Tuesday, January 18, 2011

42. azam baru?

baca pada tajuk. seperti pelik. eh? hari ini 18/01/2011 bukan 01/01/2011.

azam baru? ya azam baru. azam untuk tahun 2011. tak pernah - pernah aku ada azam. tiba - tiba tahun ini ada. yalah. nak lari daripada kebiasaan dan berjalan seiring kematangan dan kedewasaan. haha.

ok nak tahu tak apa azam tahun ini? [walaupun dah terlambat]
azamnya ialah aku nak cuba control segala kemarahan dan meningkatkan tahap kesabaran pada diri aku.

kenapa?

kerana aku tak hidup berseorangan di atas muka bumi yang indah ini. aku akan hadapi pelbagai jenis manusia, makhluk, peristiwa, dan situasi. kalau benda - benda ini tiada dalam diri, aku tak fikir yang aku akan mampu hadapi perkara - perkara yang disebutkan di atas. haha. aku juga perlu meningkatkan kemajuan diri. aku tak nak duduk di takuk lama untuk sepanjang hidup waras aku. kalau aku dah gila, diri tak akan senang dikawal. itu hal lain. haha.

sudahlah. aku bagai terlari sedikit daripada tajuk. tidak mengapalah. kalau tak suka baca, tak apa. anda tak pernah salah. orang yang menaip dengan mengikut kata hatinya sendiri ini yang perlu disalahkan. sekian, terima kasih.

[p/s : aku tahu aku hanya merepek dan taipan aku penuh dengan repekan akal yang tak terjangkau oleh otak. bak kata orang dalam bahasa yang senang, 'syok sendiri'.]

No comments: