Saturday, November 5, 2011

94. Metafora hidup semua

HIDUP
Satu perkataan ini, memang berlaku dalam diri semua orang. Semua orang hidup, punya kehidupan, yang perlu dikisah, diatur, dijaga, dihias. Tapi ada juga orang yang mati semasa hidup sampai dia perlu kisah, atur, jaga, hias hidup orang lain. Baiklah cukup. Tak nak cakap sambung sebab semua orang hidup, tahu apa itu hidup, rasa hidup selagi ada peluang.

Perkataan yang satu atas tu, nampak macam satu, rasanya satu je. Tapi dekat sini aku nak bagi tiga yang lainnya yang macam hidup. Ha faham? Eh tak apa kalau tak faham. Baca dulu nanti baru fahamkan.

Metafora 1

Hidup ini aku ibaratkan seperti jalan raya. Ada jalan yang panjang, ada jalan yang pendek. Ada jalan yang lebar, ada jalan yang sempit. Jalan depan sikit, ada lorong kecil yang kau tak tahu tujunya ke mana. Ada juga di pertengahan jalan itu, akan ada lubang, bonggol, dan kerikil kecil yang mampu memperlahankan perjalanan. Kadangkala, ada lampu isyarat. Andai merah yang kita jumpa, terberhentilah seketika di situ tetapi andai hijau, meluncur lajulah di atas jalan raya itu. Di atas jalan raya, ada simpang - simpang yang kita perlu pilih sama ada ingin membelok atau terus. Ada jalan yang gelap tanpa lampu jalan. Ada juga yang ada lampu jalan. Ada jalan yang berpapan tanda yang menunjukkan arah dan jarak perjalanan. Ada juga yang tiada dan di situ kita sendiri perlu mengagak. Oh yang ini bahaya. Perlu pandai mengagak supaya tidak terlepas atau tersasar jauh dari destinasi.
Semua ni macam kehidupan juga. Ada masa senang, ada masa susah. Susah sikit - sikit tu biasalah. Ada masa kita berhenti dari mengatur hidup kerana banyak yang tertinggal di belakang akibat kita yang bergerak terlalu laju atau yang tertinggal itu yang terlalu perlahan. Dalam hidup juga, banyak pilihan datang dan pergi ikut suka. Kita perlu pilih yang betul. Ingat! Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Jangan salah pilih. Sebab walau bagaimana samanya hidup ini dengan jalan raya, ada satu yang paling kontra. Jalan raya ada U - turn, tapi hidup, memang tak akan pernah ada patah baliknya.

Metafora 2

Hidup ini aku andaikan seperti sebuah drama. Kenapa drama? Bukan filem? Oh filem sangat pendek dan watak yang ada cuma sedikit. Kalau drama, lebih panjang cerita, lebih ramai watak, lebih banyak klimaks, lebih suspen. Sebuah plot cerita, ada permulaan, perkembangan, klimaks, perleraian. Setiap drama perlu ada watak utama, watak pembantu, dan watak sampingan. Kadangkala ceritanya sangat klise. Kalau kita menonton drama dan kita memang ikut cerita tu, tak pernah tinggal, kita pasti ingin cerita itu akhirnya jadi begitu dan begini. Ikut suka kita. Tapi belum tentu akhirnya akan jadi begitu. Tapi sebelum sampai hujung cerita, kita dah disajikan dengan babak - babak yang agak mengarut, agak tak logik, agak bosan, agak picisan, agak murahan. Aku tahu kau rasa begitu. Kau sedar itu. Walaupun begitu, kau tak pernah berhenti menonton dan mengikuti setiap episodnya. Kerana apa? Kerana kau tetap mahu tahu, cerita itu habisnya bagaimana. Kan?

Macam kehidupan, kita jumpa ramai orang. Yang kita sebenarnya tak berapa tahu watak itu apa peranannya dalam hidup kita. Ada yang kita tahu, yang ini watak pembantu. Yang kita tak tahu, ini watak sampingan yang kadangkala kita sendiri tak perasan akan kehadirannya. Macam watak pak pacak pegang papan 'No Parking'. Orang itu ada makna, ada terkesan dalam hidup. Tapi kita tak rasa benda itu. Dalam hidup juga, ada babak - babak agak mengarut, agak tak logik, agak bosan, agak picisan, agak murahan. Semua inilah yang akan menghiasi hidup. Tapi sebenarnya, babak itu bukanlah tak logik sangat cuma kita perlu masa untuk hentikannya seketika supaya tak bosan. Dan hidup ini, walau tak logik macam mana sekalipun, kita perlu harunginya sampai habis. Sampai kita tahu akhirnya itu semacam apa.

Metafora 3

Hidup ini aku anggap macam radio. Kalau dengar radio, ada iklan, ada DJ yang bercakap, ada lagu, ada tazkirah, ada pengumuman, ada berita, dan macam - macam. Kita selalu bosan dengar iklan dan sebagainya tu. Nak dengar lagu je. Bila radio tu iklan, tukar stesen lain. Iklan lagi, tukar lagi. Sampai ke sudah. Tapi ada juga ketika banyak stesen yang ada lagu, tapi kita tetap main tukar - tukar. Sebab kita bosan dan tak berkenan dengan lagu yang sedang dimainkan itu. Sampai bila nak main tukar - tukar ni? Sampai rasa cukup puas hati dengan apa yang jadi halwa telinga kau, kau berhenti. Tak puas hati, tukar lagi. Jadi, itulah kitarannya. Semua ikut sedap hati.

Sama macam hidup. Dalam hidup, kau tak pernah puas dengan itu ini yang kau ada. Seboleh - boleh nak hidup tu sempurna tanpa cacat cela. Nak hidup tu bahagia je, seronok je. Jadi untuk rasa bahagia, seronok, kau tukar - tukar cara hidup kau, kau ikut orang, kau itu ini lagi. Kau tukar ikut sedap hati kau tanpa fikir baik buruknya. Aku tahu. Kalau dengar radio, tiba - tiba ada azan atau tazkirah. Mesti ramai yang tukar punya. Dengan azan yang maksudnya dah jadi apa sebab terputus bila korang tukar, dengan tazkirah yang topiknya tutup aurat, akhlak remaja. Mesti terus jadi lagu 'I'm sexy and I know it' lah kan. Hidup, tak boleh ditukar, diubah hala tuju senang - senang macam tu ikut sedap hati kita je. Setiap yang berlaku, ada sebab musabab yang kita tak tahu. Lama - kelamaan kita akan tahu juga.

Jadi begitulah metafora kehidupan bagi aku. Untuk yang membaca sampai habis, TERIMA KASIH!

No comments: