Saturday, April 2, 2011

57. EARTH HOUR 2011 [part 1]

pada 26 Mac yang lalu [bapak la dah berzaman], aku dengan adik aku dengan mak aku dengan bapak aku telah pergi ke Bukit Timbalan, Johor Bahru untuk sama - sama menyokong kempen Earth Hour untuk tahun ini. haha skema gila aku. kempen ini adalah usaha sama kerajaan negeri Johor bersama dengan yang lain - lain termasuk JOHO Community :)

sumpah best gila bagai apa? bagai hati terloncat - loncat setinggi bulan waktu itu. haha.

sampai sana dah pukul 8.30 malam lebih [?] so lampu pun dah tutup. bayangkan, dalam perjalanan, nampak lah Bangunan Sultan Ibrahim itu kan. sampai sana saja, dah tak nampak sebab dah tutup lampu nya. hahaha. pastu naik bukit itu, ada tarian zapin sedang dipersembahkan. lepas zapin, tarian cina, persembahan yoyo cina diiringi gendang dia itu, tarian india, dan koir. yoyo cina dengan gendang itu best sebab diorang punya yoyo dengan stick gendang itu glow in the dark. waktu diorang perform, memang tak buka lampu langsung lah. power gila lah diorang. hehe.

lepas koir yang agak sumbang itu saja, AIZAT masuk! wah wah. aku ter'excited' sekejap. ada abang dia yang ANAS tu. alah yang hensem itu. haha. kalau tak kenal, try lah Google. itu pun kalau ada lah. hehe. Aizat nyanyi empat buah lagu iaitu Sungai Lui, Susun Silangkata, Years From Now, dan Pergi. dia suruh nyanyi sekali lagu Pergi itu. waktu lagu ini kan ada part yang 'kau pergi........' itu kan. sampai part last, kitorang nyanyi lah 'kau pergi.........'. lepas itu dia kata, 'eh saya belum pergi lagi, saya nak kenalkan band members saya dulu'. waktu itu gelak lah + agak bengang. nasib baik aku tak nyanyi kuat. hahaha. lepas itu, bila dah 9.30, Aizat lah yang kena tekan suis besar untuk hidupkan balik semua lampu.

lepas Aizat, ada kumpulan Pepatung pula perform. ini macam group saja - saja macam itu. tapi best juga lah. orang - orang yang agak veteran lah. hehehe.

bersambung di next post.....

No comments: