Friday, January 14, 2011

40. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2010

wah. cuba baca tajuk untuk post kali ini. seperti menarik perhatian yang teramat sangat kan? atau mungkin tidak? entah lah. haha.

yang sebenarnya, hari ini adalah hari terbuka untuk SMK (P) Sultan Ibrahim. jadi apa yang perlu dilakukan? pergi ambil rekod penyata la. mari kita pergi . yeay ! haha.

pesan cikgu [CIK SUHAILA ZAMAZURI namanya] :
'awak ni lagi 1 markah je nak dapatkan C untuk sejarah dengan chemistry. boleh cuba lagi la. awak perlu gunakan kelebihan awak yang pandai mengira itu untuk chemistry yang perlukan pengiraan jugak. hari ini dah 14/1/2011. percubaan dijangka dalam bulan Ogos sebelum cuti untuk hari raya aidilfitri. 7 bulan saja lagi. kalau keputusan percubaan awak bagus, belum keluar keputusan spm pun, awak dah boleh dapat biasiswa, tawaran yang bagus bagus. cuba lagi la ya.'

bla bla bla....

dah ambil dan dah sampai rumah. ok lah. aku nak umum kan [cewah ayat] keputusan aku ni.

jeng jeng jeng.... [drum roll]

DENGAN INI DIUMUMKAN BAHAWA, NUR SYAHIRAH MOHD AMRI TELAH MENDAPAT KEPUTUSAN SEPERTI BERIKUT :

BAHASA MELAYU 74% (A-)
BAHASA INGGERIS 70% (A-)
PENDIDIKAN ISLAM 81% (A)
SEJARAH 49% (D)
MATHEMATICS 92% (A+)
ADDITIONAL MATHEMATICS 65% (B+)
PRINSIP PERAKAUNAN 54% (C)
PHYSICS 52% (C)
CHEMISTRY 49% (D)
BIOLOGY 56% (C+)

jadi keseluruhannya, aku hanya berjaya memperoleh 1A+ 1A 2A- 1B+ 1C+ 2C & 2D
phewit ! ABCD tu. semua ada. hahaha.

kedudukan dalam kelas ; 9/28

tidak mengapa lah. mari kita mencuba lagi :)

No comments: