Sunday, November 6, 2011

95. Book review 2 : Horizon Raya

Hari ini, buat book review. Yang kedua punya. Yang pertama, yang ni [linked].

Tajuk buku ; Horizon Raya
Terbitan ; Sarkasis

Buku ni aku beli masa dekat Uya Distro hari tu. Buku ni nipis dan ringan je. Best sangat buku ni. Banyak karya penulisan yang bernada sarkastik. Tema dia banyak pasal raya lah sebab tajuk pun 'Horizon Raya'. Memang best.

Akan ada beberapa karya yang akan buat korang sentap kalau baca buku ni. Hahaha. Aku baca boleh tergelak bahak - bahak tau.

Ada satu tu tajuk dia 'Maksud Puasa & Raya'. Sumpah gelak bagai nak gila. Dah lah waktu tu dekat sekolah. Aku boleh seronok baca padahal orang lain sibuk mentelaah. Yela, nak SPM kan. Hehe.

Nak tahu macam mana seronoknya baca buku ni? Kena lah beli dan baca sendiri. Baru tahu. Hehehe. Tapi ada satu karya tu aku tak faham pasal apa. Tajuk dia 'Selamat Hari Bomba'. Dah baca lima enam kali pun, sampai ke sudah tak faham. Hehehehe.

Kebanyakan karya dalam ni ditulis oleh penulis dari blog Sarkasis sendiri. Ada lah angkatan dia tu. Nak tahu lebih lanjut, pergi singgah blognya weh. Boleh buat korang berfikir dan gelak dan sentap. Hahahaha.

Antara post mereka yang aku suka ;

Cukup 4 dulu eh. Nak lebih, pergi singgah blogwalking sendiri.

Dekat sini aku nak letak satu karya yang aku paling suka dalam buku 'Horizon Raya' ni.

Tajuk ; Semalam. Hari ini. Esok. Lusa. Tulat. Tubin.

Nama saya Syawal.
Bila saya datang saya disambut suka.
Satu negara cuti umum sebab saya.
Semua orang suka.
Budak - budak gembira.
Saudara datang dari sini sana.
Makanan enak - enak.
Ceria.
Saya suka.
.
.
.
.
.
.
Nama saya Syawal.
Bila saya datang saya disambut suka.
Satu negara cuti umum sebab saya.
Semua orang suka.
Budak - budak gembira.
TV ada macam - macam cerita.
Saudara sana sini masih mahu mengunjung.
Makanan masih enak.
Masih lagi ceria.
Masih lagi saya suka.
.
.
.
.
.
Nama saya Syawal.
Bila saya datang saya disambut suka.
Satu negara cuti umum sebab saya.
Semua orang masih suka.
Budak - budak masih gembira.
Saya mula berkongsi perhatian dengan televisyen.
Makanan entah apa - apa.
Ceria masih ada.
Suka saya di tahap begitu - begitu sahaja.
.
.
.
.
.
.
Nama saya Syawal.
Bila saya datang saya disambut suka.
Ada yang sengaja kerja masa saya ada.
Ada yang sudah mula tidak hiraukan saya.
Budak - budak masih gembira.
Televisyen makin celaka.
Makanan makin celaka.
Semua makin celaka.
Saya rasa celaka.
.
.
.
.
.
.
Nama saya Syawal.
Celaka.
Celaka.
Celaka.
Celaka.
Celaka.
Celaka.
Celaka.
.
.
.
.
.
.
Nama saya Syawal.
Saya bukan sesiapa.
Saya cuma anonymous.
.
.
.
.
.
.
Nama saya Syawal.
Saya terbaring uzur.
Saya menunggu hari.
Hari datangnya mati.
Seperti Ramadhan.
Seperti 31 Ogos.
Seperti 10 Zulhijjah.
Seperti 1 Muharam.
Dalam hati saya ada cemburu.
Cemburu dengan 1 Januari.
1 Januari hebat.
1 Januari abadi.
1 Januari hakiki.
1 Januari sang dewi.
Orang sembah 1 Januari.
.
.
.
.
.
.
Nama saya Syawal.
.
.
.
.
.
Mati.
.
.
.
Saya sudah mati.
.

6 comments:

NAJ HEBAT said...

Weee... bagus, bagus.

SPM nak dekat kan? Dah pi baca buku.

HEROICzero said...

Thanks hey ! =)

bujal X said...

awh~~ada orang minat karya saya~so sweet~~

ghost said...

untunglah ada orang minat kat bujal.. :)

Anonymous said...

untunglah bujal

Syahirah said...

abang naj ; thank you :) ok. *study =='

abang heroiczero ; welcome bro ;D

abang bujal ; haha. karya paling best.

abang ghost writer ; untunglah~

perawan ; untunglah juga~

*i use 'abang' because i bet all of you must be older than me. pangkat abang abang :)