Saturday, October 29, 2011

91. Ke mana lagi ni? [around Kuala Lumpur]

Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas [23102011], aku bertolak ke Kuala Lumpur. Sepatutnya Isnin sekolah dan ada Gerak Gempur [Biology 1, Biology 2 & Sejarah 2] tapi aku ponteng ya. Jadinya, kawan - kawan cuti 2 hari [Sabtu & Ahad] sambung lagi 2 hari [Selasa & Rabu]. Tapi aku cuti 5 hari. Hehehe.

Macam biasalah. Jumpa sepupu - sepupu yang sama dengan post [Esoknya Hari Malaysia] ni. Sampai KL, kitorang tinggal plan nak keluar pukul berapa dan aturcara perjalanan. Hehe. Oh ya. Malam tu pergi KL Festival City yang baru dibuka & Uptown Danau jumpa abang suka kucing yang nampak sweet. Hehe.

INTRODUCING :

* NUR NABILAH, Bella :)

* NUR NAZURAH, Wachik :)

* NUR NADIRAH, Wawa :)

* NUR SYAHIRAH, Aku :)

* MUHAMMAD SHAFRUL, Adik aku :)

Esoknya [24102011], kami bangun awal dan bersiap. Pukul 10.15 pagi keluar rumah. Dalam pukul 11.00 pagi sampai Central Market. Sempat ambil gambar dekat convex mirror yang biasa ada di tepi jalan tu. Dah puas ambil gambar baru masuk CM. Ada lah beli barang sikit. Diorang lah. Aku tak.
Dalam pukul 12, gerak dari CM ke KLCC. Sampai KLCC, makan lah dulu. Pergi food court dia, mak aih. Ramainya orang. Yalah, waktu lunch kan. Mestilah ramai. Cari tempat duduk pun mengambil masa lama. Dapat lah meja bulat kecil untuk 5 orang duduk. Aku kongsi dengan Bella beli pizza. Adik aku dengan Wawa pergi beli makanan dekat Subway. Wachik makan mee hotplate.

* gambar makanan Wachik tak ada

Lepas makan, pergi Kinokuniya. Aku je lah yang beli buku. 3 buku, tajuknya 'Tak Payah Sombong Pun Tak Apa', 'Hitam Putih', & 'Kayangan' yang ada dibuat review oleh Zinesatumalam di sini [linked]. Hehehe. Orang lain tak beli apa - apa pun. Dari Kinokuniya, pergi surau. Lepas solat, gerak pergi Pavilion kejap sebab nak pergi tandas dia. Tandas KLCC tak ada paip. Dari Pavilion gerak pergi Sungei Wang.

Ok lah pusing sana sini. Patah balik Pavilion, patah balik KLCC. Sempat lah duduk kejap dekat Taman KLCC tu sebab ada sorang budak ni tak tahan sakit. Sakit perut dan nak muntah. Siapa? Adalah orang tu kan. Hehehehe.

Sampai KLCC, solat Asar. Lepas tu pergi beli Auntie Anne & Rotiboy. Balik :)

Sampai rumah dalam 7.15 malam. Assalamualaikum :)
* sambung next post

No comments: