembak dari semua arah, ditikam bertubi-tubi, dicaci, dimaki hari-hari, satu hari dia bakal jatuh, pengsan, dan mungkin juga mati. Bukan dirinya mati, tetapi hatinya. Saat itu bakal tiba, andai segala yang dia punya, hilang, diragut oleh mereka yang tak berhati. Dan andai saat itu terealisasi, bersedialah untuk segala apa yang telah terjadi dan sedang terjadi untuk diungkit kembali kerana apa yang mengimbanginya selama ini telah mati.

Apa kau kenal diri sebenar seseorang itu selama ini?

Wednesday, April 11, 2012

116. Behind those 3A+3A3A-1B+

Assalamualaikum.

Tengok tajuk panjang gila. Sebenarnya nak cerita pasal zaman persekolahan aku ni. Terus start cerita la eh. Hehe.

Sebenarnya, aku mula sekolah masa umur 4 tahun. Awal tak berapa nak awal la. Hehe. Tapi aku masuk kelas budak 6 tahun kot rasanya. Kenapa aku masuk tadika awal? Haaaa ni sebab abang aku yang kedua [Shafwan] tu la punya pasal. Dia masa 5 tahun dia tak masuk tadika. Start 6 tahun baru dia mula sekolah, dia takut. Dia taknak pergi sekolah kalau takde teman.

So, nak taknak, aku lah yang jadi mangsa untuk temankan dia pergi sekolah sebab masa tu abang pertama aku [Shafiqh], dah darjah 2. Jadi, pada peringkat umur 4 tahun, aku dah belajar silibus budak umur 6 tahun. Aku dah boleh membaca, mengira, hafal ABC dari A sampai Z dan jugak dari Z sampai A. It was quite a big achievement for a toddler la kan masa tu. Hehe.

Masa 5 tahun, aku tak sekolah. Duduk rumah nangis je sebab sorang-sorang. Takde kawan. Haha. Yela, abang-abang aku dah naik sekolah kebangsaan, adik aku mak aku hantar pergi rumah orang, bagi orang jaga. Aku duduk rumah, arwah nenek jaga. Arwah nenek dulu sibuk masak, tolong pakcik aku siapkan bahan untuk meniaga. So, dia tak dapat la nak jaga kitorang 2 orang sekali dengan adik aku yang masih hisap susu botol lagi masa tu walaupun dah umur 4 tahun. Selalu nangis sorang-sorang, tekup muka kat bantal. Haha.

Masa 6 tahun, adik aku 5 tahun, aku kena teman adik aku kat kelas dia. Tapi masa awal awal je la. Lepas tu, aku masuk kelas 6 tahun balik. Naik darjah 1, dapat kelas last sebab daftar lambat. Masa nak pilih monitor dengan assistant, cikgu datang kat aku. Dia suruh eja perkataan yang dia tunjuk tu. Aku pun eja la, "B-O-M BOM, B-A BA, BOMBA". Terus cikgu lantik aku jadi assistant monitor. Haha. Kelakar. Tapi aku tolak sebab aku tak berani marah orang. Ok cikgu pun lantik orang lain.

1st test, almost all of the subjects aku dapat full mark. Pastu sepanjang primary school tu, memang madah nombor 1 je la aku dapat. Tak kisah la ujian ke, periksa ke, memang nombor 1. Cuma sekali je aku dapat nombor 2. Masa darjah 1. Haha.

Masa darjah 6, nak UPSR ni. Aku punya nombor giliran JB1611024. Tempat duduk depan sekali. Peh sempit otak aku. Haha. Masa umum keputusan tu, nama 1st yang cikgu sebut dapat 5A, nama aku la. Kepala bana dia. Terperanjat gila aku. Cuba la sebut nama orang lain. Ni nama aku jugak. Aku pun naik la pentas, nangis. Haha.

Naik secondary school, sekolah je la macam biasa. Mula-mula sekolah kat SIGS tu, bosan tahap maksimum. Yela, sekolah perempuan, aku adik-beradik semua lelaki, kawan kat sekolah rendah ramai lelaki sebab budak laki suka kacau aku masa sekolah rendah dulu. Aku pun taktau la kenapa. Haha. Sumpah bosan gila. Balik sekolah je nangis, taknak sekolah situ. Hahaha.

Masa form 3, I had faced such a big thing, big problem, dugaan yang besar. But it was not only happened to me, but to us. Me and all of my classmates. My batch in the band. Dengan stress nak PMR lagi, it was tough actually. But who cares kan? At last, masa PMR, budak bernombor giliran JB029K090, dapat 8A. Budak band ada 6 orang yang dapat straight A. Antara yang paling ramai la dalam sejarah budak band ni ha. Hahaha.

But then, upper secondary, mohon nak masuk SBP or MRSM, semua tak dapat. I don't know where it went wrong. Masa tu dah stress juga. Memang mind tu dah set nak get out of SIGS. Tapi tak dapat. Nak kena bring back the spirit to study in SIGS again. Finally dapat juga spirit tu. Belajar macam biasa. Tapi sebenarnya dah tak biasa sebab kawan-kawan ada yang dah pindah. The subjects getting tougher. Overcome almost everything by my own. Fail Add Maths sekali masa 1st test, fail Chemistry sekali masa 2nd test. Hehehehehe. Tu je.

Naik form 5, everything turned normal. Yeaaaayyyy!!!! Senior year!!! Haha. Belajar je la macam biasa. Aku takde la stress sangat nak SPM. I don't know why. Even though my History was so bad, I didn't put more effort to improve it. Teruk aku ni. Sampai trial, Sejarah dapat 65%. Ok la jugak. Antara budak yang dapat markah terendah la aku masa tu. Haha.

SPM aku pegang JB029A050. Aku relax. Tak stress. Aku taktau la kenapa. Padahal bukannya boleh jawab sangat pun. Hahaha. Aku lebih rela tidur daripada bangun pukul 2, 3 pagi semata-mata sebab nak baca buku. Peh teruk gila aku ni. Haha. So, dengan effort relax tu, itu la dapatnya result SPM aku. Haha.

Em tu je nak cerita. Panjang gila kan. Takpe. Watlek watcool. Haha. Ok bye.

Saturday, March 24, 2012

115. KEPUTUSAN SPM 2011

Hai. Assalamualaikum :) Apa khabar semua? Cewah! Macam retis. Haha.

Ini memang post terakhir yang paling akhir la aku akan post pasal keputusan peperiksaan aku. Sebab kalau aku masuk U lepas ni pun, CGPA semua tu macam tak se-excited keputusan peperiksaan masa sekolah. Haha. Feeling dia lain la. Aku tau.

Ok aku dah rindu sekolah sekarang ni. Rindu kawan kawan. Rindu time PJ main ragbi. Rindu sukan tahunan. Rindu segala larian yang ada. Rindu cikgu cikgu. Rindu adik adik. Eh? Hahaha. Rindu sisterhood kat sekolah. Rindu semuanya. Kecuali makcik kantin yang ala-ala vogue the vas tu. Hahahahahahahahaha :D

Ok 21 Mac lepas, hari Rabu, hampir setengah juta calon SPM 2011 telah mengetahui keputusan SPM mereka. Aku pun. Hehehe. Ni kat bawah ni aku attach slip keputusan SPM aku. Tengoklah....


Ha nampak tak? Kalau tak nampak, meh aku salin balik. Hehe.

BAHASA MELAYU - (A)
BAHASA INGGERIS - (A+)
PENDIDIKAN ISLAM - (A)
SEJARAH - (A-)
MATHEMATICS - (A+)
ADDITIONAL MATHEMATICS - (A+)
PRINSIP PERAKAUNAN - (A)
PHYSICS - (A-)
CHEMISTRY - (A-)
BIOLOGY - (B+)

Ha amacam? Ok ke tak ok? Kalau nak bandingkan dengan result masa trial [linked], memang yang ni lebih baik la :) Jadi, aku dah berjaya mendapat 3A+ 3A 3A- 1B+.

Apa apa pun, aku bersyukur. Alhamdulillah dengan keputusan aku ni walaupun macam ralat sikit kenapa tak dapat straight A kan? Tapi takpe la. Aku tetap bersyukur. Mungkin rezeki aku buat masa sekarang cuma takat ni. Yang ni pun aku tak sangka boleh dapat near miss camni. Aku ingat dapat 7 ke, 8 ke. Alhamdulillah dapat yang lebih baik :)

Untuk adik adik [wah adik adik gitu], belajar betul betul. Usaha dan doa tu mesti seiring. Jangan usaha je tanpa doa. Tak berkat. Kalau doa je takde usaha pun tak boleh jugak. Insya Allah korang boleh berjaya. Ok?

Ok dah. Bye. Assalamualaikum :)

p/s ; Neesayang kata, nanti dia balik JB, kita pergi makan pizza. Eh? Ada ke? Hehehehe.

Thursday, March 15, 2012

114. The busyness

Assalamualaikum. Hye :)

I'm back from the hiatus. Well. I have been busy with everything. Hahaha. Bukan apa pun. Busy online je. Cewah! Actually, I'm busy with everything. Betul! Serious! Everything! Haha.

About a month ago, starting 18th Feb, I went to Kuala Lumpur, met Neesa and Yasmin :)
I came back to Johor Bahru on the 21st by bus.
Morning 23rd Feb, I took a train straight from Kempas to Renggam. That afternoon, I started my driving lessons. And it was the same thing almost everyday.
On the 3rd of March, my family picked me up at the driving school and drove me straight away to JB for #TwtUpJohor @ Danga Bay :)
The next day, 4th March, I'm back to Kluang, had a driving lesson and got back to JB. Again.
On the 6th of March, me, my brother (Shafwan) and my mum went to Pontian. Got some thing to do there.
7th March, sent my brother back to Kuala Pilah and my cousin to Lendu, Melaka. Then, I went to Renggam again because the next day (8 March), I have QTI for my driving license.
About 4.00 pm, 8th March, took a train from Renggam to JB Central.
Me and my family went to Mersing on the 10th March.
11 March, my parents sent me back to Renggam for another driving lessons and JPJ test.
So, 12th, 13th and 14th, I'm busy with driving. I have passed my JPJ test. Alhamdulillah :)
14th March, 4.30 pm, took a bus straight to Larkin and I'm back in JB :)

So that's how pack hari hari aku menjelang keputusan SPM diumumkan. Haha.

Eh? Maaf ya. Aku ingat result keluar 22nd tapi rupanya 21st. So, tunggu je lah dengan aman ya. Jangan risau. Lambat ke, cepat ke, resultnya tetap sama. Tak boleh ubah dah.

And here, I attached three links for anyone who read this taking their SPM result this 21st. Just for your information :)


Aku nasihatkan, korang pergi lah ekspo ke, karnival ni. Bagus. Korang boleh dapat info pasal course, kelayakan korang, job opportunities. Everything. So, go. Ok? Dah. Bye :) Good luck :D

p/s ; Nanti kalau dah dapat result SPM, nak publish kat blog ke tak?

Wednesday, February 22, 2012

113. The upcoming 22nd

Assalamualaikum.

As everyone already know, SPM 2011 result will be released on 22nd March 2012. Exactly a month from now. All of the SPM candidates all over Malaysia must being so nervous about it. But now, everyone is leading their own way doing anything they want since many of us (I'm SPM candidate 2011) don't have any commitment to go to school. But yeah, there are also some of us who have to go to PLKN, attend a class like English class, music school, bakery school, go to a foundation or fundamental class, working as a part - time worker, taking license, go travel, backpacking or just sitting at home doing nothing. Whatever it is, please do something beneficial. Or at least, don't do something futile.

I bet everyone must have their own target to achieve for their SPM result. Most of us must really want straight A, pass with flying colours, make our parents and family proud of us. I know. But I hope, all of your target must be realistic. You can't aspect straight A if you didn't put too much effort like you should to.

After the result, it is the time to make decisions that will lead your future maybe. Choose what you want, what you interested in. Do not follow your friends. Whatever they are interested in, let them be. Don't be afraid. Grab any chances you get. Choose according to your capability and interest. Choose the course that you have interest in, not because you have known what you will learn if you pursue your studies in that course. Do you understand what am I saying?

Maybe, everyone had filled up their UPU Fasa 2 form. They had chose the course that they want to further their studies. That's good. Me? No, I'm not done it yet. Reason? I want to wait for the result first and I want to go to the Karnival Jom Masuk U with my brothers. I want them to help me. But for now, there are two courses that I can consider. Aeronautic engineer and statistics. Of course you need to be power in Physics if you want to pursue in engineering and Additional Mathematics when it comes to statistics. Em just wait for the result first. Only then I will decide.

For every SPM candidate 2011 out there, choose the best for yourself. Not to satisfy others, not to impress others, not to be proud of your courses, not to gain the gold, fame or honour. It is all about your future. If you feel doubt, ask Allah. He will lead you to the best. Whatever it is, just have faith. Accept your upcoming SPM result wholeheartedly. Don't go commit suicide once you have known your result is not as good as expected. Jangan pergi bunuh diri pulak kalau result agak teruk atau tak seperti yang diharapkan. Ok?

Ok dah. Bye. Assalamualaikum.

112. How I met your Bangla :P

Assalamualaikum. New post again on the same day.

Last Sunday punya cerita pulak. On Saturday I met Neesa, on Sunday I met.... Who had I met? Lalalalala. Yasmin Redzuan. Kenal? Tak?! Nah blog dia (blog link).

Actually, I met her to deal about the skirts thingy. You know, I sell skirts. So, she likes to make an order la. Custom made. I'm okay. I can do that too.

Let's start the story.

We (me & Wawa) went out from the house about 2.30 pm. Nak naik LRT dari Taman Melati sampai Sungai Besi tu, you must stop by at about 20 stations. Dengan kena tukar train lagi. Boleh keluar pukul 2.30? Pukul berapa nak sampai. Hahaha. About 3.30 pm, we arrived there. Meen picked us up at the station and walked to her grandmother's boutique. Abang - abang UPNM hensem - hensem gila dol! Aaaarrrrggghhhhh!!! Histeria kejap. Hahaha. Well, UPNM is just near to the boutique la. Hehehe.

Dah sampai, cerita pasal skirt, tunjuk contoh kain, ambik ukuran semua, pastu dah.... We also had a superb conversation. Meen sangat friendly. Even though we were kinda stranger to her, she still shared a little secret with us about something shocking about someone. Eh cannot tell here la. She doesn't let us to do so. Hehehe.

Seronok gila berbual dengan dia dengan sorang kakak pekerja kat butik tu jugak, Kak Shat. We lepak there sampai Meen tutup kedai about 5.30 pm gitu. Then kitorang makan KFC. Eh kamceng gila kan. Hahaha. Tapi time makan KFC, Kak Shat tak join, dia dah balik. Kat KFC, kitorang gossiping lagi. Hehe. Pastu naik LRT sama - sama but Meen kena tukar train kat Chan Sow Lin. Kitorang tukar kat Masjid Jamek.

Esoknya, Monday, again, me & Wawa went out to buy my bus ticket at TBS. After we had bought the ticket and all, we went to the LRT station la to go back home. Again. We met Meen. She got off the LRT at TBS. She asked us to join her pick up Miyyo kat TBS tu. Tak kenal Miyyo? Miyyo Azman? Tak kenal? Tak kenal, takpe la. Hehe. But we cannot join her because we had to be hurry. At 4 pm, Wawa got her driving class. So we were in real rush. Haha.

Tapi time dalam LRT, masing - masing dah macam 'Alaaa..... Nak patah balik'. Supposedly, Miyyo came to the boutique on the same day we went there to talk about the skirts. But Miyyo tak jadi datang. So dia datang on Monday. Alaaaa..... Kalau tak, mesti boleh jumpa Miyyo. Eh? Hehehehehe.

TiteWw dApaRT sNap piC deWngAn MeeWn. JaNgaN jeWwleS.



Ini Wawa dengan Meen :)

Lawa sangat dia ni. Kulit dia putih. Cantik. Friendly sangat. Ok la bye :) Harap dapat jumpa Meen lagi. Hohoho.

Tuesday, February 21, 2012

111. Neesayang the 112th followers ;)

Hye. Assalamualaikum :)

It's been a long time I'm not updating this blog. Aku baru balik dari KL ni. Surprise surprise, who is Neesayang? She is my 112th followers :) And to make it more surprising, I met her. How? When? Come! Let me tell you.

She is Siti Nur Anisah. We are at the same age. Yes! Lepasan SPM. Hohoho.

Let the story begins.

Last Friday, I logged in my Blogger account and found out that my followers had increased. From 111 to 112. I was excited kejap. Hehe. And 112 was my daily public bus number to go back home from school. Eh tetiba. Hehehe. Like always, whenever I got new followers, I will go through their profile and blog. I was impressed because most of her blog post are in English. And before, she lived in Johor Bahru for 13 years and she had studied in SSI when she was form 1. How can I not know her before? Nah never mind. So, I followed her.

Last saturday, I went to KL. Arrived there at 12.30 pm. About 2.30 pm, we (my family, me & Wawa) went out to The Curve, Ikea blablablabla. After that, we went to Shah Alam, Seksyen 9 to meet my big brother who was working there at a boutique. Once we reached the boutique, it was already Maghrib. We went into the boutique and waiting for someone in the 'pantry merangkap bilik solat' to finish her Maghrib.

After she finished, she came out la. We shook hands. I was shocked. Like a deja vu was happening to me. I was wondered, 'Who is this girl? Macam pernah nampak'. I asked my brother, 'What is her name? Is it Neesayang? Or Neesa something?'. He asked me back, 'Why? Do you know her?'. I answered, 'Maybe she's following my blog'. And then he called the girl, Neesa. Ah sengal abang aku ni. He asked Neesa 'Awak ada follow blog dia ke?' then Neesa answered to me 'Abang awak la punya kerja'. I was 'Ok....' then blah. Went into the pantry and perform Maghrib. In the pantry, you didn't know what was happening. Aku excited gila, malu gila. Pehal weh?! Macam jumpa retis. Hahaha. She works at the same boutique with my brother rupanya.

After that, I met her, got to know each other, took picture, had a fabulous conversation. We shared so many things even though that was the first time I meet her. I asked her 'Why did she followed my blog?'. She said, she was impressed with my exam results and all. But Wawa being so senyap la that day. She cannot cope, cannot get into the conversation. Sikit - sikit je boleh la. But when it's time we talked about JB, she cannot cope. When we talked about SPM, exam, those subjects in school, she can get in la.

Neesa is a very friendly person. First time jumpa, memang awkward la. 'Saya awak'. Suddenly she said 'Eh kalau berbual guna aku kau boleh tak?'. Aku pun 'Boleh!' je la. Hahaha. From that point, we had a really blast conversation. Sekali Neesa gelak, gegar boutique. Hahaha. She also shared a bit about her school life in Shah Alam, her boyfriend, her friends. She said, it's truly different the environment, the people, the way she studied, her school and everything in Shah Alam is different from JB. JB lagi best! Hehehehe.






We (me, Neesa & Wawa) have the same spot of mole on our face. Above our lips at the left part. Hehehe.

Ok bye. I hope we can meet again. And let's go to Frinjan. Eh? Hehehehe.

Thursday, February 9, 2012

110. The human

I'm an 18 year-old girl. You may see me laugh, making jokes, jumping & get crazy everywhere. Being so happy and cool no matter what is happening around me. I pretend to be blurry sometimes to make sure other people happy. I lend my ears for anyone who need me, to hear their problems. I share my stories with anyone I want. All in all, you may see me as a girl without any worry towards anything if you don't really know me.

Some of the people in my life may see me or look at me as a good girl, active girl, brilliant girl who knows how to play with numbers and words. Kinda gifted and have cool character. Have a bit of knowledge in music although I never attend music school to learn and play the music. Have beautiful eyes, beautiful smile, perfect body shape. Some of them maybe see that I'm extraordinary and attractive but I didn't do anything, those 'gedik - gedik' stuff to attract attentions. I'm just being myself. Trust me.

But there's also some of them who see me as a bad girl, 'gedik' girl who don't know how to do housework. Hey, I know how to do housework but not tidying. I'm lazy to tidy up. That's the reason. Just that. There's also people who get jealous with what I have. And what they do? They bring me down, they push me down. You might see and say that this is not a big problem. You just have to ignore what they say, keep strong, be positive, take all of those offensive words as a motivation. Just take it lightly. You may say that but you're not in my shoes.

I believe a human is like a nail. Nail is so strong. Made up of steel or iron. Hard to be bend. Same like human. They are strong. I know. Everyone is strong, determined, tough, positive. But nail, if you let it stay under the sky of sunshine and rain in a long time, they will rust. Once they are rust, they are brittle. Not strong as their originally. And if you knock it to wood or wall, they will penetrate into it but sometimes they will bend, crooked. For human, if you rain them with problems, they will be upset, depress and in the end, they are not strong anymore. They have broken down. And if you keep on pressuring them, let them feel insecure with your words and actions, they may fall down no matter how tough they were before. Believe in me. We're not forever strong. Someday we will be broken down.

As for me, I'm just a normal girl. I don't have those branded stuff that can make people impressed with me. I'm a very 'kampung' girl who live in an almost collapse house full of termites, who have some irresponsible person in my life, who doesn't know how to wear makeup, who have tanned skin with full of pimple scars face, who sometimes regret her past, who don't know how to drive a car, who didn't wasted almost half an hour in front of the mirror just to look good before go out, who don't have any idea how being loved is all about, who are not feminine enough to be a guy dream girl, who don't really know how to style my pashmina, who sick of the people who always try to gain fame in any way. My life is not so awesome but I'm grateful with everything I have.

Thank you.

Saturday, January 28, 2012

109. #30FactsAboutMe

Assalamualaikum, semua :)

Tengok tajuk tu. Hashtag kat twitter. Hahaha. Aku nak buat sebenarnya tapi kalau kat twitter malas lah. Tu pasal la aku nak buat kat sini. Boleh jugak kan? Diterima kan? Mampus takde orang kisah. Haha.

Ok ni nak mula ni. 30 tau. Banyak tu. Ok.... 1, 2, GO!

1) Nama aku Nur Syahirah binti Mohd Amri. Sebenarnya bapak aku nak bagi aku nama Irma Syahirah. Mak aku nak bagi aku nama Yang Nur Syahirah. Tapi tak jadi. Tu yang dapat Nur Syahirah je. Hehehe.

2) Aku dilahirkan pada 4/4/1994 pada pukul 4.09 petang di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. Cool kan? Forever Four!

3) Aku orang Johor weh! :D

4) Aku ada 4 orang adik beradik. Aku anak ketiga.

5) Aku ada 2 orang abang, sorang adik lelaki. Umur 22 tahun, 20 tahun, 17 tahun. Cool kan?
Hehehe.

6) Mata aku coklat biasa je. Mak aku mata coklat hazel. Fuiyoh!

7) Aku kurus. Kawan aku pernah cakap aku ada bentuk badan macam model. Hehehehe.

8) Aku tak pandai pakai heels. Percayalah....

9) Tahi lalat aku lebih banyak di anggota badan sebelah kiri berbanding sebelah kanan.

10) Aku ada 1 tahi lalat dalam mata kanan. Kecik je, comel. Hehehehe.

11) Aku friendly lah. Tak percaya? Tak percaya sudah. Hehehe.

12) Aku sangat sukakan budak budak especially baby. Tapi kalau budak tu, aku senyum kat dia, dia boleh jeling aku, memang lah aku blah terus. Kalau budak mulut kurang ajar, lagilah aku rasa macam nak jadik mak bapak dia kejap untuk bagi dia pengajaran.

13) Aku suka kucing, ayam, arnab dan haiwan - haiwan lain la. Brader - brader yang suka haiwan pun aku suka. Lagi lagi yang kat Uptown Danau Kota. Eh? ;)

14) BMI aku 'less weight'. Hahahaha :D

15) Aku lebih minat lelaki yang muka Melayu, pure Melayu. Macam Baddrol Bakhtiar dan yang
seangkatan dengannya. Pada aku, hitam manis tu lagi hensem. Hehehehehehehehe.

16) Aku tak minat K-Pop tapi kalau Bollywood aku layan. Hehe. Kaho na pyaar hai~

17) Seumur hidup, aku pernah main bowling 2 kali je. Hehehe :3

18) Aku tak pernah ada couple. Alah yang ni mesti semua orang dah tau kan? Hehehe.

19) Untuk pengetahuan, aku pandai main snare drum tau. Hehehe. Power tak? Ceh berlagak.

20) Aku sebenarnya tak suka pakai handphone touch touch tapi jealous pulak tengok orang lain
pakai. Ergh --'

21) Abang aku kalau lepas cas phone, dia ambik je phone nya. Tak off switch pun. Eh? Ni pasal abang aku? Ha pun boleh.

22) Aku kadang - kadang boleh nampak 'benda halus'. I'm kinda gifted la. Buek :p

23) Aku lebih lebih lebih lebih lebih suka subjek mengira daripada subjek membaca. Oh Add
Math is my boyfriend :p

24) Selama 18 tahun aku hidup, aku pernah mimpi orang yang aku tak kenal tapi siap ada nama orang tu tau. 2 kali pulak tu. Hebat tak? Hebat kemenda. Entah apape aku ni.

25) Aku lebih rapat dengan saudara - mara sebelah mak berbanding saudara sebelah ayah.

26) Aku ada darah Jawa. Mungkin darah keturunan Wali Songo pun ada. Tak tau lah.

27) Aku boleh cakap Sarawak sikit - sikit. Kitak sik cayak? Sik apa lah kalau kitak sik cayak. Kamek sik bulak bah. Hehe.

28) Sebenarnya lah kan, aku ni lagi suka kawan dengan lelaki daripada kawan dengan perempuan. Leceh sikit lah kalau kawan dengan perempuan ni. Hehehehe.

29) Aku pakai jam tangan kiri dan aku suka warna coklat.

30) Tak kira lah macam mana BENCINYA atau TAK SUKANYA aku pada seseorang tu, bila
masa untuk aku hormat dia, aku akan hormat. Bila masa untuk aku tolong dia, aku akan tolong. Bila masa untuk aku bercakap atau berbual dengan dia, aku akan bercakap atau berbual. Bila masa aku perlu bergaul dengan dia, aku akan bergaul. Bila masa aku perlu bekerjasama dengan dia, aku akan beri kerjasama. Bila masa aku perlu berbaik dengan dia, aku akan berbaik. Bila masa aku perlu cabut dan pergi dari segala kebencian tu, baru aku akan pergi dan berharap takkan jumpa dengan orang tu lagi. Itu lah aku.

Mungkin yang num 30 akan diterangkan dengan lebih lagi nanti. Sekarang, itu saja. Terima kasih :) Bye~

Thursday, January 26, 2012

108. Filem, crush, semuanya

Assalamualaikum, kawan kawan :)

Ha pejam celik pejam celik dah sebulan lebih dekat 2 bulan dah aku cuti. Apa yang aku buat sepanjang cuti sebagai budak lepasan SPM ni? Entah lah. Macam tak produktif langsung. Haha.

Ok la. Kebiasaannya kalau bebudak macam aku ni, cuti je mesti tengok movie kat laptop @ komputer kan? Search je la kat Google @ Youtube tu. Mesti banyak punya. Hehe. Dan itu juga lah salah satu aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti ni. Hehehe.

Tapi aku takde la tengok banyak pun movie. Aku dapat tengok 5 je.
1) Gaduh 2009 [an indie film] - [full movie link]
2) Si Tudung Tweet - [full movie link]
3) Kami The Movie [KAMI]
4) Ada Apa Dengan Cinta [AADC] - [full movie link]
5) Crazy Little Thing Called Love [CLTCL]

Ada juga la beberapa telemovie @ movie lain yang aku tengok kat TV atau panggung. Tapi yang 5 ni aku tengok dari laptop @ komputer je.

Untuk yang pernah tengok AADC atau CLTCL, cerita ni pasal rasa cinta atau rasa suka yang heroin tu rasa pada hero tapi dia simpan sorang - sorang. Tapi bila tiba masa untuk dia confess, it was too late for the heroine. This situation happened in CLTCL la, not in AADC.

In AADC, the heroine confessed her feelings right before the hero flies oversea. So, it is not too late for her. She just has to wait for the hero to come back to Indonesia and tell her about his feelings and to decide on their relationship.

However, in CLTCL, the heroine confessed to the hero about her feelings that she kept for 3 years on the last day they're in high school. And on the same time, she gets to know that the hero already has a girlfriend. Surprisingly, the hero and his girlfriend has been in a relationship only a week ago. Very sad kan?

*This is the video of the heroine's confession
*The girl she hugs at the last part is P'Pin

Ok nak sambung lagi. Kawan aku pernah cakap, kalau kau ada crush dan kau simpan feeling kau tu without telling your crush about it, that's a good thing if you're not ready yet to face whatever answer your crush will give. Dan ada lagi, kawan aku jugak pernah cakap, if one day, you have given up on your crush and decided to move on, your crush will come to you and tell you that all this while he/she has the same feelings towards you. Ironic kan? Tapi benda ni mungkin tak berlaku kat semua orang.

Kalau sesiapa pun yang ada dalam situasi macam ni, sebenarnya ada 2 pilihan.

1) Kau bagitau crush kau tu apa perasaan kau selama ni kat dia. Tapi kalau nak bagitau, make sure kau bercakap. Jangan nak mesej lah, IM lah semua tu. Sebab nanti tak nampak reaksi muka dia, tak dengar nada suara dia. Ha lagi 1, kalau mesej IM semua ni, silap silap dia tak reply. Lagi berjelaga hati kau. Hahaha. Kalau skype, em mungkin boleh jugak kot. Hehe. Tu pun kalau kau dah sedia lah nak terima segala jawapan ataupun consequences yang berlaku selepas tu. Kalau tak sedia, memang patah seribu hatiku~ Hahaha.

2) Kau simpan perasaan tu dan tunggu 1 masa untuk kau lupakan dia dan move on. Tapi untuk yang ni, susah sikit lah nak 'move on' tu kan. Tak semua orang boleh buat macam tu. Nak nak kalau perasaan tu dah simpan lama gila. Memang hati tu sakit. Tapi mana lebih menyakitkan? Simpan bertahun - tahun tanpa apa - apa harapan ataupun lupakan dia dan jalani hidup lebih ceria. Kenal dan kawan dengan lebih ramai orang. Lagi best. Hehe. Ada kawan aku tu dah dekat 3 tahun dah dia simpan perasaan. Kesian dia. Hehehe.

Dan untuk kes aku [untuk sesiapa yang tahu lah], aku decide nak lupakan dia. Nak move on. Taknak suka dia lagi. It happened twice on the same person. Haha. Kelakar kan aku ni? Tapi takpe lah. Insya Allah I'm okay. Aku jugak akan doakan yang terbaik untuk dia, untuk aku, dan untuk semua kawan aku yang lain. Terima kasih untuk semua orang yang selama ni banyak tolong aku pasal hal ni. Hehe. Mekaceh~ Bye!

Wednesday, January 11, 2012

107. Kata dari kertas [1]

Kadang - kadang kau perlu jatuh dari puncak gunung yang menggeletek awan untuk sedarkan diri kau sendiri; apa yang selama ini kau panjat, apa yang selama ini kau cuba nak gapai. Banyak duri yang akan kau pijak, banyak batu yang akan kau tampung di bahu, setiap kali kaki kau melangkah. Semua ini hanya untuk memperlihatkan apakah yang kau inginkan itu, untuk kau perjuangkan atau tidak.

Dan setiap luka baru yang ditindan di atas parut luka - luka lama, sentiasa menceritakan sebuah cerita baru. Sebuah cerita pedih dan hitam.

Aku terluka, hampir mati, namun aku masih cuba berdiri.


Sunday, January 8, 2012

106. Skirt

Assalamualaikum.

Hari ni, lagi 2 helai skirt dah siap. Warna coklat dan dark blue. Tengok bawah ni. Kalau nak, boleh inform ya. Siapa cepat dia dapat sebab 1 warna cuma ada 2 helai je. Limited.

*INI WARNA DARK BLUE









*INI WARNA COKLAT




Kalau nak warna hitam punya, tengok sini [linked].
Ok itu saja. Terima kasih. Sebarang pertanyaan, boleh contact facebook aku [linked].

Wednesday, January 4, 2012

105. Mereka yang bakal dirindui :|

Assalamualaikum.

Tadi aku pergi hantar kawan - kawan yang terpilih ke PLKN Siri 1 kat Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kawan - kawan tau. Bukan sorang je. Ramai. Hehehe.

