Sunday, October 30, 2011

92. Ke mana lagi ni? [Uya Distro]

Assalamualaikum.

Pada hari Selasa [25102011], kami satu family dan family pakcik aku yang berada di KL pergi Subang Jaya. Akhirnya, dapat juga aku pergi Uya Distro dekat SS15 tu. Hehe.

Dekat Uya ni, buku - buku diletakkan dalam satu ruangan yang lain la, macam bilik. Sampai - sampai je, terus masuk situ. Bapak aku mula - mula masuk dah bagitahu orang yang kitorang ni datang dari Johor lah, apa lah, itu lah, ini lah. Ok cukup.

Dekat sana, orang lain semua macam bosan tak tahu nak buat apa melainkan ambil gambar. Cuma aku dengan Wawa je yang beria pergi tengok buku. Oleh itu, aku telah berjaya memborong lagi 3 buku. Tajuknya, 'Horizon Raya', 'Zombijaya', & 'Awek Chuck Taylor' yang aku pernah cerita dulu dekat post 'Eager to trigger [ACT]'. Hehehehe. Banyak kan? Wawa pun ada beli buku jugak. Tajuk dia, 'Malaysia-lah'.

Waktu dekat Uya, ada sorang abang tu agak hensem la [perlu ke bagitau?] berambut oren. Dia orang Uya lah. Bukan pelanggan. Hehe. Faham ke tidak ni? Tak apa lah. Sambung. Aku nampak abang tu agak lah peramah. Bila dah beli buku tu semua, harga dia RM 67.00. Aku dengan muka tak malunya cakap dekat abang tu dan berlaku dialog seperti di bawah ;

Aku ; Bang, beli banyak ni tak ada free gift ke?
ABRO ; [*sedang tulis resit, angkat muka lalu membetulkan letak duduk cermin matanya] Ha? [*dia blur] Free gift tak ada la. 'Tak berapa nak dengar' dah habis. Erm kenal Pipiyapong tak? Pernah baca buku dia?
Aku ; Ha? Pipiyapong? Pernah dengar nama dia tapi tak pernah baca lah pulak buku dia. Hehehe. Kalau Linglung tu pernah lah baca blog dia.
ABRO ; Oh Linglung. Aisa Linglung. Dia tokey kedai ni. Ni, dia [Pipiyapong] dengan Sol-jah semua. Dia ada tulis untuk Sol-jah.
Aku ; Oh Sindiket Sol-jah?
ABRO ; A'ah. Macam ni lah. Kalau nak, ambik lah zine tu. Zine Hilang Punca. Yang tu Pipiyapong punya.

Aku pun ambil je lah. Free kan. Kalau tak free, harga dia RM 10.00 weh. Hehehe. Lepas tu, dah nak keluar, ada dialog lagi.

ABRO ; Habis tu ni nak all the way balik Johor lah ni?
Aku ; Eh tak la.
ABRO ; Habis tu? Jalan jalan dulu? Dekat sini stay mana?
Aku ; Ha? Hehehe tak tahu lah. Dekat KL ni stay Gombak. Rumah dia. *tunjuk Wawa
ABRO ; Oh. Rumah dia? Kata orang Johor.
Aku ; Eh tak. Yang orang Johor tu saya. Dia orang KL.
ABRO ; Oh. Bukan adik - beradik?
Aku ; Ha? Eh bukan lah.
ABRO ; Erm muka macam sama. Betul ni bukan adik - beradik? Habis tu?
Aku; Betul bukan. Kitorang sepupu.
ABRO ; Oh sepupu.
Aku ; Bang, tak nak buka Uya dekat Johor ke? Jauh lah nak datang Subang Jaya.
ABRO ; Ha? Tak tahu lah. Tapi kalau nak beli buku, order je lah. Nanti kitorang pos.
Aku ; Alah. Kalau pos, nak kena bayar postage lagi. RM 6.00 tu.
ABRO ; Haha. Alah RM 6.00 je. Suruh lah ayah support.
Aku ; Erm ok lah.
ABRO ; Ok datang lagi :)
Aku ; Ok. Bye.

Aku pun keluar dari bahagian buku. Balik.

Pergi tempat kerja abang aku yang pertama dekat Shah Alam. Dia kerja dekat butik tudung RATU. Pergi makan. Lepas makan, berpecah. Family pakcik pergi balik kampung dekat Morib. Kitorang satu family stay Shah Alam kejap. Pergi solat lepas tu lepak kejap dekat butik tu. Hehehe. Ini gambar - gambar syok sendiri kat butik tu.

Tak lama selepas itu, kitorang pun balik KL. Malam tu, baru pakcik aku yang balik Morib tadi sampai rumah. Malam tidur. Penat.

p/s ; ABRO stands for 'abang berambut oren'. Boleh? Hehe. Dan sebenarnya nama dia Afiq :) Macam mana tahu? Come to me lah tanya sendiri. Haha. Saja bikin saspen.

No comments: