Thursday, December 23, 2010

33. otak kosong

pada asal nya, rasa ingin menaip dan menulis blog itu sudah ada. tapi entah kenapa, semua hilang. dah dibawa pergi oleh apa entah. aku tak tahu. atas sebab apa aku lupa, pun aku tak tahu. kau tahu? tak tahu juga kan? ah sudah la. tak guna kejar benda yang dah pergi. biar kan la ia pergi. takkan terkejar dek kaki. kalau ia datang kembali, bersyukur la kerana mungkin ada peluang kedua. jika tidak, jangan putus asa. satu pergi, sepuluh mari. haha. sudah merepek kan aku ini.

sudah la. pergi la jauh jauh. walau sejauh mana pun, aku sudah tidak kisah. ego yang ada pada kau takkan pernah kurang dan makin bertambah. andai kau rasa kau betul, maka betul la diri engkau. tak perlu salahkan orang lain.

setiap orang punya kenangan. tapi ada pilihan untuk setiap kenangan. sama ada untuk dikenang terus atau dilupakan terus. kali ini, aku tidak memilih kedua-duanya. sebab apa? takdir. bukan bermaksud aku menyalahkan takdir tetapi sudah takdir menentukan begini, aku ikut. tapi tak bermakna aku menyerah. aku tak juga melawan takdir. tak perlu buat begitu. takdir tak salah kan? kita yang berada dalam lipatan takdir ini yang perlu disalahkan.

kenapa perlu terlalu ego? terlalu angkuh? terlalu sombong? kau manusia, aku juga manusia. bukankah bunyinya sama. jadi kita juga sama. tiada bezanya. aku tak kisah dari segi apa, memang tiada beza.

No comments: