Sunday, May 8, 2011

64. semalam punya cerita

semalam lepas balik dari JOHO May Carboot Sale, aku pergi KSL City. dapat beli selipar fipper yang aku nak sangat itu. kedai dia cuma macam kiosk saja. bukan lot kedai. alah macam kedai yang dekat tepi tepi itu. tahu tidak? tak tahu sudah. hehe.

bila nampak kiosk dia, naik terujalah aku. hehe. lepas itu pergilah. yang beli aku, mak aku, abang aku yang nombor 2 dengan adik aku. masing - masinglah kan. hehe.


yang tali hijau itu aku punya yang sebelah itu abang aku punya. mak aku punya tali hijau, tapak hitam. adik aku punya tali putih, tapak hijau.

abang yang jual itu macam selenge sikit. dia cina. tak faham bahasa melayu agaknya dia itu. sebab?

- situasi ; semua orang dah pilih dan dah confirm nak beli yang mana kecuali abang aku sebab yang saiz besar tak banyak warna yang tinggal. mamat cina itu dah masukkan yang tiga selipar yang dah dipilih itu ke dalam beg plastik lepas itu bagi pada adik aku. belum bayar lagi tahu. aku cakap dekat adik aku depan - depan mamat cina itu. 'B, jom bawa lari' sambil tengok dia dan cakap kuat - kuat. memang nak bagi dia dengar. dia memang dengar tapi dia cuma senyum, lepas itu angguk - angguk. aku yang bengang. hahaha. aku fikir, 'dia ini tak faham BM ke? aduh.'

ha begitu sajalah situasinya. mamat cina itu hensem tahu. kening dia tebal. hehehe.

Monday, May 2, 2011

63. aku dan orang sekeliling aku yang sementara

FAKTA AKU SEPANJANG HARI
- aku nampak ramai orang muka macam Zahiril Adzim :D
- buku yang aku beli :
1) Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM 2005 - 2010 - Chemistry
2) Koleksi Kertas Peperiksaan Sebenar SPM 2005 - 2010 - Sejarah
3) Pocket Sudoku & Wordsearch
4) Buku & Catatan 'Pada Sebuah Ketentuan' <3
5) Novel 'Pecah' <3
6) Novel 'Contengan Jalanan' <3

Babak 1

aku ; eee. *teruja
Izyan ; awak, kenapa?
aku ; budak tu muka macam Zahiril Adzim *tak tunjuk sesiapa pun
Izyan ; yang mana? pakai baju sekolah eh?
aku ; a'ah. mana awak tahu?
Izyan ; alah kita tahu la wak.
Moi ; kenapa? apa ni? korang cakap pasal apa?
aku ; tade. tu ha budak tu muka dia macam Zahiril Adzim.
Moi ; oh. ada la sikit.
Izyan ; ha bole la.
aku ; cuma dia hitam dan tinggi. pastu tak ada tahi lalat. hehehe.

- situasinya lebih kurang begini la

Babak 2
Lokasi ; R&R Seremban

aku pergi ke kiosk Daily Fresh sebab kat situ tak ramai orang atau mungkin tak ada orang pun. nak makan waffle je la sebab semua kedai ramai orang dan tiada tempat duduk.

aku ; abang, nak.... [belum habis cakap]
abang DF ; eh waffle dah habis. yang tinggal cuma jagung je. [jagung dalam cawan]
aku ; oh yeke? ah tape la. terima kasih. *lalu berpusing
abang DF ; ok. jumpa lagi.
aku ; *menoleh lalu berkata 'insya Allah' dan senyum
abang DF ; *senyum kembali

- haha. aku memang macam ini hari tu. friendly terlebih.

sebenarnya ada beberapa babak yang lain tapi aku malas nak mengingatinya semula. hehe. selamat tinggal :)

62. hari penuh orang, teruja, haba, dan goyang - goyang

hari Sabtu lepas [30042011], aku pergi lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC. ikut rombongan sekolah. ada dua bas. aku sampai sekolah lambat. nasib baik tak tertinggal bas. orang lain berpakaian macam artis dan aku macam wartawan sahaja. haha. aku bawa bekal mi goreng dan lima biji nuget.

PERJALANAN PERGI
- duduk line belah pintu kerusi yang kedua sebelah lorong - kawan kerusi sebelah, Syali
- cikgu pasang 2 filem :
1) Hikayat Merong Mahawangsa
2) CUN!
- berhenti cuma di R&R Machap - aku turun hanya untuk ke tandas
- jalan sesak yang paling utama, susur masuk ke Ayer Keroh dari dua - dua arah
- kurang tidur sebab teruja tonton filem - tidur sekejap waktu dah nak sampai

DI PWTC
- nampak terlalu ramai spesies orang dengan sarung yang bermacam
- buat keputusan dengan 10 orang rakan yang lain untuk pergi makan dahulu
- berjalan kaki ke The Mall [depan PWTC] setelah bertanyakan abang polis arahnya [kami orang Johor bukan Kuala Lumpur]
- terlalu ramai orang di mana - mana
- cari tandas adalah misi utama
- bergerak mencari kedai yang mampu untuk bertahan membeli makanan [semua tempat makan sesak dan kami sangat lapar]
- mereka beli roti lalu duduk di pinggir jalan untuk makan [kami selamba saja]
- mi goreng aku bawa dikongsi beramai - ramai [alhamdulillah]
- dialog kawan, 'Cica boleh jadi ibu yang baik lah' [hahahaha]
- perut kenyang, ayuh jalan [kembali ke PWTC]

DI KEMBALI
- orang masih ramai dan sesak sama seperti jalan raya
- nampak booth GEMPAK STARZ tapi tak pergi sebab sesak sangat
- aku, Razanah Syairah [moi], dan Nur Izyan Nadhirah [izyan] buat keputusan jalan bertiga
- beritahu yang lain lalu berpecah
- jalan bertiga agak lancar daripada bersebelas
- berpusing di situ sehingga jam 5 petang
- bergerak pulang

PERJALANAN PULANG
- cikgu memberi kami cenderamata dari pesta buku - fail
- masing - masing penat dan perut memainkan lagu
- berhenti di R&R Seremban - solat dan makan - di sini juga masih sesak seperti semuanya
- aku dan Izyan beli jajan di stesen minyak Shell
* aku beli ; chipsmore [butter crunch] & air milo kotak
* Izyan beli ; cadbury bites, dan apa lagi entah, aku tak ingat
- gerak lebih kurang 8.30 malam
- tonton 2 filem :
1) Sini Ada Hantu [filem ini tersangat lah seronok]
2) Kembar Siang [waktu ini aku tidur sebab ngantuk dan penat - relevankan?]
- sampai sekolah dalam pukul 12 lebih
- mak ayah dah tunggu lalu pulang

SEBELUM SAMPAI RUMAH
- bercerita dengan penuh teruja di dalam kereta
- pergi makan sebab masih lapar - tomyam seafood <3
- balik tidur

INI HANYALAH POST YANG UMUM. POST SELEPAS INI ADALAH BABAK AKU DAN DIALOG AKU SAHAJA.