Monday, August 8, 2011

74. Bila nak pakai otak dan akal kau tu?

Aku suka dengar pendapat orang. Aku suka minta orang bagi pendapat. Aku suka beritahu orang apa pendapat aku. Aku suka bagitahu orang apa yang aku fikir. Aku suka diam dan jadi pendengar. Aku suka cakap dan biar orang dengar. Aku suka senyum saat dengar pendapat orang. Aku suka ketawa bila dengar apa orang kata. Aku suka pandang orang bila dia cakap. Aku suka senyum sembunyi bila orang menyampuk. Aku suka buat orang berfikir. Aku selalu diam tapi otak aku bercakap.

Semua ni sebab apa?

Sebab bila kau luahkan pendapat kau, bila kau bercakap, bila setiap butir bicara yang keluar dari mulut kau, bila ekspresi muka yang kau tonjolkan bila dengar apa aku cakap, bila setiap sampukan kau disambut senyum aku, bila setiap orang yang ada di samping aku mengeluarkan butir bicara, aku teliti semuanya.

Kerana hanya dengan itu, aku tahu otak dan akal kau itu apa tahapnya.

p/s ; Pemerian di atas untuk semua orang. Kalau terasa, maaf.