Wednesday, December 29, 2010

38. bodoh sombong

pagi ini aku terfikir. kenapa bila berlaku sesuatu kesilapan, ada pihak lain yang perlu disalahkan? tak perlu disebut contoh la. takut menyentuh sensitiviti yang lain. nanti kena saman pula. semua ini tak masuk akal. kesalahan itu pada diri anda, kenapa orang lain pula yang disalahkan? mungkin kerana otak anda sudah tidak berfungsi dengan betul.

memang tak semua orang macam ini tetapi ada segelintir yang tak sedar sedar diri jugak. tetap nak salahkan orang lain. bangkitlah. hentikan semua ini.

pada aku, apabila kita mengakui sesuatu kesalahan yang telah kita lakukan, kita akan berusaha mengubah sikap dan diri kita. sedangkan kalau kita salahkan orang lain, kita takkan pernah berubah dan sentiasa berada di takuk yang itu, atau mungkin lebih teruk lagi. tiada kemajuan, tiada perubahan. teruknya. tak malu ke?

oh lupa pula. makhluk makhluk seperti ini memang tak tahu malu sejak azali nya. harap maklum.

No comments: