Monday, June 6, 2011

65. Book Review 1 : Contengan Jalanan

Untuk cuti sekolah pada kali ini, aku ada baca sebuah novel. Beli dekat Pesta Buku Antarabangsa 2011 @ PWTC hari tu. Tajuk dia 'Contengan Jalanan' karya Hlovate.

Mukadimah ; Secara jujurnya, aku tak pernah baca novel hasil tulisan Hlovate walaupun selama ini kawan aku kata novel - novel dia best. Tapi aku tak pernah nak ambil pusing sangat lah. Pusing - pusing pun tang tu jugak lah. Hahaha. Tapi ada satu hari tu, godeh - godeh internet ni sebab nak tahu novel apa yang best sebab plan nak beli masa pesta buku tu. Tiba - tiba jumpa sinopsis ke, manuskrip novel ni dekat Google. Terus tertarik lah. Jadi memang dah get ready lah nak beli buku ni masa pesta buku. Nasib baik jumpa dan masa tu ada 20% diskaun untuk novel ni. Jadi dapat lah dibeli dengan harga RM16.80 kot? Hehehe. Dah lupa.

Inilah novelnya. Sebenarnya satu buku tapi kulit depan belakang ada sebab ada dua versi. Satu cerita Fend sebanyak 262 muka surat [kulit buku yang atas]. Satu lagi sambungan setelah Fend mendapat erti hidupnya dan ingin berkongsi apa yang dirasainya dengan teman sejak kecil iaitu K - square. Versi dari kaca mata K - square lah sebanyak 291 muka surat [kulit buku yang bawah].



Sinopsis ; Tentang seorang remaja yang biasa. Alah korang tahu lah remaja macam mana. Enjoy, playing music, college life, skateboard, friends, family and interest crisis. Hehe. Nama protagonis dia Affendy Shahabudin atau lebih dikenali dengan nama Fend. Pada suatu hari, dia punya rasa ingin tahu tentang 'erti hidup' yang sebenarnya walhal sebelum itu, dia sudah merasakan hidupnya cukup lengkap. Pelbagai peristiwa telah berlaku dan menyedarkannya tentang erti kehidupan sebenar. Nak tahu lebih? Baca sendiri lah buku ni. Interesting.

Watak & Perwatakan Fend ;
- Berumur 21 tahun
- Speccy [berkaca mata]
- Bermuka ala Komunis [muka Cina tapi kulit sawo matang]
- Sangat suka akan Fender [apa itu Fender? Gitar lah]
- Style berpakaian macam biasa lah [jeans or skinny, t - shirt, selipar jepun]
- Rambut pacak <3
- Pandai main gitar <3
- Tulis lirik <3
- Vokalis untuk band Creepy Hues [band Fend dalam novel ini]
- Pandai melukis <3
- Apa lagi ya? Tak apa lah. Cukup lah ni.

Salah satu monolog dari novel ini ;

'Kalau mati sekarang sebelum habiskan degree, adakah cukup untuk buat diri rasa terkilan?
Entah. Masuk kubur nanti bukannya jawab soalan berdasarkan degree pun. Tak ke macam tu?

Kalau mati sekarang sebelum sempat bina kerjaya, adakah akan buat diri rasa kerugian?
Entah. Apabila dah dalam kubur duit dan pangkat bukannya bawa apa - apa makna.

Kalau mati sekarang sebelum sempat kahwin, adakah akan buat diri rasa berputih mata?
Entah. Kalau dah kahwin sekalipun, masuk kubur tetap juga sorang - sorang.'

p/s ; ini monolog sebelum dia tahu akan erti hidup sebenar.

Salah satu quotes yang telah menjana plot dalam novel ini dan telah menyedarkan Fend tentang erti hidup ialah;
"A man who decides to change on the 12th hour dies on the 11th".

- Aku yakin aku dah jatuh cinta dengan watak Fend ni. Sebab? Baca next post.

1 comment:

fndrocka said...

Komersil juga nama fendi ni ye tak..boleh jadi hero novel.