Wednesday, October 5, 2011

84. Nak SHOUT! ke tidak?

Assalamualaikum semuanya.

Hari ni, aku cuma nak tanya. Memandangkan ramai kawan kawan letak Shoutbox di blog diorang, maka soalan aku adalah berkaitan dengan perkara tersebut. Tapi ada juga kawan aku yang tak letak.

Ni ha. Aku nak tanya, perlu ke aku letak Shoutbox? Adakah menjadi satu keperluan Shoutbox tu? Aku sebenarnya tak tahu. Aku tak nak ikut trend. Orang letak Shoutbox, kau pun sibuk nak letak Shoutbox. Orang letak lagu, kau pun sibuk nak letak lagu. Orang letak wishlist, kau pun sibuk nak letak wishlist. Ok ini cuma contoh.

Aku nak tanya lagi, kalau aku letak, ada ke orang yang nak SHOUT! kat Shoutbox aku tu? Ada ke orang yang teringin berkata apa apa pada aku melalui Shoutbox tu? Tak aku cuma tanya je. Jadi korang tolong lah jawab.

Aku tak nak bila aku letak, ada yang monolog depan laptop atau notebook atau netbook hatta komputer sekalipun mengatakan :
1) Ye eleh! Orang letak Shoutbox, kau pun nak letak. So lame.
2) Apa benda lah budak ni pergi letak Shoutbox. Aku tak heran lah. Orang lain dah lama letak.
3) Eh menyibuk je aku tengok Shoutbox ni kat sini. Tutup lah. [dia pun blah dari blog aku]

Korang nampak tak yang blog aku ni sangat biasa tanpa ada hiasan seperti pengira hari, playlist, Shoutbox, gambar orang, iklan, wishlist, cursor yang cantik cantik, burung Twitter terbang terbang, blink blink mahupun gambar mem'promote' diri sendiri? Yang aku ada cuma header yang sangat ringkas, viewer counter, profile dan followers.

Untuk semua orang yang baca blog aku ni, tolong lah jawab. Kalau silent readers [andai ada] pun, jawab je lah. Komen je lah kat post ni ok? Tolong tolong tolong. Terima kasih :)

Jadi, cuma itu je lah yang aku nak tanya. Untuk sesiapa yang terasa dengan contoh contoh yang aku bagi di atas, PADAN MUKA! Hahahaha. Ya, aku memang sedang belajar untuk jadi jahat kepada orang orang yang jahat.

p/s ; Aku terfikir akan benda ni semasa menjawab Gerak Gempur Chemistry Paper 2 pagi tadi. Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM aku dah edit sebab markah Biology dah dapat :)

2 comments:

T R ₪ said...

letak ja lah . peduli orang nak kata apa . aku dulu pun takut nak letak memandangkan takda sapa berminat ke blog aku . kau letak aja . dorang nak shout or tak , dorang punya pasal lah .

.anesh. said...

cehh . macam kite buat jahat pulak ehn kat awak . terasa ni