Aku bangun pagi je dah lambat. Nak siap - siap semua. Diorang pukul 9.30 bas dah gerak katanya. Panik ok. Takut jalan sesak. Aku terus siap cepat - cepat. Call member [Zara], dia datang naik motor. Pastu pergi rumah lagi sorang member [Aifa], call teksi. Naik teksi pergi Dataran. Dalam pukul 8.45 pagi dah sampai.

Orang pertama aku jumpa, Afiqah. Kawan sekolah menengah. Kawan baik. Dia time form 4 dapat masuk SAMURA. So, dah lama tak jumpa. Aku tak fikir pasal kawan lain, aku nak jumpa dia dulu. Dia dapat PLKN @ Teluk Sari, Mersing.


*Siti Nurafiqah Sidek :)

Aku dapat jumpa dia sekejap je sebab dia dah kena naik bas. Cepatnya! Peluk - peluk dia kejap, berbual sikit, pastu tinggal. Sedih :'(

Time ni memang dah pisah dengan Zara & Aifa dah. Lepas jumpa Afiqah, aku jalan tanpa arah. Nampak kakak kepada salah 1 kawan yang aku nak jumpa, kak Nurul Naz. Pergi kat kak Naz. Tanya mana adik dia, Arep. Dia cakap, Arep tengah beratur nak daftar. Aku pun ok. Diri je kat situ dengan kak Naz.

Tiba - tiba nampak lagi sorang kawan yang aku nak jumpa, Arif, tengah beratur nak daftar jugak. Arif jugak. Ok terus nervous. Cakap dekat kak Naz, dia kata 'lah nak nervous apa? Pergi je lah'. Aku takut sebab memang dah 4 ke 5 tahun tak jumpa dia. Pastu ada 2 orang member dia pulak kat situ. Aku pun dengan beraninya main redah jumpa dia.

Aku cilok - cilok sikit, sampai kat belakang Arif tu. Aku tarik beg dia sikit. Dia pandang belakang.

Aku ; Kenal aku tak?
Arif ; Kenal lah :)

Pastu berbual kejap. Tetiba kawan - kawan dia tu pun nak berbual dengan dia time tu jugak. Aku pun back off lah.

Aku ; Ok lah. Aku nak pergi kat kakak Arep.
Arif ; Ok. Nanti aku jumpa kau.

Aku pergi balik kat kak Naz. Bla bla bla Arep datang. Aku tolong angkat beg dia. Jalan saing sampai bas. Dia simpan barang. Aku jumpa Zara balik.

Zara bawak jumpa lagi 1 kawan, Aliah. SM Teknik JB. Sama sekolah rendah dulu. Dia ni pun dapat PLKN @ Teluk Sari, Mersing. Sama dengan Afiqah.


*Nor Aliah Bahardin :)

Ok pastu aku dah taktau nak cerita camane. Hehe. Pastu aku jumpa orang sana, jumpa orang sini, jumpa ex - crush sana, jumpa kawan tanpa nama sini. Ramai nya lahai orang yang aku jumpa atau terjumpa. Hehe.

Oh ya. Ada sorang kawan sekolah rendah yang aku jumpa. Zara bawak aku jumpa dia. Dia nak pergi PLKN jugak. Nickname dia Ninot. Dia dapat Kem Warisan kat Melaka.


*Amanina Su'aidah :)

So, budak perempuan bertiga ni dah naik bas semua, bas dah jalan semua, bas 2-2 Arif ni tak jalan lagi. Diorang dah lah dapat 1 kem. Kem Putra - Putri @ Alor Gajah, Melaka. Tapi bas je lah tak sama sebab daftar lain - lain. Diorang pun naik bas. Tapi punya lambat bas tu nak jalan. Aku tunggu je sampai bas diorang jalan.

Last - last, bas diorang pun jalan. Aku pun sedih :'(

Aku rindu korang lah ni.

Ok bye :')

Monday, January 2, 2012

104. Aku nak jual skirt weh

Assalamualaikum :)

Hari ni 2/1/2012. Seharian aku dengan mak aku jahit skirt. Sehelai je pun. Hehehe. Mak aku potong, aku jahit. Start jahit pun after Zohor. Selepas seharian, dapat lah siapkan sehelai skirt satin polka dot hitam. Lawa. Nak tengok? Bawah ni.








A'ah model tu memang aku. Ha baju aku memang saja je nak biar ronyok. Baru stylish sikit kan? I got swag --' Hahaha.

Sebenarnya aku nak jual skirt ni. Aku jahit, aku nak jual. Cari pendapatan sementara cuti ni. Alah kecil kecilan je. Aku pun baru jahit 1 helai. Another helai coming soon. Hehehe.

Skirt ni free size. Another info will be updated soon. Ini cuma untuk pemberitahuan je. Get ready eh untuk sesiapa yang rasa macam nak beli tu. Hehehe.

Ada lagi 3 warna yang belum dijahit. Harga RM25 tak termasuk postage.



Ok bye :)